Tuesday, February 17, 2009

Pitching RTM....’Satira of The Year’

Sesi pitching RTM masuk minggu ke-tiga. Baru hari ini saya menyertainya. Ketika di kantin, saya dengar satu cerita. Tidak pasti samada ia cerita benar atau sekadar satira untuk melepaskan ‘tension’ turun naik Bukit Angkasa setiap hari sejak dua minggu lalu. Ceritanya begini :
Seorang penerbit dipanggil untuk pitching pada sekian-sekian masa dan tarikh. Dia pun datang tanpa membawa penulis skrip dan kertas konsep. Hanya membawa dirinya semata-mata. Sementara menunggu nama syarikatnya dipanggil, dia mundar-mandir mencari krew produksi yang boleh membantunya pitching. Akhirnya bertemu seorang pengarah veteren yang terkenal.
Berikut ialah dialog antara mereka :
Penerbit : Boleh tolong pitching?
Pengarah : Apa ceritanya?
Penerbit : Cerita belum ada.
Pengarah : Oh tak pe....tunggu kejap ya....(TERUS TUNDUK SAMBIL PEGANG KEPALA DAN MENGERUTKAN WAJAH A.K.A. BERFIKIR)
Lima minit kemudian .....
Pengarah : Ok, dah ada cerita. (YAKIN)
Pegawai RTM : Syarikat ABC...!!
Mereka pun masuk ke bilik pembentangan. Selepas 10 minit, mereka keluar. Seseorang yang menanti giliran di luar terus bertanya, “macamana?” Soalan ini merujuk kepada reaksi ahli panel. Adakah wajah mereka berminat? Atau wajah mereka bosan? Balas penerbit, ahli panel hanya terangguk-angguk sambil merenung tepat ke wajah si pengarah. Orang itu bertanya lagi, “kenapa?” Dengan selamba, penerbit itu menjawab, “mereka tengah fikir samada cerita itu logik ke tidak.”

5 comments:

Mohd Ali Atan said...

Mengapa penerbit tersebut jadi macam itu...adakah dia tidak mempunyai sebarang proposal atau bagaimana?aneh betul dunia seni ini.

Maizura Mohd Ederis said...

Masalah ini terjadi krn bilangan penulis skrip terlalu sedikit berbanding bilangan penerbit. Bila ada pitching, berpuluh-puluh penerbit dtg nak ambil peluang, tp mrk sukar dpt proposal dr penulis yg biasanya tak menang tangan...

Cth : kata lah ada 30 penerbit dipanggil dan 40 tajuk dibuka utk pitching. Kalau lah semua penerbit mahu mencuba kesemua tajuk , maknanya perlu ada 1,200 concept paper utk dibentangkan. Dgn bilangan penulis aktif sekitar 15-20 org, mampukan mrk tulis 1,200 konsep dalam tempoh 2-3 minggu? Setahu saya, ramai penerbit tak tahu pasal pitching ini hingga saat akhir sblm pitching bermula. Jadi, setiap penerbit hanya bawa beberapa concept paper setakat yang mrk mampu sahaja. Ada yg langsung tak mampu membawanya...

Penerbit bkn saja org seni, tp mrk juga org meniaga. Seni..seni juga..tp gaji staff, sewa pejabat, bil letrik/phone, etc, perlu dibayar setiap bulan.

Semalam, sy jumpa seorang pelakon yg jadi penerbit sejak thn 2000. Dia kata, tahun 2009, dia blm dpt job. Dan overhead kosnya hanya bertahan setakat April ini. Jadi, kena dptkan job sblm Mac. Sbb itu lah dia harap pitching kali ini sangkut lah jobnya. Kata lah dapat satu telemovie, dia untung dalam RM35,000. (komen saya dalam hati : jumlah ni kecil berbanding meniaga dlm bidang lain mcm jual komputer, kereta, jadi kontraktor, etc) Dan utk dpt untung sebanyak itu, kena usaha sampai nak tercabut jantung, katanya sambil pegang dadanya...

Kazsat said...

Sya baru saja mbaca tulisan saudari pasal picthing kat RTM. Saya juga terlibat dalam pitching tersebut dan dikatakan setiap hari berada di IPTAR. Saya ada terdengar perbualan mengatakan kebykkan slot berkenaan sudah diisi dan pitching tersebut hanya formality saja. Belum diisi cuma rancangan yang diperuntukkan adalah satu atau empat episod sj. Adakah saudari mendengar perkara itu. Selamat Berkarya

Maizura Mohd Ederis said...

tks Kaszat krn lawai blog TBM.

Ya...sy pun dgr. Sekali tengok, memang betul pun. Pitching kali ni utk telemovie musim perayaan spt hari ibu, hari bapa, merdeka, etc. Drama bersiri pulak...setakat tiga empat episod utk siri khas raya dan cuti sekolah. Ada sikit-sikit rancangan masakan raya, majalah, etc. Soalannya, mana drama bersiri yang berpuluh-puluh episod tu? Untuk slot Ratu, Sutera, Galeri Famili, etc? Dan saya dengar utk thn 2009, semua slot dah penuh. Saya tanya juga, sykt mana yg dapat? Ramai producer tak jawab. Tp di antara mrk mungkin tahu, saja tak nak bagi tahu. Kbykan penerbit kata pitching kali ni, serpihan saja, atau dlm kata lain, "serdak-serdak" saja...

Mohd Ali Atan said...

Bila baca komen anda, tersedak saya.