Thursday, July 30, 2009

CERITA TIGA PELAKON NUR KASIH

Sumber : Utusan Malaysia, 30 Julai 2009
Oleh : SHAZRYN MOHD. FAIZAL shazryn.faizal@utusan.com.my
DRAMA bersiri Nur Kasih yang kini sedang ditayangkan menerusi TV3 pada setiap hari Jumaat pukul 9 malam mula meraih perhatian sejak mula menemui penonton setia saluran itu pada 29 Mei lalu.
Berbekalkan jalan cerita yang begitu berkesan serta ditambah dengan keberkesanan lakonan oleh para pelakonnya menjadikan Nur Kasih sebagai santapan nurani yang cukup menyentuh jiwa.
Bukan itu sahaja, pengarahnya Kabir Bhatia juga telah memberi satu sentuhan serta pendekatan yang baru dan berbeza dengan apa yang pernah dilakukannya sebelum ini menerusi drama Manjalara dan Kekasihku Seru. Drama 26 episod ini mengangkat kisah pengorbanan dan kasih sayang dalam sebuah perhubungan keluarga sebagai tema keseluruhan.
Menyelami jiwa tiga pelakon utamanya iaitu Fizz Fairuz, Remy Ishak serta pendatang baru, Tiz Zaqyah, ketiga-tiga mereka ternyata begitu teruja dengan penghasilan Nur Kasih yang memberi pengalaman baru dalam karier masing-masing.
Baca selanjutnya dalam :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm

3 comments:

Hadi Az said...

Maizura,
Saya dah lama mengikuti blog saudara tapi baru hari ini terasa nak menitipkan sesuatu. Ya, Nurkasih memang best!

Maizura Mohd Ederis said...

Terima kasih, Hadi Az.

roziyah said...

salam...saya dari syarikat synergymate amat berminat dengan karya-karya yang telah dihasilkan maizura. kami berminat untuk menyunting maizura untuk menulis novel berbentuk agama untuk syarikat kami. saya berharap Maizura dapat memberi maklum balas kepada pihak kami.
roziyah
email: damya_ogy@yahoo.com.my
0132969170
no syarikat : 0387235734