Sunday, February 13, 2011

GBPSM DI MESYUARAT AGUNG SWAM

Sabtu lalu, ahli-ahli Gabungan Bebas Penulis Skrip Malaysia [GBPSM] telah hadir ke Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Persatuan Penulis Skrin Malaysia [SWAM] di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Kehadiran itu atas dasar ingin membuat perubahan dalam SWAM. Bagaimanapun, hasrat ini tidak kesampaian apabila bilangan mereka yang hadir amat kecil berbanding ahli SWAM sedia ada - yang masih mahu SWAM kekal dipimpin oleh barisan Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada ’warga-warga tua’ yang langsung tidak pernah menulis skrip.
GBPSM merupakan badan tidak berdaftar yang memperjuangkan hak dan kebajikan setiap insan bergelar penulis skrip. Ia ditubuhkan oleh segelintir penulis skrip yang aktif dalam industri untuk manafaat semua penulis skrip secara keseluruhannya. GBPSM memandang usaha ke AGM SWAM sebagai sesuatu positif dalam membawa angin perubahan yang kecil. Akan tetapi, GBPSM tidak mampu melaksanakan misi perubahan ini jika masih ramai penulis skrip tidak berada dalam bahtera perjuangannya.
Justeru, GBPSM akan meneruskan usaha mendekati semua penulis skrip bagi mendapatkan angka yang mencukupi untuk membuat perubahan samada melalui SWAM atau tanpa SWAM, bergantung kepada mana yang lebih releven untuk difikirkan secara bersama.
InsyaAllah, GBPSM akan bersidang lagi dalam masa yang terdekat ini. Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan GBPSM, tunggu maklumat lanjut melalui blog, FB, SMS, email dan sebagainya.

41 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Salam hormat...saya ucapkan terima kasih kerana cuba menjadi jaguh dan cuba membawa angin perubahan dalam kepimpinan SWAM...

Namun amat di kesali dengan ungkapan "Warga-warga tua" yang tidak pernah menulis skirp... ia bukanlah kenyataan yang wajar...

Adakah anda mengenali mereka apa yang anda gelarkan itu...secara peribadi atau mungkin sekadar andaian semata...

Ya benar mungkin mereka itu tidak se"Glamour" anda dan para sahabat anda yang anda gelarkan sebagai "GBPSM"...menulis skrip drama T.V yang berang"KING" jutaan penonton...

Akan tetapi mereka tahu apa yang mereka lakukan walaupun segalanya masih kelihatan kabur dan tiada apa yang membanggakan...

Saya enggan mengulas panjang...

Akan tetapi melihatkan kumpulan anda yang bagaikan kemaruk kuasa ingin merampas kuasa...melakukan tindakan provokasi yang memakan diri amatlah menyedihkan...

Menyakitkan mata dan menyakitkan hati para ahli SWAM yang lainnya...

Bangkitnya seorang anak muda bertopi hitam mempersoalkan apa yang tidak diketahuinya bagaikan anjing menyalak bukit...

Isu perlembagaan SWAM juga gagal kumpulan anda fahami...jadi bagaimana untuk memimpin ?

Jika ragu dengan segalanya kenapa anda masih ingin bersama dan menyertai SWAM ? Hanya untuk membela nasib penulis...syabas...

Tapi lakukanlah dengan etika yang lebih sederhana dan penuh tatatusila...bukannya sekadar syak wasangka...

Memang diakui selama ini SWAM bukanlah yang terbaik namun ia tetap melakukan apa yang terdaya...

Bukan berhajat ingin membela SWAM...cuma sekadar cuba menilai apa yang tersurat di sebalik yang tersirat...

Untuk tahun-tahun akan datang di harap anda akan lebih berjaya dalam apa yang anda cuba lakukan...

Cuma satu pesan insan kerdil seperti saya...

Jika ingin dihormati...belajarlah menghormati...kiasan yang biasa didengar bukan...amalkanlah...

Semoga suatu hari nanti kita akan bersatu di bawah langit yang sama... menikmati rezeki yang dikurniakanNya dengan satu hati...

InsyaALLAH...

Wassalam...

JulesVerne said...

Beb

Will call for your updates ok? My membership never confirmed la so could not go that day ...

Anonymous said...

Hanya 'berpesatuan sahaja yang belum mematangkan kami @ saya.

Tetapi jika diketahui oleh mu wahai Anon 2:33am, mengenai ilmu dan pengalaman kami @ saya menulis dan senantiasa terus menulis ini, nescaya 'berbunuh-bunuhan' kamu mendatang kepada kami @ saya untuk menuntut ilmu dan pengalaman itu.

ya, mereka memang tak se"Glamour". Kerana mereka ini tidak menulis langsung. Jika mereka menulis pun bukan kerana "hasil yang ditulis itu baik" tetapi kerana "mereka punya hubungan yang baik".

Apakah yang dapat membuktikan dari perbuatan mereka itu. Sila sahihkan. Bukan yang kelmarin, tetapi apa yang ada pada hari ini atau setidaknya semalam.

Jika segalanya masih kabur tetapi tetap diteruskan itu kerja was-was namanya. Biar pun kecil tetapi jelas dan dapat menempa denai buat dilalui oleh mereka-mereka yang lain tanpa mengira dari golongan mana walalupun ia bukan wakil atau ahli persatuan.

Maaf buat empunya blog ini kerana saya mengulas panjang.

Tiada siapa yang kemaruk kuasa hanya kami @ saya mahukan perubahan. Perubahan yang dapat melindungi hak dalam susuk tubuh yang digelar sebagai penulis. tetapi sayang perubahan ini tidak mampu saudara lihat. Kerana saudara 'merasa selesa didalam geografi ciptaan saudara sendiri' juga saudara masih didalam lingkungan 'mediocrity dan keliru' dan merasakan saudara tidak dapat menganjak selari dengan mereka yang ada didalam gabungan.

Tiada 'kuasa' apa yang kami mahukan. Tetapi saya nampak dengan jelas mereka yang ada didalam persatuan itu takut benar 'kehilangan kuasa' dan akhirnya tidak mampu berbuat apa-apa kerana sehingga kini mereka memang tidak punya apa-apa. hanya kerana mereka ada didalam persatuan maka mereka mereka punya sesuatu yang dapat mengaitkan diri mereka sebagai penulis.

Bangkitnya anak muda itu hanyalah masalah ranting dan dia masih tidak terlatih untuk bercakap dalam situasi itu. Bukan nya tidak faham tetapi kurang mengerti dan jika mahu mempersoalkan perlembagaan ini pada akhirnya berupaya menggugah segalanya dan upaya menjadi masalah perundangan.

Apa yang jelas kehadiran kami @ saya hanya didalam kariah yang baru. Hanya kerana kami tidak pernah dan tidak mahu 'menyentuh bahu ke bahu' diwaktu sebelum ini maka ia memang dianggap aneh. Dalam etika dan tatasusila berpesatuan itu memang nampak janggal kerana hadirnya kami untuk bersosial dalam takah ruang fikr yang berbeza.

Akhirnya saudara sendiri mengakui bahawa selama ini SWAM bukanlah yang terbaik? Oleh itu adakah ia gagal melakukan yang terbaik? Disini saudara wajar melihatnya yang pertama. Maaf kerana saudara masih dibelengu dengan cara berfikiran persatuan belia, maka saudara tidak diperlihatkan apakah masalah yang menjadi masalah pokok. Ingin memperbaiki sesuatu jemaah itu saudara pasti tahu apakah yang wajib untuk ditukar.

Tiada yang tersurat dan tersirat disini. Mungkin saudara belum disuratkan untuk mengubah dan memahaminya. Berbahagialah, kerana itu yang lebih baik buat saudara.

Jika tidak kerana salah faham badan tenggelam, salah tangkap badan mengidap, salah makna BADAN CELAKA.

Walau saudara berada diluar jalur dan garis saya, percayalah bahawa apa yang saya perjuangkan ini tidak pernah untuk saya mealpakan saudara kerana saya masih melihat susuk saudara itu sebagai penulis.

Ikhlas

Penchinta Ruang Gelap.

Anonymous said...

Setuju dengan anon 2.33 am.
Terutma tntg isu hormat2 org. Mesyuarat tak habis semua geng gbpsm kot, pakat blah keluar dewan. contoh yg baik ke ? yang kelakarnya lepas sesi kutuk2 n provok selera gak jamah hidangan tgh yg ditaja salah seorg ajk swam. tak tau malu ke ? tak pe la rezki halal.

Budak topi hitam tu dgrnya berjaya jadi pemeriksa kira2. aku tau kau cuba kata ada unsur songlap dalam swam. moga lepas ni kau dapatlah korek semua itu. jgn kena gelak sudah.

buat "PENCHINTA RUANG GELAP" jgn sampai gelap masa depan.aku kenal sapa kau. ego tak pernah sudah. kekalkan keegoan mung dulu kini n selamanya.

aku pun anon gak tapi kaler merah

Anonymous said...

hahaha pechinta ruang gelap sudah marah. Bahasa pun bunga-bunga tentu ada taman dalam hati. Penuh berkias lg. Biasalah tu bila diri terasa bagus dan betul sangat maka yang lain nampak mcm bodoh je. Jgn ego sangat dan fikir rasa anda tahu segalanya sampai nak berbunuhan hanya semata-mata nak jadi penulis skrip.

anon yg lain pulak tapi tak ada kaler. Sorry pinjam gelaran anon kaler merah. Adios !!!!!!!

Anonymous said...

betul tu anon tak de kaler. atuk aku pernah cakap dulu setan kena keluar dari syurga pasal sikap ego dia le tu.

anon kaler merah ada satu titik kaler kuning.

Anonymous said...

satu lagi atuk aku ckp klau kita terlalu banyak bercakap atau menulis n perasan bagus lama2 kita akan nampak bodoh. nasib baik aku tulis sikit je.

anon kaler merah kali ni dah ada tompok kaler kuning pulak.

Anonymous said...

tadak kemaruk kuasa ? huh..cam lawak antarabangsa dalam komik Ujang edisi 788. gua ada masa tu hari punya meeting.

bila itu keputusan tuk jawatan presiden dimenangi oleh presiden yg sedia ada, dengan majoriti besar pulak tu maka ada suara2 nakal dari geng "GBPSM" hiruk- pikuk tercengang hampir pengsan tadak percaya.

lebih tragik ada pengundi hantu katanya, yang gua malu sekali bila Datuk Yusof Haslam, mantan presiden SWAM terpaksa bangun terus kira berapa ramai insan berlagak penulis hebat yg ada.

malu woo.....gua masa tu nyorok bawah kerusi tuk kuatkan teori memang ada pengundi hantu dlm pilihanraya umum SWAM.

kwn gua keja SPRM pun gelak sikit2 je sbb dia pemalu orgnya.

gua ada nama lain tuk "GBPSM" tapi gua tak mau sebut, tak mau lu org kecik hati.

gua nama anon kaler purple. org kata purple kaler gay. gua peduli hapa. aww.............

Anonymous said...

Olang cina ala cakap,

Buah chempelak di luar pagar,
Itu buah chempelak siapa punya,
Kalau sudah lasa manyak bagus,
Jangan makan itu buah chempelak maa..

Ala faham ka ? Haiya wa pun sikit ala faham. Itu maksud aaa..

Kalau takut kena ombak, bukan itu ong-bak ha..jangan bikin rumah di tepi pantai.

Haiya sudah lari maksud..ini macam baru ada terang, itu maksud kalau takut kena itu chempelak punya getah jangan la makan itu buah chempelak, apa macam sikalang ada faham ?

Okey sekian telima kasih,
Wa mau bikin juta-juta punya filem dulu, chow chin cau......

Lavid Leoh,
Bukan janji tapi manyak pasti.

Wa pilih itu anon kaler pink,
Manyak lomantik punya kaler.

Anonymous said...

Adakah wajar dalam kewajaran anda-anda semua menggelarkan insan lain dengan gelaran yang tidak molek di dengar dan tidak indah untuk dilihat hanya semata-mata mereka tidak bersependapat dengan anda-anda semua dan hanya kerana anda-anda semua gagal memenuhi tuntutan nafsu serakah anda-anda semua dalam memperjuangkan apa yang anda-anda semua rasa benar ?

Malang sekali anda-anda semua yang sering dilihat menghasilkan karya-karya yang kononnya bermutu dan penuh berciri Islamik serta penuh teladan tetapi anda-anda semua jugalah yang gagal menghayatinya.

Gagal menerima dan menelan Qada dan Qadar yang ditentukan oleh Allah SWT.

Anda-anda semua hanya kelihatan bijak bistari akan tetapi dimana Imannya ?

Setiap manusia dikurniakan kelebihan dan kekurangannya. Tiada sesiapa di dalam dunia fana ini yang melebihi manusia lainnya.

Menghasilkan berjuta helaian kertas, menulis dan berkarya dan penuh "KEGLAMOURAN" tidak pernah menjanjikan anda-anda semua bakal atau dapat menjadi pemimpin dan pencetus perubahan yang lebih baik.

Mempunyai bergulung-gulung Ijazah dan bergelar Proffesor terhormat serta mengaku hebat bukan bermakna anda-anda semua tahu urusan dunia dan akhirat.

Pernah juga yang mengaku bijak pandai dan terasa hebat hampir "Tersungkur Di Pintu Syurga".

Pernah juga si bijak pandai tenggelam dalam ketaksuban insan yang tidak lulus "SRP".

Pernah juga yang petah bersuara hampir hanyut dengan mainan si "Raja Drama".

Mujurlah ada yang kembali mendapat hidayahNya.

Anda-anda semua lebih tahu siapa diri-diri anda-anda semua.

Perubahan tidak pernah hadir dalam sekelip mata. Dunia berubah menjadi seperti sekarang merentas berbilion longgokan masa.

Sekadar berseloka...

Aku anon warna "PELANGI"...

Yang indah berseri tika mentari bertemu titisan hujan di remang tengahari...

Anonymous said...

lepas ni anon2 boleh pakat ramai2 masuk pula persatuan arkitek, pengamal perubatan, peguam, wartawan sukan dan kerana warna warninya boleh juga masuk persatuan badut. Kerana tak pernah menulis screen pun boleh masuk persatuan screen.

SANCOLOURS WRITER

Anonymous said...

Hahahaha...ada yang sudah makan cili..

Anon kaler merah campur kuning dah jadi oren.

Anonymous said...

kau kenal ke anon warna-warni tu tak pernah tulis skrin ?

Sancolours writer ? ada bunyi hollywood la kononnya.

Anon kaler merah dah mula nak tukar kaler oren.

Anonymous said...

tak dpat telan kritikan ? cam mana nak jadi penulis yg hebat ! ni kalu p pitching mesti balik nangis sbb idea canggih gila dia kantoi.

tu la dia bila dah mabuk glamour.

anon tak da kaler mula nak masuk kaler, tgh duk fikir kaler apa yg penuh subteks ?

Anonymous said...

sancolours writer ? cam jenama tong cat masa aku cat rumah nak sambut Raya tahun lepas. tp kaler di tak menarik langsung. menyesal beli. lepas tu aku beli cat baru jenama lain lalu dengan bangganya guna kaedah Mr. Bean cat rumah sebab Raya dah nak dekat.

anon kaler kelabu campur hitam.

Anonymous said...

lupa plak nak tambah sikit. tahun tu lah Raya aku yg paling meriah !!!!!!!

Hahahahahahaha.......

anon kaler kelabu campur hitam dah beransur-ansur nak jadi kaler hitam pekat tp tak le gelap sgt.

Anonymous said...

siapa agaknya yang menulis dari president ke ajk ke penyimpan mohor besar.?

Apa karya nya yang terbaru tu?

penulis tak suam kuku

Anonymous said...

Ada satu soalan mudah namun mungkin jawapannya tidah semudah soalannya.

Hanya jika anda-anda semua berikan soalan ini kepada jiran sebelah rumah anda-anda semua mungkin beliau akan menjawabnya dengan selamba sambil menilai skrip yang anda-anda semua berikan padanya sebagai pengkritik tegar karya maha hebat anda-anda semua.

Soalannya adalah, dimanakah anda-anda semua wahai penulis skrin dan pengkarya serta pemikir hebat berada ketika SWAM ditubuhkan dan ketika ia bergerak pada anggapan anda-anda semua amat perlahan selama ini ?

Saya cukup yakin ketika itu anda-anda semua sudah pasti begitu selesa bergerak bersendirian dengan laba yang lumayan dan cukup ego apabila karya anda mendapat pujian ramai.

Mengapa ketika itu anda-anda semua tidak bersama SWAM ? Jawapan saya adalah mungkin kerana anda-anda semua merasakan apa itu SWAM ? Apa kepentingan SWAM kepada anda-anda semua ? Yang berlagak pula tidak tahu samada SWAM itu wujud atau tidak ? Mungkin anda-anda semua ada jawapan lain yang lebih selesa di jiwa anda-anda semua.

Yang menggelikan paru-paru saya walau tiada yang menggeletek tengkuk saya adalah kenapa baharu kelmarin, semalam, hari ini, lusa, tulat dan tonggeng anda-anda semua penulis skrin terhebat satu MALAYA baharu terhegeh-hegeh menghantar borang untuk menyertai SWAM ?

Mengapa kini anda-anda semua ingin menguasai SWAM ?

Mengapa kini anda melihat SWAM begitu penting untuk anda sebagai kelangsungan hidup anda yang penuh "GLAMOUR".

Aneh bukan, walau pun tidaklah sepelik mana.

Itulah masalahnya dengan anda-anda semua wahai penulis tersohor negaraku MALAYSIA yang ku cintai ini.

Anda-anda semua hanya melihat sesuatu itu penting jika anda-anda semua rasa ia berkepentingan buat anda. Samada peribadi atau kawan-kawan anda yang teraniaya oleh sang produser dan tuan pengarah.

Jika anda fikirkan, secara halusnya, jika anda menyertai SWAM ketika pertama kalinya ia melayangkan borang keahliannya, walau sekadar ahli biasa anda mungkin berpeluang cerah melebihi 100 peratus akan dapat membetulkan dan mngubah SWAM dari akar umbi sehingga ke pucuknya seperti yang anda mahukan.

Jika dipucuknya ada seekor burung jangan dihalau kerana ia mungkin membawa rezeki buat anda-anda semua.

Hanya anda-anda semua yang tahu dan mengerti apa yang anda-anda semua mahukan.

Mereka yang sering melihat manusia lain tidak sesempurna mereka dan mereka-mereka yang hanya tahu menyalahkan manusia lain, mereka-mereka itulah manusia yang bermasalah.

Renung dalam-dalam jiwa anda, anda-anda semua akan ketemui jawapannya...InsyaAllah...

Aku anon warna "PELANGI" yang InsyaAllah kekal berseri...

JJ (seronok tenguk perangai otai2 melalut) said...

hahahahahahah

aku rasa kan.. berdasarkan ayat2 power korang, mesti korang semua ni dah tua bangka belaka..
tapi perangai macam budak belum akil baligh...

udah-udahlah tu..


ahahahahahahah


hahahahahahahahahahhah

hahahahahahahhhhhhhhhh





gegegegegegegegeggegeg







gegegegegegegegegegegegegegegeg








heheheheheheheheheheheheh








heheheheheheheheheheheheh











hohohohohohohohohohohohohohoho










hohohohohohooooooooooooooooooooooo






goli den
nak marah, marah lerrr

den cabutttttttttt...


cabutttttttttttttttttttttt

Anonymous said...

buat tatapan penulis tak suam susu, opsss salah pulak pun, tak suam kuku yg wa sayangi sepenuh hati.

atau tak hangat2 mcm hangat tahi ayamnya pun.

kalu lu jln siang masih tadak nampak, ada baik lu pakai celemin mata atau lu memmg sudah ala itu celemin mata. kasi tambah power sikit maaaaa... baru ala howliooouuu......

tak da nya pun kasi bawa itu lampu suluh power xenon. muleh kasi olang lain silau mata bila tengok lu punya celita. jgn guna itu lampu lalu lintas punya pun.

kelana itu lampu lalu lintas bikin lu konfius, lagi mau belenti, tunggu, sedia balu muleh jln. nasib tak da baik boleh eksiden kena langgar lori ayam dekat itu simpang nyalan. manyak kesian.

kalu lu mau tau aaa.....itu dalam SWAM punya olang ada olang sudah manyak bikin itu tulis-tulis punya.

sudah manyak latus tak da muleh kila punya. sudah ada kasi keluar itu T.V manyak kali, itu wayang saya tak tau. nanti saya tanya saya punya saudala, Mr. Lavid Teoh.

dia punya celita...fuyooo...biasa2 saja tapi dia talak sombong kata dia sudah manyak glamer. ada juga celita dia manyak syok tgk.

sudah manyak siar satu lunia pun. bkn ini dalam Malaysia saja.

sampai itu hollywood, bollywood, Malaywood sama itu plywood sudah kasi siar. itu kampung ulu sempit juga ada siar. dekat2 itu sempadan Uganda sama Utopia.

itu siamwood, chinawood sama itu indowood melum lg muleh pasai sana mau bikin mesti mau kasi tukar bahasa daerah dia olang.

ini olang sulah manyak mikin itu celita. lu tak da percaya lu buka itu T.V canel astro 108, 202 sama 203.

lu tak da faham tak ada apa. tekan itu remote kasi itu subtitle keluar. lagi tak da faham kasi buka itu kamus. lg tak da faham lu pegi sekolah malik belajar sama itu Cikgu nama Maniam.

lu ingat lu tulis talak suam-suam punya benda lu sulah manyak bagus ?

haiya....wa punya nenek sedala lg manyak tulis wooooo....hali2 tulis.

itu cinta2 punya celita. tp wa manyak geli.

wa nama anon kaler merah campur putih sbb mau jadi kaler pink. lagi itu kaler pink wa punya jilan sudah angkat. manyak flust woooo...

Anonymous said...

hahahahahahahaha.......

Mr. jj, lu jgn kasi bazir itu ruang maaaa...Tuhan manyak malah sama olang suka bazir2nya pun..kata manyak pandai tulis tp itu ayat cuma......

hahahah...hehehehe...hohohohoho...selupa itu hantu klismas punya pun hilang dia punya lusa.

lg ada gegegegegegege.....wa ingat lu mesti kena itu parkinson....ala itu sakit ala gigil2 punya maaaaaa...baik lu pegi hospital kasi loktor peliksa.

tapi itu ali wa tgk lu ada sihat juga.....syukur Alhamdullilah.

lagi geli ada pun, lepas tu cabut ? itu saja ka taiko ?

wa tau lu ingat lu manyak pandai bijak bistari punya olang.

wa kenal lu.....lu la laja lawak bila kata dan manyak percaya itu Melaka dibuka kerana itu kancil atau kijang sudah tilajang sama itu anjing bakal Sultan Melaka masuk sungai.......

Hahahahahah.....adik jilan wa belajar sijalah manyak gelak besar dengar lu punya celita...

hahahahahahaha.....haiya manyak penat mau gelak. lu sendili tlg kasi sambung itu gelak sbb wa tengok lu manyak pandai tulis itu mcm.

lu silap ingat wa otai punya olang.

lasa manyak pandai tapi sulah nampak manyak boloh !

wa anon kaler merah campur putih. manyak flust talak lapat itu kaler pink !

Anonymous said...

aku otai ? otai tu hapa ?panjang2 mcm pistol ke ? petai aku tau le ?
jj ni sapa pulak ? ooooo......penulis tersohor yang tulis skrip filem "Lembing Awang Pulang Ke Dayang" tu ke ? yg tarak laku tu ke ?

kahkahkahkahkahkahkahak.......

opssss.......tergelak sudah. Nenek aku pesan tak baik gelak panjang2 nanti setan senang meresap dlm jiwa. tu yg jadi hati busuk dengki kat org tu. Nauzubillah........

aku ada tgk cite tu, hampeh. ade satu scene tu Awang main catur pas kata "Check Mate" ke cek mek molek. entah aku saja buat dah lupa.

time tu aku gelak sampai tumpah air sirap kat kucing aku, apa lg kucing aku terus lari dr rumah. nyesal pulak aku tgk cite tu. dah ilang lg sekor kucing.

baru aku tau, cam tu rupanya penulis tersohor tulis skrip.

aku anon kaler merah dah total jd kaler oren tp bukan otai. peace !

JJ (sekadar menasihati diri sendiri) said...

SAHABAT PADA HARI KIAMAT

"(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

Jom berhibur

http://www.youtube.com/watch?v=lw1LSRQJcBA&feature=player_embedded

Anonymous said...

otai tu bahasa tepi longkang, gua pun heran penulis hebat tersohor lagi pulak tu tp guna bahasa tepi longkang. lain la gua memang duduk tepi longkang cari ilham.

gua anon tetap setia dgn kaler purple. bukan gay atau pun otai atau pun yg seangkatan dengannya. awwwww.........

JJ (seronok tenguk perangai otai2 melalut) said...

kah kah kah
wa mau cabuttttttt

Anonymous said...

Sesiapa juga pengguna ilmu yang serius berhak menilai dengan kritis sebarang tulisan akademik atau kreatif, asal saja dia memberikan hujah dan bukti yang boleh disanggah atau dipersetujui oleh pembaca lain.

Sesiapa juga yang telah menerbitkan tulisannya, di mana sekali pun, dalam bentuk apa pun juga, harus bersedia untuk dikritik dan dinilai dengan tegas.

Jika dia tidak sanggup menghadapi keadaan itu, kerja yang paling sesuai untuknya ialah sama ada pergi mengail, atau bekerja bendang, atau memelihara ayam atau binatang ternak pilihannya.

Ini telah dibuat oleh beberapa orang, walaupun masih menulis dan masih bangga memperagakan kecetekan ilmunya - Affandi Hassan

(dipetik tanpa izin dari gagasan persuratan baru)

Anonymous said...

cite lembing tu aku ada tengok,
hehehe......melalut dan kalut.

aku anon kelabu asap
bukan otai gak.

Anonymous said...

aku pung........

anon masih tak de kaler.
tak de yg matching le.

Anonymous said...

Saya tidak menghormati secuil hujung kuku pun, jenis pemimpin NGO yang penakut (khususnya untuk pemimpin persatuan penulis) yang berdolah-dalih – sekali ingin bertanding dan sekali ingin terus memimpin. Iya kita negara demokrasi katakan! Demokrasi terpimpin. Ini jenis pemimpin yang tiada telur namanya. Nak bertanding, bertandinglah, tak nak bertanding dan nak duduk di masjid, duduklah. Atau kalau ingin memimpin sehingga 40 tahun atau 50 tahun, pimpinlah persatuan tersebut hingga ke hujung nyawa, berkat doa para malaikat! Tetapi, kalau tak pernah menulis apa-apa, setakat sarjana copy page dan menulis kertas kerja sehelai dua; berhentilah daripada membuat kerja yang sia-sia. Nescaya tuan-tuan akan diludahi oleh sejarah!

Rasulullah SAW melantik Usamah bin Zaid RA sewaktu berusia 17 tahun untuk memimpin armada tentera Islam berdepan dengan musuh dan membuka kota baru.

(dipetik tanpa izin dari perjalanan salik - Rahimiddin)

Anonymous said...

Saya bukan orang lama...

Cuma seekor semut merah yang sering menjeling "PELANGI"...

Anonymous said...

aku pung.......

anon penin tak da kaler.

Anonymous said...

lagu khas buat anon 11.59.........

sila dendangkan ikut rentak duet Ana Raffali dan Sohaimi Mior Hassan. Jika nak main gitar sambil bergoyang pinggul pun boleh.

o.k.....mula.......

boleh pandang2...jangan geram2,
biar sabar2...biar malu2.......

kerana sabar dan malu itu lambang orang beriman......

Yihaaa...!!!!!!!

sila ulang jika suara pertama tak berapa sedap atau pitching lari la.....ini ikut gaya Mak Wan astro. Adios !

aku anon lupa lirik.........

Anonymous said...

sabar itu separuh dari Iman. insan berIman itu separuh hidupnya adalah sabar.....

berhati-hati menggunakan apa jua pendekatan berkaitan Agama hanya semata-mata untuk memuaskan kepentingan peribadi.

Anon mana entah.

Anonymous said...

Pekerjaan akal yang paling berat adalah untuk membezakan antara yang benar dengan yang salah.

Sebab itu ramai yang terlajak masuk parit sebab letak akal terbenam di bawah nafsu serakah.

Jauhi sifat riak dan takbur.

Anon yang mana pulak ni ?

Anon jiran dengan anon-anon yang lain terutama yang berwarna-warni tu.

Anonymous said...

People don't want their lives fixed. Nobody wants their problems solved. Their dramas. Their distractions. Their stories resolved. Their messed cleaned up. Because what would they have left? Just the big scary unknown.

Chuck Palahniuk

Maizura Mohd Ederis said...

Berbanyak-banyak terima kasih di atas semua komen di atas.

Bagaimanapun, sebagai pemilik blog, saya lebih menghormati pendapat yang ditulis dengan jelas dan terang akan latarbelakang penulisnya, bukan berselindung di sebalik nama "Anonymous".

Kepada semua "anonymous", mohon jasa baik jelaskan identiti masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Ajami Hashim said...

Salaam semua..

ni dah masuk ACT berapa? in scriptwriting agaknya ACT-2 middle-point kot? konflik! konflik! konflik!

AGM dah selesai kan? jadi korang semua & SWAM kena teruskan (atau tambah) usaha2 utk kebajikan & kebaikan semua penulis skrip msia ok bro/sis! :)

Wassalam

Anonymous said...

Tengok cara berkomen. Patutlah skrip drama,telemovie,filem macam celaka.

Anonymous said...

sebelum ulas lebih jauh.nak tanya .ni nama blog 'tangisan bulan madu' dah minta izin ke guna nama ni dgn tuan punya tajuk? kah kah kah

Maizura Mohd Ederis said...

Terima kasih di ucapkan di atas semua celaan dan penghinaan daripada anon-anon di atas. Sesungguhnya celaan dan penghinaan ini tidak sedikit pun melunturkan semangat ahli-ahli 'hard core' GBPSM. Malah lebih bersemangat nampaknya...Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memberikan kekuatan hati kepada kami.

Anon 2.23 pm,

Tangisan Bulan Madu terdiri daripada ramai pemilik hak cipta.

Novel Tangisan Bulan Madu 1 - hakcipta dimiliki oleh Creative Enterprise Sdn Bhd. [CESB]

Novel Tangisan Bulan Madu 2,3,4 - Hakcipta dimiliki oleh Samsiah Mohd Nor [SMN].

Drama TV Tangisan Bulan Madu [termasuk hak DVD] - dimiliki oleh Asia Media Content Sdn Bhd. [AMC}

Untuk menggunakan blog ini dengan nama Tangisan Bulan Madu, saya hanya meminta kebenaran daripada Asia Media Content Sdn Bhd [AMC] dan Samsiah Mohd Nor [SMN}. Atas dasar ingin mempromosi drama berkenaan yang diterbitkan oleh AMC dan SMN sebagai penulis bersama/pengkarya asal, mereka telah bersetuju blog ini dinamakan sebagai Tangisan Bulan Madu. Kalau ada yang tidak berpuas hati, InsyaAllah saya akan minta kebenaran daripada CESB juga nanti.

Pada peringkat awal, blog ini, hanya membicarakan soal TBM the series semata-mata. [sila rujuk entri awal]. Bagaimanapun, setelah tayangannya tamat di RTM, entri ini mula menumpukan kepada hal-hal lain yang berlaku dalam industri.

Bagaimanapun, dengan bakal muncul kembali TBM musim 2 tidak lama lagi, InsyaAllah, entri blog ini akan kembali kepada hal-hal berkaitan TBM 2 pula. Saya harap peminat TBM yang saya tahu telah menjauhi blog ini, akan kembali untuk mendapatkan info-info terkini tentang produksi TBM2.

Maizura Mohd Ederis said...

Sedikit tambahan tentang hakcipta :

Drama TV Tangisan Bulan Madu hanya mengambil tajuk asal daripada novel Tangisan Bulan Madu 1 dan sebahagian kecil daripada bahan asal yang terdapat dalam novel berkenaan. Memandangkan terlalu sedikit bahan yang diambil daripada karya asalnya, pihak Creative Enterprise Sdn Bhd [CESB] sebagai pemilik hakcipta novel pertama telah memberi kebenaran bertulis untuk diadaptasi ke drama TV hanya dengan bayaran RM2,000.

Memandangkan saya turut menulis empat buah novel dengan CESB, jadi bayaran itu dilangsaikan dalam bentuk 'kontra payment' daripada royalti novel yang diterima daripada CESB atas jualan keempat-empat novel berkenaan.

Selain itu, blog ini hanya membicarakan tentang Tangisan Bulan Madu the TV series, saya kira memadai dengan meminta kebenaran menggunakan nama blog ini daripada pemilik hakcipta TV dan DVDnya iaitu Asia Media Content Sdn Bhd. [AMC]

Bagaimanapun, tidak menjadi kesalahan untuk saya meminta restu CESB juga sebagai tanda menghormati penerbit bahan asalnya. InsyaAllah akan hubungi CESB berkaitan perkara ini.

Sementara itu, kebenaran untuk terus menggunakan Tangisan Bulan Madu sebagai nama blog ini selepas tamat tayangannya di RTM, saya perolehi daripada Samsiah Mohd Nor sebagai pemilik hakcipta novel TBM 2,3,4 melalui telefon. Ini berikutan beberapa kritikan tentang pitching RTM yang saya tulis yang telah mendapat pelbagai reaksi para pembaca blog. Entah bagaimana, ada yang telah membuat kritikan balas ke talian telefon bimbit SMN kerana menyangka blog ini miliknya. Disebabkan salah faham itu, pada mulanya SMN ingin nama TBM dibuang daripada blog ini. Bagaimanapun, apabila memikirkan entri-entri lain yang positif terhadap industri drama tempatan, SMN kemudiannya bersetuju untuk mengekalkan nama TBM pada blog ini.

Terima kasih kepada anon 2.23 pm yang prihatin akan isu hakcipta ini. Salah satu perjuangan GBPSM adalah 'hakcipta' agar pengkarya asal iaitu orang yang mula-mula menghasilkan sesuatu bahan itu, dihormati dan kerja mereka, sekali pun tajuk tidak di'rompak' sesuka hati.

Bagaimanapun, kita masih boleh melihat isu 'tajuk' ini dari sudut hakcipta.

Soalnya "ADAKAH TAJUK SESUATU KARYA DILINDUNGI OLEH UNDANG-UNDANG HAKCIPTA?"


Menurut peguam yang mewakili syarikat penerbitan terkenal, Kumpulan PTS, tajuk sesuatu karya sebenarnya TIDAK DILINDUNGI oleh undang-undang hakcipta.

Jadi, kita boleh mengambil apa jua tajuk daripada mana-mana bahan/medium orang lain untuk dijadikan tajuk karya atau hasil kerja milik kita asalkan isi kandungannya berbeza daripada isikandungan dalam bahan/medium yang tajuknya serupa itu.

Sbg contoh, beberapa tahun sebelum drama Nur Kasih TV3 ditulis oleh pengkarya asalnya, Mira Mustaffa, sudah ada satu drama disiarkan di RTM dengan tajuk yang sama, Nur Kasih.

Sementara itu, Nisah Haron, penulis sastera terkenal yang berlatarkan guaman pernah memberitahu saya, apa yang dilindungi undang-undang bukan lah tajuk itu, tetapi "font" tajuk itu. Sebagai contoh, sesiapa saja boleh menggunakan tajuk Nur Kasih [atau Tangisan Bulan Madu jika ada yang berminat] untuk apa jua hasil kerja mereka - samada dalam medium novel, filem, teater, laman web, blog, majlis makan malam, dll, asalkan tidak menggunakan 'font' yang sama dan isi kandungannya juga mesti lah berbeza sama sekali.

Sekian.