Sunday, February 21, 2010

GABUNGAN PENULIS SKRIP MALAYSIA

Alhamdulillah, sekitar jam 5.00 petang tadi telah tertubuh satu kumpulan yang dirujuk sebagai Gabungan Penulis Skrip Malaysia. Seramai 38 penulis skrip hadir untuk mencari kata sepakat dalam memperjuangkan kebajikan penulis skrip. Pelbagai isu dibincangkan secara ringkas dan difikirkan penyelesaiannya. Akhirnya semua bersetuju memilih lima wakil yang digelar sebagai agen perubahan. Mereka terdiri daripada :
Zabidi Mohamad, Mazelan Manaf, Dzof Azmi, Samsul Ambia dan Yusuf.
Sementara itu,
Ajami Hashim dilantik sebagai pegawai komunikasi memandangkan beliau secara sukarela telah memulakan facebook dan blog Penulis Skrip Malaysia beberapa hari lalu.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir. Apatah lagi di atas kesudian memberi sumbangan sewa dewan yang berjumlah RM450 untuk setengah hari. Bayaran ini merangkumi :
Sewa kerusi meja, P.A. system, layar projektor dan air mineral.
Sumbangan yang terkumpul itu sebanyak RM264. Seperti yang dijanjikan, saya dan Faznita Mohd Nor sebagai penganjur hari ini bersetuju menyelesaikan baki sewa sebanyak RM186. Sekiranya perjumpaan ini diadakan di FINAS, ULU KLANG, jumlah yang terkumpul ini pasti mencukupi untuk sewa Auditorium Mini P. Ramlee yang hanya RM78 untuk satu jam. InsyaAllah, perjumpaan kedua akan diadakan di auditorium berkenaan kelak.
Biar pun ada beberapa nama tidak hadir atasan sebab yang tidak dapat dielakkan, mereka tetap menyokong usaha ini. Antaranya,
Martias Ali, Mariana Hashim, Alfie Palermo, Sha Hanim Ramli, Sofia Aliza Rhyland, Zarihah Hassan dan Tommy C.T. Loh.
Malah, selepas tamat program saya mendapat panggilan bahawa Hishamudin Rais juga berminat hendak hadir, tetapi kami di pihak penganjur terlupa menjemputnya secara rasmi. Maaf dipinta kepada beliau. Eizlan Yusuf pula yang pada awalnya aktif dalam kumpulan ini tidak dapat hadir kerana sibuk dengan pengambaran filem terbarunya.
Dari segi komitmen pula, saya awal-awal lagi memberitahu Faznita bahawa saya tidak mampu menjadi agen perubahan memandangkan saya terlibat sebagai setiausaha NGO untuk Kanak-kanak Istimewa. Bagaimanapun, sebagai bekas wartawan, saya menawarkan diri untuk membantu kumpulan ini dalam aspek komunikasi melalui media cetak (suratkhabar/majalah) dan elektronik (tv/radio).
Bagi memudahkan saluran komunikasi, diharap semua penulis skrip yang berminat menyertai kumpulan ini agar menyertai kelab facebook di bawah :
http://www.facebook.com/group.php?v=wall&gid=313191606710
Manakala satu blog sudah pun dihasilkan untuk memudahkan lagi penyebaran maklumat :
http://penulisskripmalaysia.blogspot.com
Semoga agen dilantik hari ini dapat melalukan sesuatu yang mampu memperkasa profesyen penulis skrip di masa hadapan. Perubahan tidak muncul sekelip mata. Tetapi perubahan akan muncul dengan semangat, usaha gigih dan pengorbanan berterusan.
Selamat bekerja kepada mereka yang dilantik hari ini. Kita menunggu perjumpaan kedua.

7 comments:

M.F Kencana said...

Maaf tidak dapat hadir... baru saja pulang ke KL....

Semoga pertubuhan mencapai sasaran, membela nasib scripwriter

Ajami Hashim said...

Salaam..

Mai, FB-group/blog tu esok i touchup lagik..

terimakasih ekk! :)

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

Amin,pertemuan tadi at least memberi satu resolusi di dalam banyak permasalahan dan kemelut yang kita hadapi. Semoga next, kita dapat mencapai beberapa resolusi lagi.

AMBIAQ said...

"Akhirnya semua bersetuju memilih lima wakil yang digelar sebagai agen perubahan. Mereka terdiri daripada :

Zabidi Mohamad, Mazelan Manaf, Dzof Azmi, Samsul Ambia dan Yusuf."

Maaf saya rasa, saya x de dalam list sbb tn lawyer dah pilih group dia sendiri yang senang baginya untuk berkerja. anyway saya menyokong penuh apa saja pendapat ramai. walau apa pun yang pentingnya KITA MESTI BERSATU...

Maizura Mohd Ederis said...

Sdr Samsul Ambia,

Maaf kalau saya tersalah tulis. Nanti saya perbetulkan senarai namanya. Tks!

MAZELAN MANAN said...

Ambiaq, jangan ada perasaan itu. Saya dengan Sdr Zabidi hanya berkenal mesra pada hari pertemuan tu, tapi mungkin kami rasa kami boleh membantu adik-adik kita, sebab itu Sdr Zabidi memilih saya.

Kepada Ajami, elok kalau boleh dimasukkan semua nama dan nombor telefon yang datang pada hari tersebut.

Murni Ismail said...

Hai..kak Maizura, sayang sekali saya terlepas program itu. Sy, bukanlah seorang penulis skrip yang pro.. tp sy minat dengan penulisan skrip. Sekadar hobi, mana tahu hobi saya ini boleh jd pendapatan sampingan. Sy amat berharap agar sy boleh mendapat sesuatu info tentang dunia penulisan skrip dari kak Maizura. Itupun klu kak Maizura sudi. Klu boleh saya nak sertai apa jua program yg diadakan oleh para penulis skrip di Malaysia ni. Please... sy harap sy diberi ruang dan peluang.