Thursday, July 2, 2009

"BIRO PENULISAN SKRIN" DAN "BANK SKRIP" KARYAWAN

Kepada mereka yang bergelar penulis skrip, ada dua pertubuhan rasmi yang boleh disertai. Pertama,
Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM).
Kedua,
Biro Penulisan Skrin (BPS) Persatuan Karyawan.
Saya tidak menyertai SWAM atas alasan yang telah saya tulis dalam entri sebelum ini iaitu :
Masalah kewangan di peringkat awal kerjaya dan sikap suka bertangguh setelah kerjaya stabil.
Dan saya pernah bercita-cita menyertai BPS. Tetapi tersentap dek kata-kata seorang pengarah ‘otai’ tentang Karyawan. Pengarah ini tergolong dalam kumpulan pertama yang menyertai Karyawan sebaik ia ditubuhkan. Semasa melontarkan kata-kata itu, dia tidak lagi aktif dalam Karyawan. Tidak perlu lah saya tulis kata-katanya yang mungkin akan mengecilkan hati pihak yang berkenaan. Beberapa tahun selepas itu, tercetus pula krisis dalam Karyawan. Beberapa ahli telah dipecat termasuk Ketua BPS. Saya hanya mengikuti perkembangan ini melalui media, bukan dari mulut ahli Karyawan sendiri. Laporan media dan kata-kata sang pengarah, membantutkan hasrat untuk menyertai BPS. Apa pun, semalam, Ajami Hashim menulis tentang program Bank Skrip tajaan BPS. Saya terpanggil untuk memberi reaksi dalam entri berkenaan. Baca dalam :
http:// bicaraskrip.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

salam penulis skrip terhebat..selain melahirkan jalan cerita yang hebat,anda juga mampu menumpahkan air mata ribuan peminat drama yang ditayangkan.syabas sekali lagi untuk penulis skrip,pengarah dan juga semua pelakon yang menjayakan drama TANGISAN BULAN MADU..dari mawarms,penang.

Maizura Mohd Ederis said...

Mawarms,

Terima kasih. Alhamdulillah...