Wednesday, April 6, 2011

MINUM PETANG GBPSM...SABTU, 9 APRIL 2011

Gabungan Bebas Penulis Skrin Malaysia [GBPSM] akan mengadakan sambutan ulangtahun pertama pada Sabtu ini, 9 April 2011 jam 3.00 petang di Galeri Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Selain acara santai, makan-makan dan mengeratkan silaturahim, kita juga akan berforum tentang beberapa isu seperti bagaimana menghasilkan lakon layar yang mampu menarik ramai penonton, royalti, hak-hak penulis dan pelbagai isu yang difikirkan releven untuk dibincangkan secara bersama.
Sesiapa yang berminat untuk menghadiri majlis ini, boleh membuat RSVP melalui penganjur di nombor 017-349 2227. Bagi mereka yang kurang arif tentang lokasi Galeri Shah Alam, ia terletak di pusat bandaraya Shah Alam, berdekatan Taman Rekreasi Permai dan berhadapan dengan Bank Negara Malaysia.
http:// http://www.mbsa.gov.my/pelancongan_galerishahalam

2 comments:

rusliesophian said...

Salam Mai,

Tuan Haji Zainal Buang Hussein akan datang meriahkan program kita dan insya-Allah Tuan Syed Abu, Pengarah Galeri Shah Alam akan hadir sama.

Maizura Mohd Ederis said...

ok tks abang ruslie.