Wednesday, August 12, 2009

BENGKEL PENULISAN SKRIP SABTU INI...JANGAN LEPASKAN PELUANG

Ini berita baik untuk mereka yang berminat menceburi bidang penulisan skrip drama TV dan filem. Biro Penulisan Skrin, Persatuan Karyawan akan menganjurkan Bengkel Penulisan Skrin di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur pada 15 Ogos ini (Sabtu). Bengkel sehari itu akan dikendalikan oleh pengerusi biro, Shamsul Ambia Mat Daud yang akan dibantu oleh beberapa Ahli Jawatan Kuasa dan sekretariat Karyawan.
“Antara perkara utama yang akan dibincangkan adalah bagaimana mengubah sinopsis atau karangan cerita ke bentuk skrin TV. Mereka juga akan dibawa mengkaji satu telefilem terkini.
“Dari situ peserta akan diterangkan bagaimana untuk memberi impak dramatik, Act I, II dan III, apa itu Foreshadow, Dramatic Irony, Inciting Inccident, Climax dan lain-lain bahasa asas dalam Penulisan Skrip TV.
Yuran pendaftarannya RM10.00 sahaja. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini boleh menghubungi 03-79552967/79606459 atau 012-3006084 (Ahmad).

2 comments:

Eskapisminda said...

Salam Puan, terima kasih kerana posting puan inilah saya berkesempatan menghadiri majlis yang menarik ini.

p.s. saya peminat Datin Wan Abe tulisan Puan. Baguslah skripnya! Dan si Jasmin Hamid tu memang kelasss as 'Datin' :)

Maizura Mohd Ederis said...

Eskapisminda,

Terima kasih.