Friday, March 11, 2011

MARI MENULIS SKRIP

Setelah dua bulan setengah memasuki tahun 2011, nampaknya peluang kerja untuk penulis skrin sentiasa cerah. Seorang rakan penulis memberitahu dia sudah mendapat kerja sehinga bulan Jun ini. Saya juga begitu. Manakala seorang lagi perlu menyiapkan enam telemovie dalam tempoh tiga bulan.
Apa pun, yang paling glamor, seorang rakan GBPSM sudah pun menulis untuk produksi antarabangsa. Siapa orangnya dan apa projeknya masih dirahsiakan.
Rasanya ini cukup untuk memberi motivasi kepada penulis baru. Namun, bagi mereka yang berasakan ilmu belum cukup, boleh lah mengikuti pelbagai kursus anjuran pelbagai pihak. Bagi kursus yang terdekat, pengarah dan penulis skrin KAMAL ISHAK akan menganjurkan :
Bengkel Penulisan Skrip pada 12 dan 13 Mac ini [esok dan lusa] di Unggul Filem Academy , Taman Permata, Ulu Klang, mulai 8 pagi hingga 5 petang.
Bengkel Adaptasi Novel ke Skrip pada 16-18 Mac ini di tempat yang sama. Bagaimanapun, kursus ini untuk mereka yang sudah mengetahui asas penulisan skrip drama TV atau filem.
Sesiapa yang berminat menyertainya, sila hubungi nombor 016-269 4527 [Haslee] atau e-mel kepada kerismadura@yahoo.com

2 comments:

normalanawar said...

bagaimana nak buat skrip yang hebat

Maizura Mohd Ederis said...

Normalanawar,

Saya ada bertanya kepada beberapa penulis skrip yang hasil penulisan mereka saya kagumi, jawab mereka, "practise" [latihan].

Nampaknya, ia sama seperti ahli sukan atau memandu kereta. Tahu teori, format, struktur, teknik saja tak mencukupi. Yang penting, banyak berlatih.

Menurut seorang rakan yang pernah menulis dokumentari tentang skuad Thomas Cup negara, apa yang membezakan Cong Wei dan Hafiz adalah 'latihan' [walaupun mereka didedahkan dengan teknik yang sama]

Rasanya situasi yang sama juga untuk penulis skrip.