Sunday, June 14, 2009

KETANDUSAN PENULIS SKRIP

"Ketandusan Penulis Skrip”. Ini lah kenyataan Presiden Persatuan Penulis Skrin Malaysia (Swam), Ismail Ahmad, seperti yang dilaporkan Harian Metro hari ini. Ismail atau mesra dengan nama Pak Mail turut menyelar kualiti skrip yang lemah dari segi dialog dan struktur. Selain itu, tidak berpuas hati dengan penulis skrip bebas yang tidak menyertai Swam. ’Kunun’nya orang seperti saya dan kawan-kawan yang lain, memberi masalah kepada industri kerana :
1. Meletakkan harga yang rendah berbanding harga biasa.
2. Tidak berpengalaman menghasilkan skrip dalam format yang betul.
Pak Mail turut bercakap tentang impian mengeksport drama tempatan ke peringkat antarabangsa. Termasuk usaha pihaknya mencari skrip berkualiti melalui sistem yang ala-ala program realitiOn The Lot yang pernah diterbitkan Steven Spielberg dan Mark Burnett pada 2007.
"Dari 12,000 penyertaan, mereka kemudian memilih 50 peserta yang terbaik sebelum hanya seorang bergelar juara. Dalam konsep pitching pula, kami akan mencari skrip dan cerita yang bagus untuk dijual pada stesen televisyen”
Saya malas hendak mengulas kerana saya bukan ahli Swam. Cukup lah sekadar membaca reaksi Miss Brat dalam blognya, http://seemyscripts.blogspot.com

7 comments:

Mohd Ali Atan said...

Mereka orang persatuan mana tahu apa. Drp melalak salahkan penulis skrip lebih baik cari jalan agar penulis skrip baharu dan seniour boleh bebas berkarya dengan lebih baik dan luas. Apa fungsi SWAM tatkala produser dan pengarah menciplak skrip penulis skrip?Hanya melalak bukit.Buat bising. Lepas tangan. Lebih bermanfaat bincangkan soal tender, peluang, ruang berkarya dan monopoli rancangan TV. Lebih baik bincangkan soal kebajikan penulis skrip kalau boleh aktakan soal bayaran syiling untuk penulis dan lain-lain kerja yang berkaitan.

Ajami Hashim said...

"Dalam pada itu, persatuan berdepan masalah membabitkan kehadiran penulis skrip bebas yang tidak menganggotai persatuan ini."

*harus kena sula kpd sesiapa tak join nih!!! kahkahkah!

Maizura Mohd Ederis said...

MAA, awak betul. Skrip akan jadi lebih baik kalau kebajikan si penulis skrip terjaga dengan baik, bukan tertindas seperti yang banyak berlaku sekarang.

AJAMI,

Tidaaakk...! Nak kena lari ni, takut kena hukum atas kesalahan tak masuk persatuan.

Anonymous said...

saya setuju dengan anda.wordpress SWAM pun kering je. Tak ada gambar aktiviti.

zabidi mohamed said...

Betul tu. wordpress SWAM hambar. Tak ada gambar untuk menarik orang kenali apa itu SWAM. kena kreatif la sikit....

pasal pitching, saya hantar 16 tajuk. satu pun tak sangkut...nak buat macam mana? kena sabar dan redha aje le...

http://zabidiskrip.blogspot.com

Miss Brat said...

Kak Mai, terima kasih sebab letak URL blog saya.

Pitching? pitching ke hapa kalau org A*tro sanggup ke parking lot ambik script dari tangan producer dan luluskan tanpa sebarang pitching session. Penulis2 bebas mana boleh lawan orang yg kuat cable ni..katanyaaaaa....

shAayyUm said...

salam....

hye maizura,
can i have ur email address? Bcoz i want to contact u regarding a script writing....hope u can contact me back...thanks....

Regards,
Shaayyum Hamdan
shaayyum@mcoba.org