Tuesday, April 1, 2008

MAAF, TBM DI KACA TV MULAI 20 MEI, BUKAN 3 APRIL.

Salam seribu kemaafan buat semua, Pagi tadi, saya sempat layari internet dan mendapati ada sekelumpuk peminat fanatik novel Tangisan Bulan Madu (TBM) teruja membaca entri saya sebelum ini. Maaf, itu satu kesilapan teknikal. Petang tadi saya mendapat panggilan dari penerbit mengatakan RTM menukar siarannya ke 20 Mei 2008. Tidak pasti kenapa RTM asyik menukar slot dan tarikh. Drama ini akan disiarkan seminggu dua kali iaitu pada Selasa dan Rabu melalui slot Ratu. Sekarang, slot itu sedang menayangkan drama bersiri Indonesia bertajuk "Kau Bukan Untukku". Agaknya drama itu diadaptasi daripada lagu popular Rossa bertajuk yang sama dan dijadikan lagu tema drama berkenaan. Apa pun, harap peminat TBM bersabar ya. Kerja saya jadi berganda sekarang. Perlu memaklumkan semula kepada semua orang terutama kepada rakan-rakan media yang sudah sedia hendak menyiarkan berita ini pada Khamis nanti. Harap maaf sekali lagi.

2 comments:

exora82 said...

hari ni terbaca dlm berita harian psl drama tangisan bulan madu ni. bila baca sinopsis cerita nyer terus tertarik. ditambah pulak pelakok kesukaan saya rita rudaini & zaryn min ada berlakon, tak sabar nak tunggu malam ni. rsnyer cm nak p cari novel2 tu...

Anonymous said...

belilah novel2 nye.. gerenti x rugi nye... =)