Tuesday, June 9, 2009

“PITCHING” RTM…..TONTON LAH HASILNYA

Jika Februari lalu, warga kerja produksi sibuk turun naik RTM untuk ‘pitching’, sekarang masa untuk menonton hasilnya. Sejak Mei lalu, beberapa telemovie sempena hari sambutan tertentu telah ditayangkan melalui Slot Citra di TV2. Semuanya yang lulus ‘pitching’ tempohari. Tawaran "pitching" berkenaan hanya membabitkan telemovie dan mini-series sempena sambutan tertentu seperti Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, wanita kerjaya, ibu tunggal, cuti sekolah, Ramadhan dan Aidilfitri. Ada yang menghantar SMS memaklumkan hasil kerja mereka yang tersiar. Saya hanya sempat menonton telemovie PAYUNG KASIH arahan T.S. Jeffrey sempena Hari Ibu. Seorang penulis skrip yang juga pensyarah filem di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) turut berjaya dengan idea di saat akhir. Tetapi dia tidak berpuas hati kerana idea itu tidak lah sebagus ideanya yang lain yang tidak lulus. Berikut adalah SMS beliau :
Malu nak bagi tau…. cerita tu bagi saya last minit idea. Idea yang bagus tak lekat pulak. Tak tau lah RTM ni…Bagi 25 tajuk, lekat 2..ha..ha… Tak pe, balik umrah nanti, saya produce sendiri dengan TV stesyen lain…”
25 tajuk!! Tabik lah! Sedangkan saya hanya mampu melontarkan dua idea yang kedua-duanya gagal. Apa pun, kejayaan bukan bergantung kepada kuantiti. Seorang pelajar IPTA yang mengkhusus dalam bidang penulisan skrip hanya mencuba nasib dengan satu idea yang diperolehi secara spontan di saat akhir. Dan melekat pula. Namun, setelah siap skrip, penerbit pula pening kepala. Pengarah berterus terang mengatakan bahawa idea ini hanya sesuai untuk filem. Sudahnya, skrip terpaksa dirombak bagi menyesuaikan dengan budget telemovie. Kasihan penerbit terpaksa berbelanja lebih sehingga untungnya berkurangan. Kasihan juga penulis skrip kerana apa yang tertera di skrip tidak dapat dipersembahkan secara bulat-bulat di kaca TV lantaran kos terlalu tinggi. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan?

1 comment:

Anonymous said...

Semasa pitching, masing2 cuba melontarkan idea yang menarik dan hebat untuk memikat hati panel. Hasilnya terdapat idea yang melangkaui daripada had kewangan penerbit semata-mata untuk mendapatkan job tersebut. Ada syarikat yang sanggup mengadakan penggambaran di 6 negara sekitar Eropah untuk rancangan yang dibayar sedikit sahaja sedangkan bajet dikeluarkan adalah tinggi. Kalau ada sponsor boleh juga mengurangkan kos.

Kazsat