
Saya agak terlewat mewar-warkan karya saya kali ini. Mungkin kerana telefilem ini sudah lama dibikin, menyebabkan saya terlupa tentangnya. Kalbu Pun Berzikir ditujukan khas kepada kanak-kanak pengidap kanser yang telah pergi setelah melalui satu perjuangan yang panjang.
Skripnya hasil tulisan saya bersama pengarah, Prem Annad Pillai manakala konsep dan penyelidikan oleh Sofia Rhyland. Karya ini turut dipindahkan ke dalam bentuk novel oleh penerbitan Karya Seni Sdn Bhd. Kandungan novel juga berdasarkan jalan cerita dalam skrip telefilem manakala penulisannya ditukangi oleh novelis yang tidak asing lagi, Lily Haslina Nasir. Kebetulan saya dan Lily adalah kawan lama yang pernah bekerja satu bumbung 20 tahun lalu. Saya di akhbar Berita Harian, Lily di majalah Jelita. Prem pula pernah mengarahkan drama bersiri tulisan saya, Jalan Merdeka yang diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd.

Telefilem terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd ini dibintangi oleh Fasha Sanda sebagai Norlia (ibu), Zara Sophia sebagai Fatin (anak) dan Pekin Ibrahim sebagai Ghafar (bapa). Jangan lupa malam ini. Semoga ia dapat membantu kita melihat dunia ini dari sisi yang berbeza, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment