Seorang mantan
Minggu Penulis Remaja (MPR) berkecil hati. Katanya, ada ahli panel dalam
Perhimpunan Penulis Nasional ke-2 di Melaka, hujung minggu lalu, menghentam mantan-mantan MPR yang tidak lagi menulis sastera dan agama. Sebaliknya menulis skrip filem dan drama TV. Betul ke? Kalau betul, kenapa mereka dihentam? Mungkin juga kerana penulisan mereka di kaca TV bersifat popular dan komersial. Tiada idealisme, tidak menghubungkan jiwa dengan jiwa atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Teringat pengakuan seorang mantan MPR :
"tidak menulis skrip yang serius kerana ia satu kerja yang susah. Ia tidak semudah menulis novel atau cerpen.”
Mungkin betul. Kalau tidak, masakan seorang penulis karya sastera bermutu tinggi, tetapi skripnya mengecewakan.
Opss! Bukan kata saya, tapi kata penerbit dan pengarah yang berkenaan!!
Saya percaya pada rungutan mereka itu. Kerana skrip memerlukan bakat meluahkan visual yakni imej-imej tertentu (
show). Sedangkan novel, cerpen atau puisi, cukup dengan memberitahu (
tell). Selain itu, pasaran televisyen tidak terbuka kepada “
concept proposal” yang berat, unik, terlalu Islamik, sarat dengan idealisme atau bereksperimen. Bagaimanapun, TV menawarkan pendapatan agak lumayan untuk mereka yang berbakat dalam memvisualkan sesuatu dengan jelas, kreatif dalam mempersembahkan idea dengan cara menarik (
catchy) dan menghiburkan (
fun). Di sini, bukan idea yang penting tetapi persembahannya. Di sini, kita tidak mengembangkan kreativiti atau ekspresi seni secara maksimum. Sebaliknya lebih kepada bekerja mencari makan.
Ya, memang ada penggiat industri yang berkesedaran agama. Namun, bukan mudah untuk golongan ini kerana dugaannya cukup besar. Ada yang mengalah lalu keluar dari industri. Ada yang masih bertahan atas dasar melakukan “fardhu kifayah”. Golongan ini membentuk minoriti yang kecil. Mereka biasanya tidak banyak bercakap. Sebaliknya banyak bekerja. Agaknya mereka lebih banyak bercakap dengan Tuhan daripada bercakap dengan manusia.
Dan akhir-akhir ini, timbul golongan yang menghasilkan produk
ala-ala Islami atas dasar keperluan pasaran. Selepas fenomena filem
“Ayat-Ayat Cinta” dan sinetron seperti “
Hikmah” dari seberang, penerbit filem dan stesyen TV tempatan mula membuka ruang untuk drama berlatarkan Islam (yang dahulu tidak dilayan atas alasan tiada
market!) Produk ini dihasilkan bukan atas dasar “fadhu kifayah” tetapi atas dasar memenuhi permintaan dari pasaran. Contohnya “
Syurga Cinta” yang mula ditayangkan di panggung mulai 21 Mei lalu dan “
Nur Kasih” yang bakal ditayangkan mulai 29 Mei ini di TV3. Kedua-duanya bukan lah produk dakwah. Ia sekadar memenuhi keperluan pasaran yang semakin berkembang rentetan dari situasi di negara jiran.
Berbalik kepada mantan MPR, kita perlu bertanya mereka :
Kenapa menulis skrip TV? Adakah kerana mahu memberi pendidikan secara tidak langsung (indirect) kepada khalayak yang lebih besar (kita bercakap tentang angka tiga juta penonton kalau untuk TV3)? Atau kerana mahu buat duit banyak-banyak sementara industri memerlukan mereka? Apakah produk-produk mereka itu langsung tidak bermanafaat kepada ummah? Adakah konsep asal itu datangnya daripada ilham mereka sendiri? Atau konsepnya awal-awal lagi sudah ditetapkan oleh stesyen TV?
Hemm...banyak pula soalannya....siapa nak jawab...?