Thursday, August 28, 2008

EPISOD TERAKHIR

Semalam, Rabu 27 Ogos, berakhir lah drama bersiri Tangisan Bulan Madu. Terkejut? Ya, penghujungnya memang memberikan kejutan yang berbeza berbanding novel. Penghujungnya memang sengaja digantung bagi memberi ruang kepada sekuel sekiranya ada kelak, InsyaAllah. Memang ramai yang tidak puas hati, tapi itu lah ceritanya kerana Tangisan Bulan Madu ini ibarat sebuah cereka yang tiada nokhtah. Bagaimanapun, saya tidak berani berjanji kerana semua keputusan bergantung kepada stesyen. Ada sekuel atau tidak, stesyen yang akan menentukannya. Sama-sama lah kita berdoa supaya ada sekuel untuk drama ini. Akhir kata, saya hargai semua sokongan, komen, cadangan, kritikan dari penonton di sepanjang drama ini berlangsung. Terima kasih daun keladi...

6 comments:

Anonymous said...

salam pn maizura,

ternyata ending cerita TBM sangat menyedihkan...TBM cerita yang sgt best!!

jika tidak keberatan, boleh tak pn maizura postkan isi surat bogatt kepada razlan yang dibaca oleh amira dlm episod terakhir TBM? kerana itu merupakan babak yang menarik bagi saya dan sangat menyentuh hati saya...

Unknown said...

salam puan maizura...

TBM mmg drama yg sangat2 best...ending yg sangat menyedihkan...sampai dah bergenang air mata...syabas puan....saya berharap drama TBM ini akan ade sambungan yg seterusnya...dan dapat dijadikan dlm bentuk dvd atau vcd...saya yakin ramai yg akan menjadikan koleksi peribadi...sama2 lah kita berdoa...oh ya...saya juga bersetuju dgn muna,agar puan maizura dapat postkan isi surat bogatt pada razlan yg dibaca oleh amira...sangat menyentuh hati dan sanubari....

saya akan merindui drama TBM ni..sebab mmg rutin harian saya utk bersedia jam 9 mlm di depan tv,dan tentunya tv2 menjadi pilihan pada setiap hari selasa dan rabu setiap malam....tapi kini,tiada lagi....ermmm..sedih2....

selamat maju jaya puan maizura....kami setia menunggu sambungan drama TBM ni....:-)

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Pn Maizura dan semua pembaca blog ini.. saya ni merupakan follower TBM setiap minggu.. tapi sayangnya saya tak perasan hari tu adalah episod akhir.. kebetulan saya tak dapat bagi tumpuan sehingga hujung episod kerana tuntutan tugas2 surirumah masa tu.. minggu berikutnya pada hr selasa seperti biasa saya buka tv2 jam 9 tapi terkezut sbb cerita lain yg muncul.. jadi saya mintak jasa baik pn maizura utk postkan sinopsis episod akhir tu.. kalu ada kt youtube lagi baguss..akhir kata semoga TBM2 jadi kenyataan.. akan ku tunggu...

Maizura Mohd Ederis said...

Rudiyati,

Selamat Hari Raya. Sy tak berani janji tentang Youtube. Krew yg terlibat agak sibuk buat masa ni. Sinopsis InsyaAllah...

Maizura Mohd Ederis said...

TBM 1 : EPISOD 30.

Dr Bada pula menceraikan Saerah setelah tembelang Saerah selama ini terbongkar. Sementara itu, SMS yang dihantar oleh Razlan kepada Amira terbukti satu fitnah yang dibuat oleh Cindy. Penyelewengan Cindy juga terbongkar. Namun, polis tidak dapat mengambil tindakan kerana Cindy terlebih dahulu lari ke luar negara. Sebelum terbang, Cindy sempat mencuri duit syarikat berjumlah RM500,000.

Razlan cuba menjelaskan ‘onar’ Cindy itu kepada Amira. Namun, Amira enggan mempercayainya. Malah menolak lamaran Razlan untuk kali kedua. Pada masa yang sama, Dr Bada memujuk Amira untuk kembali menjadi isterinya. Amira juga menolak hasrat itu walaupun Aliya datang memujuk bersama Ajijah. Dr Bada menerima keputusan Amira dengan redha. Dia memulangkan semula kotak yang mengandungi barang-barang kenangan Bogatt kepada Amira. Namun, kehadiran Dr Bada di rumah Amira bersama Aliya dan Ajijah menimbulkan salah faham di pihak Razlan. Razlan menyangka Amira memilih untuk kembali bersama Dr Bada. Dia mengambil keputusan untuk membawa diri sekali lagi.

Sebelum berangkat, Razlan mengirim sepucuk surat kepada Amira melalui Idayu dan menziarahi pusara Bogatt. Waktu itu, Amira juga ke pusara Bogatt. Akan tetapi, Razlan menyembunyikan dirinya daripada dilihat oleh Amira. Razlan cepat-cepat memasuki teksi dan bergerak pergi ke satu arah yang tidak diketahui.

Sebaik pulang dari pusara, Amira mendapati Idayu ada di rumahnya, mahu menyerahkan surat Razlan. Surat itu adalah amanat Bogatt agar Razlan memperisterikan Amira selepas kematiannya. Amira benar-benar tergamam membacanya. Baru lah dia sedar bahawa dia tidak sepatutnya menolak lamaran Razlan. Dia kemudiannya ke rumah Makcik Badariah untuk bertemu Razlan. Malangnya dia terlambat. Razlan lebih dahulu pergi entah ke mana. Makcik Badariah yang selama ini hanya memerhati hubungan Amira-Razlan dari jauh, mula bersuara. Dia memarahi Amira kerana Amira terlalu menyanjung cinta Boggat sehingga meremehkan cinta Razlan. Kata-kata Makcik Badariah lebih menyedarkan Amira. Dia segera mengejar Razlan dengan kereta. Usahanya tidak berhasil. Dia memandu sendirian di jalanraya tanpa menemui sebarang kelibat Razlan.

Hyder Ak47 said...

Mobile Prices Bangladesh
amazing site i love this web