
Drama bersiri Tangisan Bulan Madu (TBM) yang diadaptasi daripada novel popular bertajuk sama, karya
Samsiah Mohd Nor, kini sedang bersiaran di Singapura. Drama 30 episod itu menemui penonton negara berkenaan melalui saluran TV
Suria, setiap
Sabtu dan Ahad, jam 9.30 malam.
Dalam perkembangan lain, sekuelnya yang masih di peringkat konsep sudah dipanggil untuk
'pitching' di RTM pada khamis ini. Ia dirancang untuk mengisi slot
Cindai iaitu slot telenovela 40 episod x 1 jam yang diadaptasi daripada novel tempatan.
TBM menemui penonton pada Mei hingga Ogos tahun lalu dan berjaya menarik 1.3 juta penonton. Ia diulangtayang pada Januari hingga Februari tahun ini dan tercalon ke Anugerah Skrin 2008 dalam kategori drama rantaian.
Kepada peminat setia TBM, sama-sama lah kita mendoakan agar hasrat meneruskan 'sekuel' ini terlaksana.
No comments:
Post a Comment