Monday, August 3, 2009

NUR KASIH TEWAS PADA KELIWON, BIO-NIK

Setelah 10 minggu bersiaran di TV3 pada setiap Jumaat, 9 malam, NUR KASIH gagal menyaingi KELIWON (slot Seram) dan BIO-NIK (slot Aksi). Dua drama berkenaan sentiasa mendapat tempat pertama dan kedua dengan jumlah penonton melebihi 3 juta. Malah, pada minggu-minggu tertentu, KELIWON musim pertama pernah mengatasi rating Buletin Utama. Fakta ini agak mengejutkan. Jadi, tidak hairan lah bila ia terus bersambung ke musim kedua tanpa ada ‘gap’ di antaranya.
NUR KASIH bermula dengan ranking TOP 15 dengan penonton sekitar 2 juta lebih. Ia pernah memasuki TOP 10 iaitu di tangga ke 9-10 . Kemudian, turun kembali ke tangga 11-12. Penurunan ini agak mengejutkan peminat setianya. Nampaknya, sambutan menggalakkan di internet dan perbualan orang mengenainya, gagal diterjemahkan dalam bentuk rating sebenar yang dikendalikan oleh agensi iklan, AC Nielsen.
Satu lagi drama tulisan saya, DATIN WAN ABE, bermula dengan ranking TOP 10 (2 juta lebih) sejak siaran pertama pada 19 Mei lalu. Pun begitu, masih gagal ‘memukul’ drama sebelumnya, MR MAMA 2 yang menduduki senarai TOP 5. Rating DATIN WAN ABE juga menjunam mendadak pada hari pengkebumian Michael Jackson, menjadikan jumlah penontonnya sekitar 1.7 juta.
Sementara itu, TV2 jarang sekali berupaya menyaingi TV3. Akan tetapi drama bersiri JANGAN PANDANG BELAKANG arahan Ahmad Idham, berjaya mencatat rating yang baik. Ini bermakna selera penonton masih menjurus ke arah genre seram.
Selepas KELIWON, drama baru, TOWER 13 akan bersiaran di slot Seram TV3, setiap Khamis, jam 9 malam. Drama ini diarahkan bersama oleh Kabir Bhatia dan Joeza Rasidi. Tidak pasti pula siapa penulis skripnya. Yang pasti, ia diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki bersama oleh Kabir dan isterinya, Mira Mustaffa. Jadi, sama-sama lah kita tunggu samada TOWER 13 juga akan ‘memukul’ NUR KASIH yang merupakan ‘kakak’nya kerana dilahirkan oleh ‘bapa’ yang sama.
Tentang Joeza, pengarah ini turut membantu Kabir mengarahkan NUR KASIH Episod 8, yang skripnya ditulis oleh saya. Ini kali kedua kami bekerjasama dalam sebuah produksi. Tahun lalu, Joeza mengarahkan RENJIS 1, drama tulisan saya di Astro Ria yang diterbitkan oleh Asia Media Content Sdn Bhd.

5 comments:

Maria Soraya said...

I guess if the air time other than Friday evening, the rating might different . As you know Friday normally (Thanks God its Friday) ppls are going to lepak somewhere or go outstation or rush back to hometown for weekend. Unlike the rest of the day, we usually has spare time to watch whatever dramas/movies on TV.

That's my opinion. May be other could have better idea why the rating not even or higher with the two dramas.

I like the Nur Kasih drama very much but last friday unfortunately I missed the episod due to I have to rush back to hometown.

Maizura Mohd Ederis said...

Maria,

Betul. Beberapa tahun lepas, ada drama meletup di TV2, Raflesia, bila RTM tukar hari tayangan dari Rabu 9 malam ke Jumaat 9 malam, penerbit kata rating turun mendadak.

Kalau terlepas NK, boleh tengok via online catch up web TV3 or Youtube. Ini pun satu faktor juga. Org tak kisah terlepas di TV sebab internet ada.

HafizAdam said...

satu soalan:
adakah mana-mana sumber untuk mengetahui rating sesebuah cerita yang disiarkan?

drama Jepun dan Korea biasanya ada, dan kadang2 menjadi rujukan dalam pemilihan cerita untuk ditonton.

Malaysia memang takde eyh sumber tersebut secara online?

=)

Maizura Mohd Ederis said...

Hafiz Adam,

Terima kasih kerana bertanya.

Setahu saya, tak ada sumber online di Malaysia.

Satu-satunya yang ada adalah laporan yang dikeluarkan oleh AC Neilsen, seabuah firma penyelidikan pemasaran antarabangsa.

Laporan ini perlu dilanggan oleh pengamal industri dengan harga yang mahal. Tidak semua penerbit sanggup melanggan. Tetapi stesyen TV 'wajib' melanggan.

Tentang sumber online drama Korea atau Jepun, saya tak pasti, adakah juga dari AC Nielsen?

sahara aban said...

betullah kalau dihayati siri keliwon tu ada kebenaran dan mistiknya.Dahulunya saya anggap keliwon ni hiburan TV semata. Saya tidak peduli dan ambil tahu hari-hari jawa seperti poon, wageh, paeng, legi dan keliwon sehinggalah pengalaman mengubati kakak yang sakit. Sakit kakak tidak diketahui puncanya. Pakar perubatan memberi berbagai-bagai nama penyakit tetapi segala ubat dan rawatan tidak berkesan langsung.Wajahnya makin pucat dari hari ke hari, cengkung dan kurus melidi dari asalnya berisi. Puas hantar kakak keluar masuk hospital dan klinik kerajaan, swasta tidak ada perubahan akhirnya kami berikhtiar dengan perubatan alternatif iaitu perubatan traditional. Pelbagai ragam kerenah bomoh dan dukun kami temui sehinggalah akhirnya kami sampai ke kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor bertemu Ustaz Adi Wijaya. Beliau bertugas di sekolah agama Daerah Pontian. Tidak tahu kenapa setelah mengira dan mencari punca penyakit beliau minta kami datang semula pada malam JUMAAT KELIWON untuk ritual perubatannya. Yang penting bagi kami, Alhamdulilah kakak telah sihat, pulih seperti sediakala. Saya paparkan kisah ini sebagai tanda kesyukuran kakak saya selamat dan bertujuan membantu sesama kita supaya tidak tertipu dengan bomoh palsu. Dapat saya rakam beberapa foto aksi perubatan beliau dalam :
http://my.opera.com/saharaaban/albums/ atau
http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102