Monday, February 9, 2009

IDEA PITCH DI RTM...”MACAM AMERICAN IDOL...”

Sekarang, musim sibuk buat warga kerja produksi TV. Paling sibuk, tentunya penulis skrip kerana mereka lah yang bertanggungjawab menyediakan kertas konsep (concept paper) sesuatu rancangan TV. Apa lagi, berduyun-duyun lah memanjat Bukit Angkasa di Pantai Dalam untuk melontarkan idea masing-masing. Saya juga sepatutnya ke sana pada Jumaat lepas. Namun, Tuhan menetapkan sesuatu yang lain untuk saya. Nenda saya meninggal dunia akibat sakit tua pada hari Khamis, jam 8 pagi. Jadi, saya membuat keputusan untuk melupakan idea pitch itu. Bergegas pulang ke kampung pagi itu juga. Sempat lah saya melihat perjalanan terakhir nenda tercinta untuk kembali kepada Tuhannya. (Al-Fatihah) Menurut kawan saya, pada pagi Jumaat itu, ada 30 syarikat produksi dipanggil membentangkan konsep. Kumpulannya yang terdiri dari penulis skrip, pengarah dan penerbit eksekutif diberi masa 10 minit sahaja untuk melontarkan idea. Apa lagi, terpinga-pinga lah jawabnya. Panel penilai pula enggan melihat langsung pada kertas konsep yang disediakan. Mungkin mereka mahu mengejar masa memandangkan ada 30 kumpulan lain sedang menanti di luar. Komen kawan saya, “macam American Idol pulak!”

4 comments:

Ajami Hashim said...

hahaha! apakata kita collaborate pitch psl "american idol" + "survivor" +"lost" + "politik katak"???

plotline: 2 buah kumpulan treasure-hunt menaiki bot terperangkap kat sebuah pulau bila ribut laut melanda.. di pulau itu kononnya ada harta karun yg ditanam dalam sebuah kubur raja berkurun-kurun dahulu.. dek kerana tamak haloba mereka mula berbunuhan sesama sendiri untuk bolot semua harta.. masalahnya pulau tersebut BUKAN pulau yg sepatutnya dicari dek kerana mereka tersilap radar semasa ribut dahulu.. apakah sebenarnya yg bakal mereka jumpai di dalam kubur yg disangkakan milik raja itu? siapakah yg akan berjaya & selamat keluar dr pulau itu? atau semuanya akan mati? hahaha..

Maizura Mohd Ederis said...

Great idea! Tp rugi kalau buat kat TV. Buat 'pelem' terus lah. I mmg nak tulis skrip filem lagi, tp buat masa ni tengah sibuk. Angan-angan I (entah jadi kenyataan ke tak?) mmg nak parody karya2 popular. Mcm Lost, Survivor American Idol tu, kat Youtube ada jugak org putih buat parody...ha..ha...pecah perut melayannya...

naem kkk said...

kalo cam2 kte wat rancangan ala pencarian bakat penulis..cam "style The apreantice"...Mana skrip yang terpilih dan terbaik dia lah menang..pas2 dpt publisiti bole r dia karya..mse 2 x susah la kot stesen atau penerbit nak amk skrip dia almaklumlah dah popular...

Maizura Mohd Ederis said...

Tks naem,

kalau ada rancangan mcm ni, sy nak masuk...