Tuesday, November 17, 2009

NUR KASIH…SIARAN ULANGAN MULAI 10 NOV

Mungkin ada yang belum tahu bahawa TV3 kini menyiarkan semula drama bersiri Nur Kasih selama setengah jam setiap episod. Siaran tanpa iklan dari jam 7.30 hingga 8.00 malam itu bermula 10 November lalu, setiap Selasa hingga Khamis. Terdapat pemotongan babak bagi memenuhi durasi berkenaan. Bagaimanapun, ini memadai buat mereka yang ketinggalan menontonnya semasa ia bersiaran untuk pertama kali mulai 29 Mei lalu. Minggu ini memaparkan jalan cerita yang agak memancing emosi - kematian Ustaz Hassan, bagaimana keluarga ustaz menerima ketentuan ini, bagaimana Nur Amina menyesuaikan diri di rumah mertuanya dan apakah tindakan Adam terhadap perkahwinan yang tidak diredhainya itu.
Selamat Menonton!

4 comments:

Miss Brat said...

kak mai..

im watching it..finally ada masa menonton TV hehe

Bukan Sepet said...

Ya. Memang benar.

Patutlah Nurul Huda anak sulung saya, saya suruh hantar cawan Nescafe saya ke singki dapur tak gerak gerak. Rupanya tanpa iklan.

Cheh!

izawani said...

Wah... bagus betul... Tapi susah la... itu waktu kritikal tu... Waktu antara maghrib dan isyak...

Masih saya tidak sempat lihat citer ni biarpun saya sangat minat.

Saya harap ada ulangan lain.

Cadangan jangan buat pada waktu kritikal seperti ini, bagi ibu ibu yang balik bekerja, kena masak, nak semayang, anak lagi... itu ini... waktu ini terlalu singkat.

Kalaulah ASTRO dapat menyiarkan siri ini 2 jam tanpa henti (dan buat siri siri juga sebab panjang), tentu seronok ditonton. Ulang tayang pun tak apa selama sebulan seperti cerita cerita yang dimasukkan dalam siaran 952/951 tu.

Kalau tak dapat ke ASTRO... pukul 9 setiap hari setengah jam di TV 3 pun tak apa...


Terima kasih kak...

juliana1903 said...

salam. sememangnya saya hanya menonton nurkasih last episod saja slps ianya menjadi bualan ramai.....
tak sangka cite ni amat menarik sekali terutamanya pelakon2 yg berjaya membawakan watak dgn baik dan berkesan sekali. juga lokasi pengambarannya yg terletak di kaw kg yg dikelilingi sawah. amat menarik skali