Friday, December 4, 2009

ASK 2009....SATU RAMALAN

Malam ini Anugerah Skrin (ASK) 2009. Seperti biasa, pagi ini ramai yang tertanya-tanya drama mana yang sampai ke pusingan akhir iaitu lima yang terbaik (TOP 5). Tidak kurang yang mendapat keputusan bocor melalui sumber dalaman. Ada kala ramalan atau keputusan bocor menjadi penentu buat calon samada mahu hadir atau tidak. Bagi sesetengah calon, adalah membuang masa untuk hadir sekiranya gagal mencapai TOP 5.
Tahun ini, karya saya, Datin Wanabe akan berentap dengan Hua-Hua-Hua, Lawak King, Ceplos dan Impian L untuk kategori Drama Komedi Terbaik.
Bagaimanapun, tumpuan ASK bukan lah kepada drama komedi mahu pun drama rantaian. Sebaliknya, kepada telemovie. Kategori Drama Terbaik, Arahan Terbaik, Lakon Layar/Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki/Wanita dan Pembantu Terbaik datang dari kategori ini. Jadi, kepada sesiapa yang mahu karyanya menyerlah di pentas ASK, tulis lah telemovie banyak-banyak.
Ramalan akhbar menyebut bahawa telemovie Tak Serupa Tapi Sama, Tersasar di Jalan-Mu dan al-Kiswah bakal dinobatkan sebagai Drama Terbaik.
Sama-sama lah kita nantikan keputusannya malam ini.
Nota : Syarat untuk memasuki pusingan awal ASK adalah berdasarkan rating AC Neilsen manakala untuk pusingan akhir (lima calon terbaik) adalah berdasarkan kualiti yang bakal dinilai oleh juri bertauliah. Keputusan lima yang terbaik hanya akan diumumkan pada malam ASK bersiaran secara langsung..

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah!