Filem pendek ini bermula pada 2013 dan kemudiannya menjadi acara tahunan. Idea ini tercetus oleh beberapa selebriti wanita yang prihatin tentang isu-isu kewanitaan, apatah lagi banyak isu tidak disiarkan di media arus perdana. Hasil tidak puas hati dengan paparan arus perdana tentang wanita, lahir lah 15 filem pendek pada awalnya. Saya mula mengetahui tentang ini daripada aktres Sofea Jane yang ketika itu sedang menyiapkan karyanya, 1-800-Baby.
Tahun ini, penyertaan bertambah kepada 18. Lebih menarik, penganjur mula membuka penyertaan kepada kaum adam. Lima lelaki terpilih telah mengarahkan karya masing-masing dan seorang daripadanya adalah menteri kabinet! Siapa lagi kalau bukan YB Khairi Jamaludin.
Acara anjuran badan bukan kerajaan WOMEN : girls ini, berlangsung selama tiga hari, iaitu pada 6 hingga 8 Mac (esok) di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Maklumat lanjut boleh didapati di FACEBOOK dan LAMAN WEB organisasi berkenaan.
No comments:
Post a Comment