Monday, May 25, 2009

KERANA SKRIP TV...MANTAN MPR DIHENTAM?

Seorang mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) berkecil hati. Katanya, ada ahli panel dalam Perhimpunan Penulis Nasional ke-2 di Melaka, hujung minggu lalu, menghentam mantan-mantan MPR yang tidak lagi menulis sastera dan agama. Sebaliknya menulis skrip filem dan drama TV. Betul ke? Kalau betul, kenapa mereka dihentam? Mungkin juga kerana penulisan mereka di kaca TV bersifat popular dan komersial. Tiada idealisme, tidak menghubungkan jiwa dengan jiwa atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Teringat pengakuan seorang mantan MPR :
"tidak menulis skrip yang serius kerana ia satu kerja yang susah. Ia tidak semudah menulis novel atau cerpen.”
Mungkin betul. Kalau tidak, masakan seorang penulis karya sastera bermutu tinggi, tetapi skripnya mengecewakan.
Opss! Bukan kata saya, tapi kata penerbit dan pengarah yang berkenaan!!
Saya percaya pada rungutan mereka itu. Kerana skrip memerlukan bakat meluahkan visual yakni imej-imej tertentu (show). Sedangkan novel, cerpen atau puisi, cukup dengan memberitahu (tell). Selain itu, pasaran televisyen tidak terbuka kepada “concept proposal” yang berat, unik, terlalu Islamik, sarat dengan idealisme atau bereksperimen. Bagaimanapun, TV menawarkan pendapatan agak lumayan untuk mereka yang berbakat dalam memvisualkan sesuatu dengan jelas, kreatif dalam mempersembahkan idea dengan cara menarik (catchy) dan menghiburkan (fun). Di sini, bukan idea yang penting tetapi persembahannya. Di sini, kita tidak mengembangkan kreativiti atau ekspresi seni secara maksimum. Sebaliknya lebih kepada bekerja mencari makan.
Ya, memang ada penggiat industri yang berkesedaran agama. Namun, bukan mudah untuk golongan ini kerana dugaannya cukup besar. Ada yang mengalah lalu keluar dari industri. Ada yang masih bertahan atas dasar melakukan “fardhu kifayah”. Golongan ini membentuk minoriti yang kecil. Mereka biasanya tidak banyak bercakap. Sebaliknya banyak bekerja. Agaknya mereka lebih banyak bercakap dengan Tuhan daripada bercakap dengan manusia.
Dan akhir-akhir ini, timbul golongan yang menghasilkan produk ala-ala Islami atas dasar keperluan pasaran. Selepas fenomena filem “Ayat-Ayat Cinta” dan sinetron seperti “Hikmah” dari seberang, penerbit filem dan stesyen TV tempatan mula membuka ruang untuk drama berlatarkan Islam (yang dahulu tidak dilayan atas alasan tiada market!) Produk ini dihasilkan bukan atas dasar “fadhu kifayah” tetapi atas dasar memenuhi permintaan dari pasaran. Contohnya “Syurga Cinta” yang mula ditayangkan di panggung mulai 21 Mei lalu dan “Nur Kasih” yang bakal ditayangkan mulai 29 Mei ini di TV3. Kedua-duanya bukan lah produk dakwah. Ia sekadar memenuhi keperluan pasaran yang semakin berkembang rentetan dari situasi di negara jiran. Berbalik kepada mantan MPR, kita perlu bertanya mereka :
Kenapa menulis skrip TV? Adakah kerana mahu memberi pendidikan secara tidak langsung (indirect) kepada khalayak yang lebih besar (kita bercakap tentang angka tiga juta penonton kalau untuk TV3)? Atau kerana mahu buat duit banyak-banyak sementara industri memerlukan mereka? Apakah produk-produk mereka itu langsung tidak bermanafaat kepada ummah? Adakah konsep asal itu datangnya daripada ilham mereka sendiri? Atau konsepnya awal-awal lagi sudah ditetapkan oleh stesyen TV?
Hemm...banyak pula soalannya....siapa nak jawab...?

4 comments:

Layla Haq said...

saya kira penulis buku yang boleh menulis skrip inilah yang sedang dihasilkan oleh Puan Ainon dari PTS kerana beliau memikirkan hal karya dan aspek pemasaran. Saya kira itu hal yang harus kita sematkan dalam diri penulis. Tiada beza penulis buku dan penulis skrip drama tv jika komitmennya adalah satu, kerana dakwah atau mendidik masyarakat.

Saya kira, banyak karya penulis yang baik tetapi tidak sapat dijadikan skrip. Banyak rugi disitu.

Teringin menyaksikan novel Tunggu Teduh Dulu, karya Faisal Tehrani dalam bentuk drama atau filem. Kerana bagi saya novel ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Ayat-Ayat Cinta.

Anonymous said...

confirm ke nur kasih tayang start 29 Mei ni? ke ditunda dulu... sbb tk nmpk sbrg promo pun citer ni, melainkan promo terbaik Mei tv3 tu aje... sdngkn citer ni khas buat ulang tahun, pastu pngarah nye bukan calang2 org... mstila di promosikan habis2an mcm Slot Lestary dn Aksi..harap klarifikasinya...

Maizura Mohd Ederis said...

Bayan,

TV adalah kerja berkumpulan yang melibatkan taukeh stesyen, eksekutif stesyen, penerbit (taukeh syarikat produksi), penerbit eksekutif, penulis skrip dan pengarah. Jika seorang penulis skrip ada kesedaran dakwah, tetapi ahli kumpulan yang lain iaitu jawatan-jawatan penting yang saya sebutkan tadi tak ada kesedaran, misi dakwah tak akan ke mana. Industri tak mungkin berubah. Kalau ada perubahan pun, dengan kadar yang minima. Dan produk dakwah itu selalunya ada cacat cela atau kekurangan di sana sini. Kerana bukan penulis skrip membuat keputusan sepenuhnya ke atas sesuatu produk itu. Ada lima jawatan lain turut 'berkuasa' ke atas produk yang berkenaan.

Tunggu Teduh Dulu, kita kena tanya Faisal dan pelabur di Malaysia. Adakah pelabur yakin TTD dapat beri pulangan dari segi RM? Dan adakah Faisal yakin pelabur itu tidak akan 'memperkosa' karyanya? Kalau dua-dua yakin, boleh lah diteruskan.

Tapi, ada lagi beberapa cara untuk membolehkan TTD diadaptasi :

1. Memohon penajaan dari organisasi dakwah/institusi agama kerajaan. (Macam Filem Bilut-Bade Haji Azmi)

2. Mencari pelabur yang hanya mahu saham akhirat, bukan saham dunia. (Ada ke filem diterbitkan oleh pelabur mcm ni kat Malaysia..he..he...?)

3. Menerbitkan di luar Malaysia. (Macam U-Wei buat)

4. Faisal menerbitkannya dengan wang sendiri dan wang kawan-kawan (Mcm Yasmin Ahmad buat untuk Sepet)

Maizura Mohd Ederis said...

Anonymous,

Sy pun hairan kenapa publisiti lambat keluar. Mula-mula pelancaranm 14 Mei, kemudian berganjak pada 27 Mei iaitu dua hari sebelum tayangan. Mula-mula kata drama khas, tapi masa pelancaran semalam, tak disebut pun drama khas. Apa sudah jadi, kena tanya TV3 lah...