Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah memulakan pitching terbuka (open pitch) mulai hari ini sehingga Oktober nanti. Pitching ini dibuka kepada semua syarikat penerbitan yang berdaftar sebagai pembekal program untuk RTM samada untuk tv1, tv2 atau tv-i. Pitching ini merangkumi pelbagai jenis program termasuk yang bukan berbahasa Melayu.
Terdapat kira-kira 700 hingga 800 syarikat penerbitan yang berdaftar di negara ini. Daripada jumlah itu, tidak pasti berapa banyak syarikat yang aktif dan akan menyertai pitching kali ini.
Dalam pitching yang lepas (Disember 2014-Januari 2015), RTM telah menerima kira-kira 1,500 kertas cadangan program. Saya tidak sempat menyertai pitching yang lepas tetapi telah ditawarkan satu tajuk yang telah diluluskan iaitu Balang Bawah Bulan. Tajuk ini sudah melalui mesyuarat penerbitan pada Ogos lalu. Khabarnya, tajuk ini adalah yang terakhir dalam kelumpuk pitching berkenaan yang dipanggil untuk mesyuarat penerbitan. Durasinya 13 episod setengah jam.
Penulisan skrip Balang Bawah Bulan sedang berlangsung sekarang. Saya dibantu oleh penulis baharu, Nur Azilah Arif. Drama terbitan Alternate Studios Sdn Bhd ini akan diarahkan oleh Shahrulezad Mohamaden.
Monday, September 7, 2015
SUKU TERAKHIR 2015.. BERLARI ATAU BERJALAN?
Diam tidak diam, kita sudah tiba di suku terakhir tahun 2015. Kurang dari empat bulan lagi tirai 2015 akan dilabuhkan. Biasanya, September merupakan bulan untuk kita berhenti sejenak dan menilai sejauh mana kita sudah berlari dalam 'tiga suku' (tiga per empat) tahun ini? Apa yang sudah dicapai dan apa yang belum dicapai. Ini lah masanya untuk kita membuat pengubahsuaian sekiranya perlaksanaan tidak seperti yang dirancangkan.
Saya sendiri gagal melaksanakan apa yang dirancang. Tahun ini sepatutnya tahun 'berehat' dan mengurangkan aktiviti penulisan. Pada awalnya ingin menumpukan kepada hal-hal peribadi seperti pelajaran anak-anak, bersantai dengan kawan-kawan, melebihkan Tuhan dan kesihatan. Perancangan ini ke 'laut' akhirnya!
Rehat memang baik. Tetapi bagi mereka yang tidak berapa nak kaya macam saya, kalau berehat lama, bermakna akaun bank juga berehat! Ini pun satu masalah. Atas dasar itu, memasuki suku terakhir 2015 ini, mungkin ada yang terpaksa berlari jika banyak lagi yang belum tercapai. Mungkin ada yang mula memperlahankan langkah setelah sebahagian besar perancangan menjadi kenyataan.
Apa pun, samada berlari atau berjalan, kita sebaiknya berlumba lah dengan diri sendiri, bukan berlumba dengan orang lain. Dan apa pun tujuannya, biar lah untuk mendapatkan pengiktirafan Tuhan, bukan manusia.
Sekian dahulu, salam September!
(Nota : Entri ini mungkin ala-ala kerohanian sedikit di hujungnya kerana penulisnya sedang meningkat tua pada bulan ini!)

Thursday, September 3, 2015
KEMBOJA DI HATI - LANGKAH PERTAMA
Hari ini bermulanya langkah pertama untuk skrip yang diilhamkan daripada novel Kemboja Di Hati (KDH) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Karya Ramlah Rashid ini tentang seorang aktivis NGO yang terpaksa mengorbankan banyak perkara dalam hidupnya, termasuk keluarga, demi sebuah perjuangan.
Perbincangan pertama di TV Al-Hijrah (TVAH) telah berlangsung pada 2 Jun lepas. Perbincangan dengan tim produksi pada siang tadi, dihadiri oleh novelis, penulis skrip, pengarah, penerbit eksekutif, pengurus produksi dan editor. Penerbit, Ashraf Muslim tidak dapat hadir kerana jadualnya yang padat.
Novelis telah bersetuju dengan kehendak pihak stesyen televisyen yang hanya mahu mengambil sebahagian kecil isi kandungan novel. Atas dasar itu, proses perpindahan medium ini lebih sesuai digelar 'inspirasi' atau 'diilhamkan daripada' (Inspired By)
KDH yang diterbitkan oleh Al-Hidayah Production (AHP) akan bersiaran mulai 17 November ini, jam 10 malam, setiap Selasa.
Memandangkan tiada gambar perbincangan siang tadi, saya kongsikan di bawah ini gambar-gambar tim AHP dalam projek yang lepas, Pelangi Kita. Skrip Pelangi Kita adalah karya pertama saya untuk AHP dan telah bersiaran di TVAH pada hari raya pertama yang lepas. KDH akan menggunakan khidmat tim yang sama kecuali pengarahnya digantikan dengan Shahrulezad Mohamaden.

Subscribe to:
Posts (Atom)