
Thursday, January 29, 2009
PRA-AMARAN....INI BUKAN DRAMA DAKWAH!

Sunday, January 25, 2009
SAMSIAH MOHD NOR - BIDADARI CINTA

Monday, January 19, 2009
TBM KINI DI YOUTUBE

Wednesday, January 14, 2009
GEMPAR! RUMAH MAIZURA BERHANTU...??

Saturday, January 10, 2009
JANGAN BERI DUIT PADA KEDUTAAN PALESTIN!!
Bantu lah Palestin, tapi hindari lah kedutaannya samada di Malaysia atau negara-negara lain. Aktivis Palestin, Maszlee Malik berkata, kedutaan negara itu dikuasai oleh kuncu-kuncu Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang terkenal dengan sifat korup. Selain itu, beliau turut mencadangkan demonstrasi di hadapan Kedutaan Mesir. Negara Islam pimpinan Hosni Mubarak itu telah dengan kejamnya menutup pintu sempadan di Refah. Keadaan ini menyukarkan bantuan dari luar disalurkan ke Gaza. Beliau juga menggesa Mawi dan rakan-rakan artis lebih pro-aktif dalam menyedarkan rakyat Malaysia tentang krisis di Gaza. Baca sepenuhnya dalam http:palestinkini.info/?p=2889//
Thursday, January 8, 2009
TBM DIULANGTAYANG DI TV2
Jangan terlepas menyaksikan siaran ulangan TBM di TV2, mulai 5 Januari 2009 (Isnin) pada jam 11.3o pagi hingga 12.30 tengahari. Drama bersiri 30 episod ini akan bersiaran semula setiap Isnin hingga Khamis. Mungkin ia dapat mengubat kerinduan peminat yang sering bertanya kenapa TBM tiada di Youtube. Tentang Youtube, saya tidak berani berjanji kerana saya sendiri tidak ada salinannya buat masa ini. Kepada siapa yang kelapangan pada sebelah pagi, selamat 'melayan'nya untuk kali ke-dua. Dan kepada mereka yang pertama kali menonton, semoga terhibur hendaknya.
Tuesday, January 6, 2009
WARTAWAN PULA DIBELASAH!
Selepas penulis skrip dibelasah oleh wartawan (Siti Jarum), semalam wartawan pula di belasah. Yang membelasah, Azwan Ali melalui Radio 24. Sayang sekali, tiada wakil wartawan terutama yang 'otai' hadir ke studio untuk sama-sama meletupkan rancangan bual bicara secara langsung itu. Khabarnya, tiada yang berani ke studio setelah mendengar nama Azwan Ali sebagai salah seorang ahli panel. Apa tidaknya, para penggiat industri, maklum akan mulut 'laser' pemilik nama ini. Program itu bertajuk 'Siapa Diekploitasi atau Dimanipulasi, Media atau Artis?'. Hosnya Aidil Ghafar & Zaleha Khairene. Ahli panel lain, pengarah filem, Ahmad Idham dan blogger filem, Ajami Hashim. Rentetan dari bual bicara semalam, saya berpendapat kebanyakan wartawan hiburan tempatan lebih berminat hendak 'menghentam' artis dan 'mensasikan' sesuatu isu bagi melariskan media masing-masing. Sangat kurang unsur-unsur kritikan membina untuk meningkatkan kualiti industri dalam penulisan mereka. Ini menyebabkan kebanyakan artis enggan menerima teguran wartawan. Sebaliknya, mempergunakan wartawan untuk melariskan diri mereka semata-mata. Dan apabila seseorang wartawan itu bersara, artis yang masih kekal dalam industri akan memandangnya sebelah mata sahaja. Hubungan yang terjalin sebelum ini adalah atas dasar kerjaya, bukan dengan 'jiwa'. Hakikat ini diakui oleh wartawan bersara - samada yang sudah 'gantung pen' atau masih menulis tetapi dalam bidang lain yang tiada kaitan dengan hiburan. Apa pun, tidak semua wartawan mementingkan sensasi. Ada segelintir yang komited menulis kritikan membina. Kualiti industri akan meningkat sekiranya penggiat industri mengambilkira pendapat mereka. Tidak perlu lah saya sebutkan nama mereka kerana dikhuatiri kelihatan seperti mahu "membodek" pula. Sementara yang tidak disebut nama, akan terasa hati. Maklum lah kebanyakan dari mereka, adalah kawan-kawan saya juga.
Thursday, January 1, 2009
BUNGA API DI KL, BOM DI GAZA
Jam 12 malam. Kedengaran bunyi letupan bunga api di kawasan pangsapuri saya. Terus teringat pada Gaza. Di sini meletup, di sana juga meletup. Tapi di sana adalah letupan bom. Israel menyerang Gaza. Dan adakah kita peduli? Tidak ramai yang peduli. Kononnya apa yang berlaku di Palestin tidak ada kena mengena dengan kita. Hakikatnya, huru hara yang berlaku di dunia sekarang - kemelesetan ekonomi, kejatuhan Dolar Amerika Syarikat, kenaikan mendadak harga emas, kekurangan air bersih, kekurangan lain-lain sumber berharga dan sebagainya - bertitik tolak dari kerja 'dalang-dalang' di belakang tabir Jerusalem. Elit yang mengebom Gaza adalah elit yang sama yang 'menjatuhkan' ekonomi Amerika Syarikat (AS). Ekonomi AS bukan jatuh dengan sendiri, tetapi 'dijatuhkan'. Bagi membolehkan AS tidak bangkit semula, satu keadaan mesti diwujudkan. Keadaan itu digelar kemelesetan ekonomi dunia besar-besaran (Gerat Depression). Ia pernah berlaku pada tahun 1930-an. Waktu itu British memerintah dunia dan gila berperang. Akibatnya British bankrap. Dan jatuh tertiarap! Lantas berdiri lah AS dengan megahnya menggantikan British. Lumrah orang berkuasa, hauskan darah manusia. Apatah lagi dengan statusnya sebagai "boneka" kepada Israel yang terdesak mahukan dunia mengiktiraf kedaulatannya. AS berperang hingga hampir bankrap sekarang. Kata orang, "sejarah selalu berulang". Mungkin kah selepas AS bankrap, Israel pula akan memerintah dunia? Penganalisis isu antarabangsa meramalkan ada kemungkinannya. Manakala pakar ekonomi antarabangsa pula, sekarang makin kerap menyebut "Great Depression" (sekuel kedua??) Jadi, siapa kata percaturan di Palestin tiada kena mengena dengan kita? Atau saya yang paranoid?
Subscribe to:
Posts (Atom)