Friday, August 13, 2010

TENTANG OMBAK RINDU & FAUZIAH SHAARI

Selepas kejayaan komersil filem adaptasi daripada novel terlaris Lagenda Budak Setan, penerbit yang sama - Astro Shaw dan Tarantella Pictures - kembali dengan Ombak Rindu karya novelis Fauziah Shaari. Proses adaptasi dari novel ke filem diamanahkan kepada pengarah muda, Osman Ali.
Jika Fauziah terkenal kerana Ombak Rindu yang mampu meraih 100,000 naskah bagi cetakan pertama, Osman pula dikenali dengan 'Toll Gate Girl', sebuah telemovie genre komedi romantik yang mampu membuatkan penonton ingat sampai bila-bila. Kalau tidak silap, kedua-dua karya ini muncul kira-kira 10 tahun lalu. Justeru, saya mengharapkan gabungan kedua-dua nama ini mampu memberi kejutan buat filem itu nanti, InsyaAllah.
Isnin lalu, Fauziah yang menetap di Johor menghubungi saya untuk bertanya khabar. Katanya, dia berasa dihargai apabila Osman menghubunginya untuk bertanya beberapa perkara. Ini bermakna pengkarya filem menghormati sumber dari mana filem itu dipetik.
Begitulah lazimnya insan bergelar penulis - bukan mahu disanjung berlebihan ala-ala 'DIVA', cukup dengan bertanya pendapat sebagai tanda menghargai.
Kira-kira dua bulan yang lalu, Fauziah melalui SMS, ada menyatakan bimbang kiranya adaptasi akan 'menyimpang' daripada karya asal. Namun, saya berpendapat 'penyimpangan' tidak dapat dielakkan atas dasar 'perbezaan medium'. Naratif novel berbeza dengan naratif filem.
Novel menggunakan perkataan, banyak deskripsi dan memberitahu. Manakala filem menggunakan imej, visual, bunyi dan lebih kepada menunjukkan sesuatu [show], bukan memberitahu [tell].
Fauziah cuba memahami dan berbaik sangka adaptasi itu nanti tidak akan 'merosakkan' karya beliau, jauh sekali untuk 'memperkosa' [meminjam istilah yang digunakan oleh majalah Dewan Sastera] Bagaimanapun, adaptasi memberikan pengalaman menonton atau reaksi berbeza-beza kepada :
Penonton yang tidak membaca novel,
Penonton yang membaca novel [tetapi tidak fanatik],
Penonton fanatik novel.
Saya lebih risaukan peminat fanatik novel! Golongan ini menggantungkan harapan besar kepada Tuan Direktor dan Penulis Skrip untuk membawa intipati, aspirasi, mood dan style novel ke layar perak. Termasuk menggambarkan secara nyata akan watak dan latar yang selama ini hanya terbayang di minda mereka semata-mata.
Justeru, kepada peminat fanatik, izinkan saya meminjam kata-kata penerbit novelnya, Encik Norden Mohamad dari Alaf 21 Sdn Bhd, "enjoy both medium".

5 comments:

FaizalSulaiman said...

salam kak

lama tak singgah sini.

tau pasal filem ombak rindu tu,nak tanya kak fauziah setuju ke ngan pemilihan pelakon sebab sy ada tbaca banyak rungutan tak mahu Maya Karin berlakon jadi Izzah.

sy rasa itu tak jadi masalah sbb maya leh bawa watak Natrah umur 13 thn dlm teater natrah.sy tak tahu pandangan akak:)

selamat berpuasa kak!

Maizura Mohd Ederis said...

Tks Faizal,

Saya rasa Maya Karin pelakon yang boleh bawa apa saja watak.

fadz said...

apa yang kak mai citer ada sedikit sebanyak yg saya nak tulis dalm dewan budaya September nanti, hehe

Maizura Mohd Ederis said...

Ye ke Fadz. Ok nanti saya beli Dewan Budaya.

sazali said...

Salam... lama tak singgah sebab lama tak online...he..he... ni baru dapat streamyx... (aduh ketinggalannyer aku!)

saya tak nafi memang sesuatu yang biasa bila penulis buku merasa `karyanya' bakal diperkosa dila hendak diadaptasi ke filem. Sebab orang kita dihakikatkan bahawa genre buku bila diadaptasi mutlak kena sama. Dia tak biasa dengan makna adaptasi yang sebenar. Tu belum kena dengan parody... kalau dia cek tengok mat saleh punya parody...mau nagis sampai mati he..he..

terimalah ianya sebagai satu kelahiran baru.... sebagai penulis asal atau `diolah berdasarkan buku tulisan...he..he...gitu le gamaknya kredit besok... penulis skrip dan lakon layar dan tentu orang lain....

itu kera ok kak oi... yang skrip kita tulis kredit kita satu pun tak sangkut camana...? pengarah kata skrip kita bagus sangat jadi dia kena rombak dan rompak sampaikan kredit penulis skrip takder yang ader cerita asal dengan olahan skrip oleh. . . amacam? penulis skripnya gamak-gamaknya dapat payment tak? dah tu, dah tentu kena potong baik punyer... nanti menang anugerah bab skrip cerita macam ni siapa yang amik hadiahnya? pengarah/pengolah skrip ?

ader sesiapa nak jadi juara tolong betulkan?