Tuesday, December 25, 2012

HANYA PADA MU...MULAI 28 DIS, 9 MLM, TV3

Drama rantaian Hanya Pada Mu akan menemui penonton setiap minggu mulai Jumaat ini, 28 Disember, jam 9 malam, di TV3. Ini sebuah lagi terbitan Filmscape Sdn Bhd yang sebelum ini pernah membolot kategori Drama Rantaian di Anugerah Skrin selama tiga tahun berturut-turut melalui  Kekasih Ku Seru, Nur Kasih dan Juvana.

Hanya Pada Mu ditulis oleh saya dan diarahkan oleh Faisal Ishak. Pelakonnya terdiri daripada Beto Kusyairi, Zahiril Adzim, Nazeera Sardi dan Emelda Rosmila. Mohd Frank Lewis, Siti Marzuliana dan Shasha Yusof selaku Penerbit Eksekutif. Manakala lagu latar bertajuk "Aku Yang Berdosa" nyanyian Shahir AF8.

Drama ini menggantikan Runtun Qalbu yang tamat siarannya pada Jumaat lalu. Beberapa minggu sebelum ia berakhir, Runtun Qalbu mendapat rating sekitar 1.5 juta. 

Maklumat lanjut tentang drama ini boleh dilihat di forum Malaycari.com.

Jangan lupa temujanji kalian Jumaat ini, ya!

No comments: