Friday, April 24, 2009

PELANGI PETANG....SEBUAH LAGU "ICONIC"

Minggu lalu, saya terjumpa catatan wikipedia yang merujuk Pelangi Petang sebagai "iconic song". Lagu itu digubah untuk filem KAMI (1982), filem pertama dan terakhir lakonan Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Sejak itu, puluhan drama Melayu telah menjadikannya lagu tema. Ini lah puncanya saya teragak-agak untuk mencadangkannya buat Tangisan Bulan Madu (TBM). Alasannya, terlalu kerap digunakan dalam drama Melayu. Pun begitu, saya tidak dapat menolak satu kenyataan - lirik dan melodinya sangat bertepatan dengan jalan cerita TBM. Lantas, saya mencadangkan juga, bersama 10 lagu lain yang "meletup" dan dinyanyikan artis terkenal. Penerbit akhirnya memilih Pelangi Petang yang digubah 26 tahun lalu. Satu keputusan yang tepat! Selepas TBM tersiar, generasi baru yang tidak pernah kenal Sudirman, berkata mereka sangat menyukainya. Generasi lama pula berkata mereka kembali suka mendengarnya. Dan semasa TBM ditayangkan di TV2, ada dua lagi drama Melayu yang lain di siaran lain yang turut menjadikannya sebagai lagu tema. Justeru, adakah Pelangi Petang akan terus releven buat melodrama Melayu sampai bila-bila?

3 comments:

D'Rimba said...

lirik Habsah Hassan membina jatidiri anak bangsa bukan cinta semata............

Julia Jazmine said...

seandainya masih ada lelaki bernama Sudirman ini rasanya industri Malaysia turut berubah, barangkali...

Maizura said...

Saya setuju dgn D'rimba dan Julia. Sudirman tak hanya nyanyi lagu cinta lelaki perempuan, tp lagu utk semua lapisan masyarakat. Aku Penganggur, Chow Kit Road, Basikal Tua, Ayah dan Ibu, Balik Kampung, 31 Ogos.

Kul It mempromosi perpaduan kaum.

Dan ada juga kritikan sosial mcm Mat Disko yang tak sedar diri dah tua, berlagak muda. Serta Toyol yang ditakuti tp sebenarnya tak wujud dlm realiti, hanya dlm mimpi.

Pendekata, mesej dlm lagunya pelbagai.