Friday, August 29, 2008

EPISOD TERAKHIR II

Ada beberapa kejutan dalam episod terakhir. Salah satu kejutannya ialah surat dari Bogatt yang dikirimkan kepada Razlan melalui e-mel ketika Bogatt sedang nazak. Waktu itu Razlan masih berada di luar negara. Bagaimanapun, bagi penonton yang mengikuti siri ini dari awal tanpa selang setiap minggu, ada 'hint' tentang perkara ini dalam tiga babak. Pertama, ketika ibu Razlan mengajaknya berjumpa isteri arwah Bogatt di rumah Puan Marina, Razlan dengan cemasnya masuk dalam bilik dan mencari-cari satu surat dalam laci. Kedua, Razlan berjumpa peguam untuk bertanya samada surat itu satu wasiat yang wajib dipenuhi atau tidak. Peguam menjawab ia bukan wasiat, tetapi hasrat. Ia tidak wajib dipenuhi. Razlan pun menarik nafas lega. Pada waktu ini, Razlan belum mengenali siapa isteri Bogatt. Padahal dia sudah melihat Amira beberapa kali di pantai, tetapi tidak mengetahui identiti Amira. Ketiga, selepas menerima kunjungan Amira bersama Dr Bada dan Aliya, Razlan tertanya-tanya samada Amira benar-benar bahagia atau tidak. Dia bercakap tentang ini dengan adiknya, Idayu. Waktu itu, dia memegang sepucuk surat di tangannya. Namun, penonton mungkin tidak mempunya idea, surat apakah yang dipegangnya. Atas permintaan Muna dan Faiza dalam entri sebelum ini, berikut adalah isi kandungan surat 'hasrat' Bogatt itu : "Razlan adikku, masa untuk aku meninggalkan dunia ini sudah semakin hampir. Lalu aku amanahkan isteriku, Amira, kepadamu. Kahwini lah Amira, Razlan. Hanya kau seorang saja yang aku percaya, dapat memberi kebahagiaan kepadanya. Jaga lah dia dengan sempurna. Jangan biar hatinya terguris, walau secarik. Jangan biar air matanya menitis, walau setitis. Jaga lah Amira sebagaimana engkau menjaga nyawamu sendiri. Jadikan dirinya sebahagian dari dirimu jua. Bersatu lah dalam hatinya. Bernafas lah dalam dirinya" - Abangmu, Bogatt.

12 comments:

Anonymous said...

salam Pn Maizura,

terima kasih kerana memenuhi permintaan saya sblm ni...

=)

Anonymous said...

terima kasih...puan
masih terbayan saat amira membaca email ini...

Unknown said...

Salam Puan Maizura....

Thanks a lot Puan Maizura...:-) really appreciate it...

Thanks Again....:-)

Unknown said...

Salam Puan Maizura....:-)

saya rasa seperti ada yang "tertinggal" butir2 kata dalam surat arwah bogatt kepada razlan yg dibaca oleh amira...

seperti ini:

"supaya kau dapat menyambung impian bulan madunya yg tak kesampaian itu"

kalau tak silap saya lah....:-)
(maaf kalau saya tersilap ye puan..)

apapun,drama TBM ni mmg the best!!!...:-)

syabas puan....:-)

Amy C said...

cerita nie memang bagus lar...episod terakhir tu sedih...nangis aku dibuatnya...

drama ni pasal novel pertama jer ker atau ke-empat- empat novel tu ah???

Maizura Mohd Ederis said...

Yup Faiza, memang tertinggal. TKS. "Supaya dapat menyambung impian bulan madu yang tak kesampaian" ada dalam draf terakhir. Sebenarnya, surat ini ditulis banyak kali. Saya sendiri tak ingat draf mana yang dipakai oleh pengarah. Ia tak sama dengan novel. Dalam novel panjang tetapi dalam TV perlu dipendekkan dan dipadatkan. Kalau dalam novel ayatnya puitis, dalam TV perlu lebih mudah dan jelas.

exora82 said...

saya mengalirkn air mata sekali lagi bila baca surat arwah bogatt tu..isk..isk. puan, sbnrnya saya baru habis membaca novel TBM yg pertama. akhirnya berjaya dptkn novel tu. sukanya! memandangkn saya dh tahu kesudahan ceritanya (wpun hanya setakat bogatt meninggalkn amira dlm TBM 1 ni) , saya bayangkn alangkah bestnya lakonan rita & ezani jika betul2 mengikut jalan cerita novel ni. Dptla juga mengubat kerinduan saya nk tgk drama TBM ni..

Anonymous said...

rindu nih cerita nih. TBM..hari selasa ngan rabu nih mesti tercari cari...isk isk isk

Anonymous said...

ye lah, rindu dgn TBM.. ada tak sesiapa yg upload sirinya ke Youtube? share kan lah di sini yer.. thanks

Unknown said...

i miss cikgu sam a lot.
mane yer blh nk cari beliau?
kalau2 lah dia sudi nk join our gathering...

Maizura Mohd Ederis said...

Wati, cuba e-mel dia di alamat sam0965@yahoo.com

Unknown said...

tks a lot pn. maizura...