Wednesday, January 13, 2010

NASIB PENULIS SKRIP...PART 5

Seminggu berlalu, Eizlan Yusof sudah pun bertemu dengan pengerusi Screen Writers Association of Malaysia (SWAM), Encik Ismail Ahmad (Pak Mail). Ini kata Eizlan yang saya petik dari thread asal pada 8 Januari 2010 :
“... berkesempatan berjumpa dengan en ismail semlm petang dan telah menyampaikan hasrat anda semua tanpa saya menyebut nama sesiapa yg ada di thread ini... beliau mengalu alukan sebarang komen dan bersedia untuk mengadakan perjumpaan pada bila2 masa dan tempat bagi menguraikan kekusutan dan persoalan yg masih belum terurai... katanya, beliau telah menjalankan tugas sebagai peneraju tetapi mungkin apa yg telah beliau lakukan, masih tidak cukup untuk memenuhi kehendak semua pihak dan mungkin jugak ada persoalan yg beliau terlepas pandang, beliau juga mengalu alukan kepada sesiapa juga yg mahu tempat beliau asalkan bakal, mampu untuk melaksanakan tugas demi untuk kebaikan SWAM...
Akan tetapi ada syaratnya :
“…. hanya PENULIS YANG BERDAFTAR DENGAN SWAM SAHAJA YANG LAYAK UNTUK BERCAKAP DAN BERBINCANG DENGAN BELIAU...
Ekoran maklumbalas itu, Nor Faznita Mohd Nor, sebagai salah seorang ‘senior’ di thread berkenaan mencadangkan agar dibuat satu perjumpaan awal di kalangan semua penulis tidak kira samada ahli SWAM atau bukan ahli SWAM dan samada penulis bebas (freelance writer) atau penulis residen (in-house/resident writer). Perjumpaan ini merupakan satu persediaan untuk berjumpa pengerusi SWAM kelak. Berikut adalah cadangan tarikh dan tempat :
TARIKH : 21 FEBRUARI 2010 (AHAD)
MASA : 3 PETANG
TEMPAT : FINAS, HULU KLANG, KUALA LUMPUR.
KEHADIRAN : AHLI SWAM/BUKAN AHLI SWAM/PENULIS SKRIP BEBAS/PENULIS SKRIP RESIDEN (IN-HOUSE).
SYARAT : SEMUA PENULIS MESTI LAH PERNAH MENGHASILKAN KARYA DI KACA TV, SEKURANG-KURANGNYA SEBUAH KARYA, TIDAK KIRA SAMADA SKRIP DRAMA TV, DOKUMENTARI, MAJALAH, BUAL BICARA, PROGRAM REALITI, GAME SHOW DAN SEBAGAINYA.
Perjumpaan yang dirancang ini akan mengenalpasti beberapa agenda, antaranya seperti berikut :
1. Berapa ramai penulis ahli SWAM yang bersetuju hendak berjumpa dan berbincang dengan pengerusinya?
2. Berapa ramai penulis bukan ahli SWAM yang berminat hendak 'berkenalan' dengan pengerusinya? (Golongan ini perlu mendaftar sebagai ahli SWAM terlebih dahulu)
3. Sekiranya, majoriti BERSETUJU berjumpa pengerusi SWAM, apakah topik atau isu utama yang akan disampaikan kepada pengerusi kelak? Siapa yang layak menjadi jurucakap? Dan bila ia akan diadakan?
4. Sekiranya majoriti TIDAK BERSETUJU berjumpa pengerusi SWAM, apakah ada cara lain yang lebih bernas untuk menyelesaikan isu berkaitan kebajikan penulis skrip di dalam industri ini?
Sehubungan itu, saya berharap agar para penulis skrip di luar sana dapat memberi maklumbalas samada mahu hadir atau tidak ke perjumpaan pada 21 Februari 2010, paling lewat sebelum Tahun Baru Cina iaitu 14 Februari 2010.
Pengesahan kehadiran boleh dibuat melalui blog ini, facebook atau SMS kepada nombor 017-349 2227.
Saya mengucapkan terima kasih kepada segelintir penulis yang awal-awal lagi sudah mengesahkan kehadiran masing-masing. InsyaAllah, saya akan menaikkan nama mereka di blog ini dan facebook dalam masa terdekat ini.
ENTRI INI DIKEMASKINI PADA 15 JANUARI 2010 :
Alhamdulillah, setakat ini, 35 nama telah bersetuju untuk hadir. Di kalangan mereka, tidak kurang juga nama besar dan sudah 20 tahun berada di dalam industri. Saya akan naikkan semua nama dalam entri akan datang. Dan setakat ini, dua orang penulis skrip turut membicarakan isu ini dalam blog mereka :
http://www.mazelanmanan.blogspot.com
http://rusliesophian.com

13 comments:

Anonymous said...

nak berjumpa bersyarat-syarat ni yang malas ni. nak join persatuan keluar duit semata-mata nak bercakap dengan pengerusinya..

sepatutnya perjumpaan terbuka kepada ahli dan bukan ahli supaya dia sebagai pengerusi dan leader dalam perjumpaan tu dapat menyakinkan yang bukan ahli tentang visi, misi & perancangan SWAM untuk ahli-ahlinya..dalam erti kata lain try to convince non member untuk join SWAM..barulah betul.

a true leader sanggup berjumpa 'rakyat-rakyatnya' tanpa sebarang syarat..by putting conditions like this really shows that he got no balls and takde credibility untuk jadi leader kepada kita semua. enough said!

Maizura Mohd Ederis said...

Anonymous,

Ya, sebab syarat ni,ramai yang tersentap. Ada yang kata kepada saya melalui telefon :

"Sblm masuk SWAM, nak tahu dulu apa yang SWAM boleh tolong kita? Tak mahu lah bayar yuran berbagai, sudahnya dapat apa?"

Bagi orang-orang lama, senior dan bertaraf otai pula, mrk macam hilang harapan pada persatuan. Tetapi ada yang tetap mahu datang pada 21 Feb nanti.

Saya harap saudara anonymous juga, sekiranya sdr seorang penulis skrip, dapat hadir pada 21 Feb nanti utk sama-sama bertukar pendapat tentang isu ini secara bersemuka.

Tks atas komen sdr.

Anonymous said...

syarat mungkin nampak remeh tapi ianya tidak seharusnya ada. betul apa yang orang lain cakap, nak tau apa yang persatuan boleh beri sebelum keluar duit untuk join & berjumpa dengan pengerusi..

bagaimana pula dengan penulis skrip yang karya mereka belum diterbitkan gara2 ditipu producer? siapa yang hendak membela penulis-penulis yang begini? nak kena jadi ahli, nak kena ada karya diterbitkan? jadi kalau belum diterbitkan tak layak untuk bersuara? tak layan untuk dilindungi?

sepatutnya perbincangan patut lebih terbuka tanpa mengira ahli, bukan ahli dan sebagainya.

Ajami Hashim said...

"hanya PENULIS YANG BERDAFTAR DENGAN SWAM SAHAJA YANG LAYAK UNTUK BERCAKAP DAN BERBINCANG DENGAN BELIAU..."

tuudiaaa!!! hahaha!!!

rusliesophian said...

Errr....susah juga kalau bersyarat niee!!!!

MAZELAN MANAN said...
This comment has been removed by the author.
MAZELAN MANAN said...

Tahniah di atas usaha anda untuk membela nasib penulis skrip. Usaha murni ini patut disokong. Soal SWAM meletak syarat tidak timbul. Lakukan secara profesional. 21 Februari kumpulkan segala persoalan, jadikan draf, hantar pada SWAM minta satu tarikh untuk SWAM menjawab segala persoalan. Lantikkan beberapa ahli SWAM bagi soalan-soalan berbangkit pada hari pertemuan itu nanti. Syabas. Saya akan hadir, insya-Allah.

SHAHRIMAN WAHAP said...

insya'ALLAH! saya akan hadir.

mufid said...

salam semua,

nak mencelah kejap ya... sekali lagi nasib penulis skrip kena daftar bagai hanya nak jumpa pengerusinya, rasanya inilah peluang terbaik pengerusinya merasakan suam-suam kuku menambah ahli... memang betul kata sdr mazelan manan apalah sangat yuran untuk menjadi ahli tetapi sejauhmana ketelusan persatuan? anyway saya begitu kagum dengan usaha sdr faznita untuk membuat perjumpaan sesama kita terlebih dahulu... di situ nanti kita suarakan dulu apa yang kita tidak puas hati dan perlukah kita berlindung selesa di bawah payung persatuan... jika tidak lebih baik macam sekarang! insyaalah saya akan bersama diperjumpaan yang dianjurkan sdr. faznita. komen anonymous 1, sdr roslie,sdr ajami cukup ringkas tetapi pedas. saya suka!!!!hidup maizurah

fadz said...

kalau tukang penyibuk nak memerhati bagaimana SWAM "swam" boleh? heheh

emjayakula said...

Insyaallah saya akan hadir...

M.F Kencana said...

sy mewakili orang muda, bersama beberapa rakan akan hadir...

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

Saya jauh dari kerdil,bergelar penulis skrip. Skrip yang akan keluar TV pun telah diolah. Ada yang kata diolah bukan kerana tidak bagus,justeru apa?haha..menulis skrip dokumentari juga,masih dalam proses pre pro. Besar impian saya,agar dengan perjumpaan ini dapat memberikan impak yang besar kepada hala tuju penulis skrip yang sangat kecil seperti saya.