Wednesday, April 22, 2009

Idea Pitch di RTM..."Satu Kenyataan Maaf”

Rupanya, entry saya tentang Idea Pitch di RTM telah mengecilkan hati orang tertentu. (Mungkin juga beberapa pihak tertentu samada penerbit atau organisasi yang seangkatan dengannya) . Ada SMS yang diterima, pengirimnya seorang penulis, menyangka saya “marah-marah” pada RTM kerana pitching saya gagal. Terserah lah kepada pembaca untuk mentafsirkan kesemua entry saya tentang “pitching” berkenaan. Saya hanya menulis dari hati dan hati jua lah yang menerimanya. Sungguh, saya tidak bermaksud untuk mempertikaikan kredibiliti penulis lain atau syarikat penerbit yang berjaya. Namun, sekiranya ada yang terasa hati,
beribu kemaafan saya pohonkan dengan ikhlas dari lubuk hati sanubari ini.
Kehadiran saya di ruang maya ini hanya untuk berkongsi maklumat dan pandangan. Itu sahaja. Tetapi ada kala, disalahfahami. Jadi, kepada semua, kemaafan jua yang dipinta. Kenyataan ini bukan sahaja untuk entry pitching RTM, tetapi merangkumi entry yang lain juga.

2 comments:

ali atan said...

Tdk perlu minta maaf sebab anda tidka berbuat salah sedikitpun. Kalau minta maaf nanti nampaklah sangkaan mereka tu betul. Sepatutnya kena tanya dia kenapa hang terasa kecil hati pula?drp jwpnya kita dapat tahu macam mana org itu dan kepentingannya dalam isu pitching RTM. Benda ni kena disebarkan sebab barulah kita tau sebabnya drama RTM rata-ratanya tahap jamban.

Maizura Mohd Ederis said...

MMA,

Tak apa lah. Selepas entry ni ditulis, kami dah pun bersms semalam...salahfaham sudah dijelaskan. Mana tahu, mungkin kami boleh jadi kawan selepas ni...