Monday, January 19, 2009

TBM KINI DI YOUTUBE

Akhirnya!! Kini saya tidak perlu lagi risau bila peminat tegar TBM bertanyakan tentang Youtube. Yang dinanti telah tiba. Kalian boleh menyaksikannya di HAZEL CHANNEL. Terima kasih daun keladi kepada pemilik saluran berkenaan (yang tidak saya kenali). Selain TBM, ada banyak lagi drama tempatan berkualiti yang dimuat naik ke saluran itu. Dan kebanyakannya bertema agama. Seperti yang kita semua maklum, sejak akhir-akhir ini, banyak juga drama bertemakan agama yang bagus di TV kita. Sayang sekali, kesibukan membuatkan kita terlepas tayangannya. Mujur ada Hazel Channel. Alhamdulillah. Klik pada alamat ini : http://www.youtube.com/user/hazel2k Selamat menonton.

4 comments:

Faiza said...

Salam Puan Maizura...:-)

Saya berkongsi rasa gembira ini bersama puan serta seluruh peminat setia drama TBM ini...Alhamdulillah...penantian yang tidak sia2....

Terima Kasih...:-)

bayan said...

Puan Maizura,
Hari ini saya tidak bekerja. Jadinya, selepas mengemas rumah, saya menontn TV. Tertonton drama TBM yang selama ini saya nafikan kualitinya atas dasar drama Melayu semua klise dan tak berkualiti.

Alhamdulillah, saya lihat TBM sangat mantap dari aspek skrip yang selama ini saya tekankah dan kritik dalam amna-mana drama Melayu.

Sukar mencari kelemahan. Ada emmang ada, tetpi terlalu kecil untuk diperbesarkan.

Skrip yang baik, pengarahan yang baik dan pelakon yang baik adalah resepi yang terkandung di dalam TBM.

Semoga selepas ini drama Melayu menyinar dengan kekuatan skrip dan sebagainya.

Semoga juga Tuhan memberi keupayaan yang sepenuhnya buat puan menghasilkan skrip yang baik.

Tahniah TBM

Maizura Mohd Ederis said...

Terima kasih, Bayan. Kalau sdri dpt beritahu apakah kelemahan kecil itu pun bagus juga. Bukan apa, sbg panduan untuk karya yang seterusnya.

Samsiah Mohd Nor said...

saya di sini http://samsiahmohdnor.blogspot.com/