Thursday, December 27, 2012
Tuesday, December 25, 2012
HANYA PADA MU...MULAI 28 DIS, 9 MLM, TV3
Drama rantaian Hanya Pada Mu akan menemui penonton setiap minggu mulai Jumaat ini, 28 Disember, jam 9 malam, di TV3. Ini sebuah lagi terbitan Filmscape Sdn Bhd yang sebelum ini pernah membolot kategori Drama Rantaian di Anugerah Skrin selama tiga tahun berturut-turut melalui Kekasih Ku Seru, Nur Kasih dan Juvana.
Hanya Pada Mu ditulis oleh saya dan diarahkan oleh Faisal Ishak. Pelakonnya terdiri daripada Beto Kusyairi, Zahiril Adzim, Nazeera Sardi dan Emelda Rosmila. Mohd Frank Lewis, Siti Marzuliana dan Shasha Yusof selaku Penerbit Eksekutif. Manakala lagu latar bertajuk "Aku Yang Berdosa" nyanyian Shahir AF8.
Drama ini menggantikan Runtun Qalbu yang tamat siarannya pada Jumaat lalu. Beberapa minggu sebelum ia berakhir, Runtun Qalbu mendapat rating sekitar 1.5 juta.
Maklumat lanjut tentang drama ini boleh dilihat di forum Malaycari.com.
Jangan lupa temujanji kalian Jumaat ini, ya!

Labels:
HANYA PADA-MU,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS,
TV3
Saturday, December 22, 2012
JANGAN TAKUT FILEM TAK LAKU - KATA GARIN NUGROHO DI FINAS
Sutradara tersohor Indonesia, Garin Nugroho Riyanto , 51, berpesan, jangan takut sekiranya filem yang dihasilkan itu tidak dapat memikat penonton.
Memandangkan pembikinan filem boleh jadi untuk tujuan lain yang lebih baik, yakni mendidik masyarakat.
Hampir kebanyakan filem karya Garin membawa tema yang pelbagai
seperti politik, kenegaraan, keagamaan, kemanusiaan, kebudayaan, sosial dan
kemasyarakatan.
Dalam Master Class yang dikendalikannya di Finas, Hulu
Kelang, beliau menerangkan tujuan membuat filem boleh di bahagikan kepada tiga
iaitu :
1. Penemuan dari segi artistik, teknologi atau nilai
[Discovery]
2. Pendidikan dari segi sosial, politik dan budaya
[Education]
3. Pulangan kewangan samada jualan tiket di pawagam atau
menarik sumber dana daripada organisasi. [Economy]
Filem yang baik adalah yang merangkumi ketiga-tiga di atas,
atau salah satu daripadanya. Manakala filem yang buruk ialah filem yang tiada
ketiga-tiganya.
Peserta Master Class berkesempatan menonton buah tangan
terbaharu beliau, Mata Tertutup yang akan terbit pada tahun hadapan. Filem ini dibiayai oleh pertubuhan Islam,
Muhammadiyah, bertujuan menerangkan bahaya fahaman radikal yang melanda
golongan muda terpelajar Indonesia. Ia
telah pun ditayangkan di sekolah-sekolah menengah untuk tujuan pendidikan. Bagi
Garin, isu ini sukar diterangkan kepada golongan muda melalui seminar-seminar.
Justeru, pembikinannya untuk kelumpuk sasaran amat bertepatan pada masanya.
Peserta juga menonton Opera Jawa [2006] yang dalam kategori
"artistic discovery"; Rindu Kami Pada Mu [2004], sebuah filem agama yang
lain dari lain [tidak klise]; dan Aku
Ingin Mencium Mu Sekali Sahaja [2002] tentang usaha-usaha ke arah perdamaian di daerah
krisis Papua, Indonesia [Dikenali juga
sebagai Irian Jaya].
Hanya satu sahaja filemnya yang dibiayai oleh
industri perfileman Indonesia [disebut juga sebagai "studio"] iaitu Cinta Dalam Sepotong Roti. Filem ini
merupakan filem pertama beliau yang dihasilkan pada 1991. Selepas itu, kesemua filemnya berbentuk
"personal" dan mendapat pembiayaan daripada dana pertubuhan amal
[NGO] atau syarikat swasta di bawah program Corporate Social Responsibility
[CSR].
Atas dasar itu, Garin memberitahu ada tiga jenis sutradara :
1. Sutradara 'Studio' - yang menghasilkan filem-filem untuk
syarikat produksi dalam industri perfileman. [Ramai
pengarah dalam kategori ini]
2. Sutradara 'Produser' - yang menghasilkan filem-filem
terbitan sendiri dan bebas/indipendent atau 'Indie'. [Antara yang terkenal di
Indonesia adalah Riri Riza dan Mira Lesmana]
3. Sutradara 'Personal' - yang menghasilkan filem-filem
berdasarkan isu-isu tertentu yang dekat di hati, untuk sesuatu misi, dengan mencari sendiri
pembiayaannya.
Garin mengatakan beliau berada dalam kelumpuk ketiga -
personal.
Kira-kira 25 peserta menimba ilmu selama lima hari dalam
Master Class anjuran Finas dengan kerjasama Persatuan Pengarah Filem Malaysia
[FDAM] ini. Mereka terdiri daripada pengarah, penerbit, penulis skrip, pelakon
dan ahli akademik yang aktif dalam industri filem dan drama tempatan.
Sebelum kelas bermula, satu Apresiasi Filem diadakan untuk
membicarakan tentang Soegija, filem Garin pada tahun ini, yang mengundang
kontroversi dan laris di pawagam. Ia tentang perjuangan seorang paderi
katolik yang juga anak tempatan, di tengah-tengah krisis penjajahan Belanda dan
Jepun ke atas Indonesia, antara 1940 hingga 1949, sehingga lah Indonesia mencapai kemerdekaan.
Filem lain yang juga mendapat perhatian seperti Puisi Yang Tak Terkuburkan, Bulan Tersusuk Lalang, Surat Untuk Bidadari dan Daun Di Atas Bantal. Beliau juga pernah memenangi anugerah di arena antarabangsa seperti di Asia Pacific Film Festival, Tokyo International Film Festival, Berlin International Filem Festival dan lain-lain.

Sunday, December 16, 2012
Cinta Dari Syurga meraih 1.9 juta penonton
Slot Cerekarama yang menyiarkan telemovie tulisan saya, Cinta Dari Syurga, mendapat 1.9 juta penonton. Walaupun tidak mencecah 2 juta lebih seperti telemovie saya tahun lepas, jumlah ini menurut seorang penerbit, adalah tinggi. Ini secara perbandingan dengan slot-slot drama Melayu yang lain yang bersiaran sejak kebelakangan ini.
Telemovie dalam slot yang sama pada minggu sebelumnya. Atas Cinta Bawah Cinta, mendapat 1 juta sahaja akibat perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki antara pasukan Malaysia dengan pasukan Indonesia di RTM. Memang drama Melayu akan kalah setiap kali bertembung dengan bola sepak. Tahun lepas, skrip tulisan saya, Jalan Songsang, turut tidak bernasib baik. Hanya mendapat 1.1 juta setelah bertembung dengan perlawanan akhir Piala Malaysia di RTM. Seorang rakan penulis, Zaini Kosnin, juga mendapat nasib yang sama melalui Anakku Ghazali, sebuah telemovie di Slot Skrin, TV9. Slot ini bersiaran setiap Rabu, jam 8.30 malam, juga bertembung dengan Piala AFF Suzuki 2012.
Apa pun, yang penting bukan lah rating. Sepatutnya yang diukur ialah sejauh mana sesebuah karya memberi manafaat kepada penonton. Alhamdulillah, kebanyakan penonton mengulas di blog dan Facebook, mengatakan Cinta Dari Syurga telah memberi teladan dan pengajaran kepada mereka.

Tuesday, December 11, 2012
Sunday, December 9, 2012
"HANYA PADA-MU" DALAM HARIAN METRO 5 DISEMBER 2012
ARMAN SAID ibarat
seorang pelajar yang sedang mengikuti kelas psikologi. Dia hanya terdiam
seketika tatkala seorang guru, Adawiyah, berbicara di depannya mengenai hidup
dan hakikat fitrah manusia lahir ke dunia ini.
Setiap tutur kata dan
perumpamaan digambarkan Adawiyah membuat Arman jadi kagum. Jiwa memberontak
yang wujud dalam dirinya kembali tenang. Watak Adawiyah lakonan pelakon baru,
Nazeera Sardi digambarkan sebagai seorang wanita bersopan-santun.
Sikap lemah-lembut
dan ketenangan dirinya tetap kental sekalipun pernah memiliki pengalaman pahit
dibenci dan didera secara mental oleh ibu saudaranya sendiri.
Ketika itu
juga, Arman lakonan Beto Kusyairy kembali teringat kenangan lalu.
Baca selanjutnya dalam artikel di Harian Metro :
myMetro | Borak Lokasi: Bagan Lalang terapi jiwa kacau
myMetro | Borak Lokasi: Bagan Lalang terapi jiwa kacau
Labels:
HANYA PADA-MU,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS,
TV3
Wednesday, December 5, 2012
CINTA DARI SYURGA... 8 DISEMBER, 10 MLM, TV3
Naskah telemovie ini pada asalnya dicadangkan untuk slot Maal Hijrah pada 15 November 2012. Bagaimanapun, disebabkan kesuntukan masa, lantaran pihak stesyen memintanya pada saat akhir, ia tidak sempat disiapkan tepat pada waktunya. Justeru, pihak TV3 menunda ke tarikh 8 Disember 2012 iaitu di Slot Cerekarama yang bersiaran setiap Sabtu, jam 10 malam.
Kisah ini bermula dengan idea asal dari Nurull Halawati Haron, seorang novelis dan juga penulis skrip yang dikenali melalui karya, Stanza Cinta lakonan Aaron Aziz pada 2011. Kisah ini dikembangkan lagi dalam bentuk skrip oleh saya, dengan beberapa permintaan dan cadangan daripada pihak stesyen juga.
Telemovie ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dan diterbitkan oleh Jalena Rejab dari Primeworks Studio a.k.a. Grand Brilliance Sdn Bhd. Pelakonnya terdiri daripada Fauziah Ghaous dan Anzalna.
Selamat menonton....

Subscribe to:
Posts (Atom)