Saturday, December 5, 2009

ASK 09...SEGALANYA TELAH TERTULIS

Pentas Anugerah Skrin 2009 (ASK 09) dibuka dengan menghargai skrip - lebih tepat disebut lakon TV - sebagai penerima pertama. Lima yang terbaik itu terdiri daripada hasil karya Faznita Md Nor (Tak Serupa Tapi Sama), Mufid Suhaimi (Terlerai Takbir Kasih), Erma Fatima (Tersasar Di Jalan Mu), Zuraida Ramli (Mama Nenek) dan ZH Emdee (Becha Usang).
Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, genre yang mendominasi kategori ini merupakan genre drama. Jadi, kepada penulis skrip atau penulis skrip wannabe di luar sana yang mahu merasai pentas ASK, rajin-rajin lah menulis telemovie genre drama.
Genre Seram nampaknya menyerlah dalam kategori Drama Rantaian. Setelah kemenangan Susuk tulisan Akhbar Ali pada 2007, Kekasih Ku Seru tulisan Mira Mustaffa kembali menjuarai kategori ini.
Nampaknya genre seram dan genre drama soap opera bergilir-gilir naik pentas. Pada 2006, Rafflesia tulisan Sharifah Huda manakala Bicara Aur Dengan Tebing tulisan Cik Li pada 2008.
Drama Komedi Terbaik berpihak kepada Datin Wan Abe tulisan saya, arahan Emmi Suffian (Pyan), terbitan Asia Media Content Sdn Bhd (JS Foo).
Menurut seorang rakan, persaingan untuk drama komedi tahun ini tidak lah sengit lantaran kekurangan drama yang benar-benar kuat.
Hadiah kemuncak yakni drama terbaik jatuh kepada telemovie TV2, Tersasar Di Jalan Mu arahan dan tulisan Erma.
Ini menambah keyakinan bahawa penganjur tidak 'bias' kepada stesyen miliknya semata. Kali terakhir telemovie RTM menerimanya, pada 2006 menerusi Lebih Bisa Dari Jelatang tulisan Mazlan Manan, arahan Kabir Bhatia, terbitan Pena Creative Sdn Bhd (Ziela Jalil).
Terima kasih kepada TV3 sebagai penganjur dan Pantene sebagai penaja utama.
Keterangan gambar : Saya bersama Pyan semasa post-party ASK 09.

10 comments:

Ajami Hashim said...

Tahniah sis! :-)

ainishamsi said...

masa diorg announce datin wannabe menang, saye macam,wah maizura ederis yg co-scriptwriter nurkasih menang.

hihi. tahniah kak mai!

Maizura Mohd Ederis said...

Ainishamsi,

Tks atas ucapan. Tapi nak betulkan fakta sikit... bukan saya menang tapi ini kemenangan bersama. Bila sebut drama komedi terbaik, bermakna kemenangan untuk keseluruhan pasukan yang terdiri penerbit, penulis skrip, pengarah, pelakon, jurukamera, etc. Lain lah kalau untuk kategori skrip atau istilah yang tepat lakon TV, baru lah boleh dianggap kemenangan untuk saya. Setakat ini saya belum pernah lagi tercalon untuk kategori lakon TV (skrip) terbaik.

ainishamsi said...

oh, ok. note taken. :)

anyway, semoga berjaya lagi di masa hadapan and hopefully next time for tv skrip pulak.

Bukan Sepet said...

Perghhh! Kak long pegang anugerahh...

tak caya aku.

perghhhhhh sekali lagi!

fadz said...

tahniah, turut bergembira :)

putra said...

Tahniah sbb datin wanabe menang.Tapi kenapa datin wanabe raya?Pihak produksi bayar crew murah?Depa penat keja..angkat besi bukan angkat kertas.Layak ke mereka dibayar murah?Pihak produksi harus jaga kebajikan crew.Kesian kat kawan2 kita.Minta maaf ye..harap perkara begini tak berulang lagi.

Maizura Mohd Ederis said...

Putra,

Pertanyaan sdr ditanyakan kepada orang yang salah. Saya bukan producer, tapi sekadar penulis skrip. Saya tidak tahu apa yang berlaku di pihak produksi. Saya pun dibayar harga yang sama walaupun skrip itu adalah skrip khas dan hampir mirip kepada 'sekuel'.

Kebajikan crew adalah di bawah tanggungjawab persatuan pekerja filem. Kita ada beberapa persatuan. Rasanya semua crew kena masuk persatuan dan mintak persatuan berjuang untuk kita - untuk deal harga dengan penerbit. Kalau seorang mintak apda penerbit harga yang setimpal, tak mungkin dapat. Kena bersuara beramai-ramai. Kalau boleh, mogok. Kalau seorang mogok, takkan menjadi.

Jadi, pekerja itu sendiri kena bersatu di bawah satu kepimpinan persatuan yang kuat.

Saya sendiri belum masuk persatuan kerana saya baru 2 tahun aktif menulis skrip secara sepenuh masa. Sebelum ini menulis skrip hanya sebagai aktiviti sampingan dan ada kerja lain. InsyaAllah akan masuk untuk sama-sama menjaga kebajikan diri sendiri/kerjaya yang dipilih ini.


Dah lama saya cakap benda ni dalam blog ini. InsyaAllah, isu ini akan saya utarakan lagi dlm blog ini. Saya bukan pemimpin persatuan, hanya penulis skrip yang sekali-sekala bersuara dalam blog sekiranya ada apa-apa yang saya tak puas hati tentang industri. Itu pun kadang2 ada orang memandang sinikal terhadap tulisan saya dlm blog ini.

Harap Putra memahaminya, ok. Teruskan berjuang menuntut hak.

putra said...

Sy minta maaf klu sy salah.tp sy hairan knp kawan sy tak bt aduan di persatuan atau dia pun bukan ahli persatuan dan sebab itu dia tak boleh bt aduan.Cuma dia selalu mengadu ketidak puasan hatinya pada pihak produksi itu.Tetapi yg mustahilnya dia tetap berkerja untuk produksi itu selain satu lg produksi lain yg juga mempunyai masalah yg sama.Mungkin dia tiada pilihan lain.Sy betul2 tak memahami dunia perfileman di malaysia ni..yg byk pancaroba.

Maizura Mohd Ederis said...

Betul Putra, dunia filem dan drama memang banyak pancoroba. Tak semua yang mampu bertahan. Ramai penggiat industri berasa tak tahan untuk berada lama-lama di dalamnya. Ramai yang bagus-bagus telah keluar dari industri ini, menjadikan kualiti produk yang terhasil di kaca TV makin merudum, dan kebajikan para penggiat makin tak terbela.

Kita masih bekerja dalam keadaan "under paid" dan "over worked" di sebalik kerancakan stesyen menawarkan pelbagai slot baru untuk drama Melayu tempatan.

Kepuasan berkarya juga makin lama makin berkurangan lantaran kekangan atau kawalan 'budget' produksi yang terlampau ketat - membuatkan apa yang kita sarankan dalam skrip tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya atau dengan baik.

Malah orang paling berpengalaman dalam industri pun, anggap filem dan drama hanya satu persinggahan. Untuk buat duit selagi industri memerlukan dan sampai masa akan pergi untuk melakukan kerja lain yang lebih menjamin.

Sebahagian orang lama pula ada bisnes lain yang tiada kaitan dengan filem dan drama sebagai "back-up" sekiranya betul-betul "fed-up" suatu hari nanti.

(Maaf kalau saya membebel kerana komen ini ditulis memang masa sedang kecewa dengan satu masalah dalam produksi)