Wednesday, December 17, 2008

JAWAPAN BUAT SITI JARUM-PART 4

Penulis skrip bekerja dalam batasan masa dan bajet yang terhad. Biasanya, jarak masa antara tarikh kelulusan konsep dengan tarikh tayangan ( TX) sangat dekat. Kerap berlaku penulis skrip memberikan 'kuah' sahaja kepada konsep yang pada awalnya ber'isi'. Alasannya, "tak sempat research". Karya itu kemudiannya diburukkan lagi oleh pembikinan (the making) yang dibuat tergesa-gesa kerana mengejar TX. Faktor bajet pula, lazimnya berkaitan dengan latar. Mungkin Siti Jarum lupa bahawa industri kita tidak seperti Hollywood yang mampu mencipta 'mock-up' tanah runtuh di dalam studio. Jika mahukan pengambaran di latar sebenar, pihak berwajib tentu tidak membenarkannya buat masa ini. Ini adalah halangannya. Tidak hairan lah kalau kita lihat ada skrip televisyen karya penulis sastera yang juga tidak sehebat mana dari segi isi dan persembahannya. Ada di kalangan mereka, pemenang anugerah sastera dan mantan peserta Minggu Penulis Remaja, Dewan Bahasa Pustaka. Ini juga satu fakta yang tidak disedari oleh Siti Jarum. Sebagai rumusan, penulis sastera mampu menulis apa jua yang terilham di kalbu masing-masing. Tiada batasan dari segi konsep, jangkamasa penghasilan karya dan kos pembikinan karya. Sedangkan penulis skrip mempunyai batasan ini. Pun begitu, pada dasarnya, penulis skrip dan penulis sastera bekerja untuk medium yang berbeza matlamatnya. Sastera bertujuan mematangkan pemikiran khalayak. Manakala televisyen bertujuan mengaut keuntungan maksima melalui ratings.

6 comments:

MARSLI N.O said...

Sdri Maizura: Saya ada banyak hendak komen mengenai kandungan drama di tv atau sinetron kita, tetapi kerana hendak jaga hati banyak kawan yang menjadi penulis skripnya, saya memilih diam sahaja dan menyimpan komen itu di dalam buku nota.

Ini memang soal pasar dan selera atau kehendak penonton. Atau ada yang bilang siapa mahu yang art atau "seni"?

Jadi jangan marah kalau penonton yang pemilih jarang melihat sinetron di tv kita.

Tetapi tidak adil juga "memarahi" penulis naskhah yang memang terpaksa menulis mengikut kehendak pasar kerana pendapatannya juga ditentukan atau datang dari dan oleh pasar.

Akhir kata, menulislah sahaja kawan-kawan. Dan aku memang "mencemburui" kalian yang sangat tekun dan rajin.

Marsli N.O

Maizura Mohd Ederis said...

Tks Sdr Marsli. Dalam soal komen mengomen tu, kbykan penulis skrip mmg mahu mendengar komen utk tujuan peningkatan. Macam tulisan Siti Jarum, ramai yg ambil positif tegurannya. Ramai yg mengaku hasil kerja mereka hancur di TV. Kecewa. Tapi terus jugak menulis kerana kita ada "passion" pada gambar bergerak, warna dan bunyi. Kalau tak, kami duduk dalam bilik sorang-sorang, tulis novel saja lah. Tak ada orang kacau, tak ada orang tentukan itu ini, tak perlu bertekak dengan rakan sepasukan.

Sy rasa soal kecil hati tak timbul kalau penulis itu benar-benar ada "passion" dlm apa yg dia kerjakan. Setakat ini, komen, kritikan, hentaman hanya dtg dr "crowd" semata-mata, biasanya melalui forum di internet atau blog. Tapi tak semua penonton menggunakan internet. TBM misalnya, menarik 1.3 juta penonton, tetapi hanya terdapat lebih kurang 300 posting di internet. Itupun kebanyakannya datang dari orang yang sama. Jadi, kita tidak begitu boleh bergantung kepada komen internet utk mempertingkatkan kualiti. Lagipun, kita tidak tahu siapa yang membuat komen itu. Sesetengahnya kuncu-kuncu dalam stesyen sendiri (atau dalam syarikat penerbitan?) utk tujuan provokasi.

Anonymous said...

salam wat penulis blog..ble sy membca ape yg diluahkn oleh penulis..brulh sy tau..sy x dpt mengagak pekara sebegini berlaku..tp pekara2 sbegini lah memberikn satu cabaran bg penulis supaya mereka dpt memberi satu hasil yg kreatif terhdp skrip mrk dan bgmna penerimaan para penonoton..sye sbg penonton juga tidak dpt menerima kehendak penonton mse kini tetapi bukan brmakna kite tidak dpt mengjr rakyat m,sia spy menerima crite2 sebegini..sebab itulh sesebuah crite yg berat perlu disuntikn elemen komersial dlm sesuatu crite dr segi pemilihan pelakon,skrip dan jln crite sbg pelaris untuk memancing penonton..sye bgitu tetarik dengan beberapa novel indonesia spr ayat-ayat cinta, laskar pelangi yang kini difilemkn..sye bukanlah seorang pembaca novel tegar sy lebih gemar menonton visual bgrk drpd penulisn..ttp dr situlh tegerak hati untuk mengetahui penulisan karya di malaysia..sye belajar membaca..tp nilai yg diterapkn dlm kedua-dua crite ini begitu besar dan diterima penonton mahupun disini..saya juga tetarik dengan drama siri di filipine walaupun mempunyai kisah golongn elit tetapi mereka tidak lupa memasukkan realiti msrkt mrk..konflik yg mrk hadapi sprt golongn miskin,merempat duduk di setinggan atau sebuah perkampungan yg berhampiran dengn longgokan sampah,politik, mogok, pengganas dan pelbgi lg yg mjd subplot crite membuatkan kite ingin tahu kesudahanya walaupun kadang2 penonton sanggup menunggu setahun gara-gara episod yg panjang..sbb itulh crite ini diterime di luar negara terutama asia..jd kte perlulh melahirkn realiti msrkt m;sia kite..dr segi 'enviroment',budaya, msrkt dan lain-lain..apa salahnya kita meletakkan seorg cina atau india antara watak terpenting dlm sesebuah drama walaupun watak pembantu..akibat kurgnye watak2 kaum lain ade diantara artis cina di negara kita sedih dan cuba berlakon diluar negara ..ada juga yang terkenal diseluruh asia dan dunia..barulh kita nk menghargai mereka..sye beharap dengan pandangan sye ini penulis kita dpt membuat anjakan melahirkn idea2 yg baru ttg realiti m'sia supaya rkyt mlsia bukan saje terdidik ttp menghargai karya malaysia dan dpt berkongsi pada seluruh dunia..kpd stesen tv perlulah tahu fungsi mrk itu sendiri mrk boleh menganaktirikan karya tempatan kita..tgklh skrg lambakan sinetron dr seberang tanpa kawalan, drama malaysia yang telah dibaratkan seperti menonton telenovella latin..ini kerana mrk sendiri tidak dpt menerima karya tempatan..k wassalam...


tingkatkn idea karya-karya tempatan kite,


Naem ok jer..

Maizura Mohd Ederis said...

Tks sdr naem k. Mmg cdgn sdr itu lah yg sdg kami lakukan skrg. Masukkan isu masyarakat dlm sub-plot. Tapi dlm kes TBM, byk sub-plot terpaksa saya potong saat akhir kerana 'over-run' (terlebih durasi). Ini kesilapan saya, bkn silap pengarah, penerbit atau stesyen. Tentang pelakon bukan Melayu, ada penerbit enggan masukkan bukan Melayu kerana faktor bayaran mahal. Memandangkan tidak ramai pelakon bukan Melayu dalam industri tempatan, 'charge' lakonan mereka biasanya lebih tinggi krn mrk tahu penerbit 'terpaksa' juga ambil mrk kalau cerita itu memerlukan watak bukan Melayu. Jadi, ada penerbit cuba mengelak terlalu ramai watak bukan Melayu. Tapi kalau NTV7, ok krn sasaran penonton NTV7 adalah berbilang bangsa. Biasanya, stesyen sudah tentukan 'pasaran'nya awal-awal lagi. Mrk buat 'strategi branding' dan tentukan konsep cerita. Tapi, spt pdpt Naem, ini bkn penghalang kpd penulis skrip memasukkan isu yang dpt mendidik penonton. Pun begitu, ramai penulis beranggapan ini satu halangan. Krn daya kreativiti mrk perlu lebih tinggi untuk seimbangkan isu masyarakat dengan elemen komersil. Kerap kali, komersilnya jadi terlebih. Dan bila membabitkan isu agama, lagi kita tak pandai. Sudahnya jadi macam berkhutbah, org tutup TV atau tukar channel. Kita tidak pandai buat seperti Hollywood yg selalu menyuntik Kristianiti dalam filem pop mereka. Matrix dan Forest Gump contohnya. Di sini pulak, ramai penulis skrip yg buat keputusan utk tidak lagi menulis skrip krn halangan ini. Ini hakikat. Sudahnya, industri ini makin kurang kualiti dr segi 'isi kandungan' dan 'bahan' yang dipersembahkan. SAya sebenarnya bersetuju dgn Siti Jarum. Cuma ingin memperbetulkan beberapa salah faham beliau apabila cuba membandingkan karya sastera dengan karya televisyen. Tidak wajar dibandingkan krn kedua-duanya membabitkan cara bekerja yang berbeza.

gurindamjiwa said...

Salam Maizura, saya fikir kos bukanlah faktor yang menentukan berjaya atau tidak sesebuah adaptasi. Saya juga percaya adaptasi adalah karya baru yang hanya mempunyai hubungan "roh" saja dengan karya asal. Kita kena memahami tafsiran adaptasi supaya tidak terhasil "pemindahan" teks kepada visual. Saya sama sekali tidak fikir kalau ada produksi yang sanggup membuat mock up tanah runtuh, baru cerpen itu boleh diadaptasi. Ini kerana cerpen itu bukan tentang tanah runtuh. Saya perhatikan karya adaptasi kita kebanyakkannya sekadar pemindahan dari teks kepada visual. Ini salah sama sekali.

Maizura Mohd Ederis said...

Gurindam Jiwa, tks ats pandangan sdr.