Monday, June 1, 2009

NUR KASIH...KOMEN AWAL PENONTON

Tepat seperti yang diduga. Pelajar atau bekas pelajar Universiti al-Azhar, Mesir pasti tidak bersetuju dengan pakaian watak utama, Aidil (Fizz Fairuz). Saya sendiri kesal melihat "rush copy” episod pertama, beberapa minggu lalu.
Kenapa pakaiannya terlalu nusantara? Sudah lah bersongkok dan berkemeja lengan panjang, ditambah pula dengan serban petak-petak merah putih atas bahu, menjadikan dia seperti tok guru pesantren Indonesia! Realitinya, mereka tidak berpakaian begitu. Sebaliknya berpakaian moden. Paling minima, hanya berkopiah putih.
Kesilapan ini berlaku di pihak produksi iaitu juru busana (wardrobe man). Di pihak penulis skrip, ketuanya, Mira Mustaffa sudah menerangkan tentang pakaian. Malangnya, di lokasi, mereka terlepas pandang. Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana kos terlalu tinggi untuk pengambaran semula. Apa pun, Mira mencadangkan nama al-Azhar dipadam untuk menyelamatkan keadaan. Tetapi seorang kawan yang pernah belajar agama di Jordan tidak setuju kerana nama al-Azhar memberi wibawa kepada watak. Jadi, kami biarkan sahaja busana itu terlepas. Dan ini bukan kali pertama pihak produksi membuat silap ke atas pakaian watak dalam drama saya. Sebelum ini :
Watak utama yang saya cipta, kerjanya perancang bandar. Tetapi semasa bekerja, dia memakai topi keselamatan (hard hat). Realitinya, perancang bandar tidak memerlukan topi keselamatan kerana kerjanya membuat tinjauan di tapak yang belum dibangunkan. Dalam drama saya yang lain, watak pengurus memakai topi keselamatan warna kuning sedangkan kuning adalah untuk buruh! Sepatutnya, penyelia, pengurus dan jurutera di tapak bina memakai topi keselamatan warna putih.
Saya menegur pengarahnya melalui SMS. Dia mengakui berbuat silap lalu berjanji akan "brainwash” krew produksi di bawah arahannnya supaya membuat "research” dalam job yang akan datang. Saya turut mengesan kesilapan busana dalam banyak drama tulisan orang lain. Antara yang nyata :
Watak orang korporat sentiasa bersut lengkap - kemeja lengan panjang dengan blazzer dan talileher menjerut leher. Sebagai wartawan yang pernah berselisih bahu dan bertegur sapa dengan tokoh korporat, saya dapati mereka berpakaian seperti itu hanya ketika bergambar untuk majalah, sidang akhbar dan majlis tandatangan MOU. Manakala wartawan pula tidak lagi memakai baju kasual iaitu jeans, T-shirt yang dipadankan dengan vest berpoket banyak dan kasut sukan. Sebaliknya, di alam realiti, wartawan berpakaian seperti pekerja pejabat yang biasa kita lihat di mana-mana.
Berbalik kepada Nur Kasih, saya terpanggil untuk menulis tentang dress code lelaki Islam di kolum tetap saya, Maizura Menulis dalam majalah Muslimah keluaran Jun 2009. Kebetulan bulan Jun ada sambutan Hari Bapa. Jadi, tepat lah kalau menulis tentang lelaki. Tajuknya, Pakaian Lelaki Islam : Mana Satu Pilihan Hati? Artikel ini berdasarkan pengalaman mewawancara ramai agamawan di Malaysia. Saya perhatikan, bukan semuanya bersongkok dan berserban. Hanya dalam dalam drama Melayu sahaja kita lihat orang beragama dengan imej tipikal dan streotype seperti itu.

4 comments:

Aiby said...

salam
cantik sinematografi(yg saya selalu istilah-suka-hatikan sebagai lakon layar)kenapa tak guna sinematografi sebiji macam cerita hantu tu(Kuseru)? yg itu lebih mempesonakan rasa saya
keberkesanan lakonan(saya maksudkan penghayatan watak yg dipersembahkan pelakon dgn baik sekali) pengarahan dan skrip where to put my high expectation on.. and the least on drama dakwah (as stated somewhere penjagaan shariat itu penting)
at this point saya rasa kreativiti dan islam-conscience pengarah itu memainkan peranan..kalau kurang arif di segi shariat,lapangkan masa bersama mereka yg lebih faham,discuss..i really hope yg drama or even filem kita boleh menongkah arus dan menapak ke arah drama/filem dakwah(Islamic)

ekramhakim~ said...

teknikal masih boleh diperbaiki..apa pon nilai dan moral masih boleh diterima..

apabila kertas putih terkena sedikit sirap, pasti yang lebih nampak itu adalah setitik sirap itu berbanding seluruh kertas putih..

go ahead!

i-sHaH eCaH said...

salam..
benarkah lokasinya di Universiti Al-Azhar?
macam surrounding kat UIA

Maizura Mohd Ederis said...

Ishah/Ecah,

Lokasi di Mesir tidak dapat dibuat sebab kos terlalu tinggi. Jadi, last minit terpaksa tukar ke UIA. Dalam istilah produksi, ini disebut "cheat" (tipu). Ayat-Ayat Cinta pun "cheat"..lokasi sebenar di India dan untuk babak dalam rumah, ada yang dibuat di Indonesia.