Tuesday, June 2, 2009

RTM SIASAT PENERIMA TENDER TV

Dalam ruangan hiburan Utusan Malaysia hari ini ada berita agak menarik. Bukan berita tentang drama bersiri Datin Wan Abe di mukasurat 24. Tetapi yang lebih menarik perhatian saya ialah berita mukasurat 22. Tajuknya, “RTM siasat penerima tender TV”. Dalam pertemuan dengan Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM) baru-baru ini, Menteri Penerangan yang baru, Datuk Seri Dr Rais Yatim berjanji akan menyiasat syarikat mana yang mendapat kuota 70% rancangan terbitan produksi tempatan. Siasatan itu bagi mempastikan bahawa tender pembekalan rancangan-rancangan TV daripada syarikat produksi tempatan diagih-agihkan secara lebih adil pada masa hadapan.
Kenapa Dr Rais mengeluarkan kenyataan ini? Adakah ini bermakna selama ini pemberian tender diberikan secara tidak adil? Adakah ini bermakna ada segelintir syarikat swasta yang membolot sebahagian besar daripada kuota 70 peratus itu?
Apa pun, kata Dr Rais lagi, RTM memperuntukkan sekitar RM200 juta setahun bagi membeli rancangan-rancangan televisyen termasuk drama, animasi dan muzik untuk siaran TV1 dan TV2. Bermakna sebanyak RM140 juta wang rakyat telah diperuntukan kepada syarikat produksi swasta tempatan manakala yang selebihnya (RM60 juta) adalah untuk membeli produk dari luar negara.

2 comments:

ali atan said...

Pengalaman pitching Puan eloklah dikemukakan kepada panel khas sisatan RTM. Kita menanti proksi-proksi ini ditampilkan dna ditundukkan dengan keadilan hak semua penerbit dan penulis skrip-khusus yang sepenuh masa menulis skrip seperti Puan.

Maizura Mohd Ederis said...

MAA,

Sumber saya ada beritahu syarikat mana dapat banyak mana (berapa juta) tapi maklumat ini P&C. Ada banyak lagi cerita pitching RTM tapi masa tak izinkan nak cerita semua.