Friday, May 29, 2009

NUR KASIH...BUKAN DRAMA DAKWAH

Pembabitan saya dalam Nur Kasih hanya sebagai pembantu kepada penulis cerita asalnya, Mira Mustaffa (penulis filem Cinta dan Sepi ).
Kata Mira sewaktu pertama kali menelefon saya : Ini bukan drama dakwah. Tapi drama cinta dan keluarga."
Seorang lagi yang membantu, Mariana Hashim, yang merupakan penulis skrip, pengarah dan penerbit drama. Selain Nur Kasih, Mariana turut menulis “DUA MARHALAH” yang bakal bersiaran di Astro Oasis pada Isnin ini, 1 Jun, jam 10 malam.
Nur Kasih dibintangi oleh Dato' Jalaludin Hassan (Ustaz Hassan), Liza Othman (Hajjah Khadijah), Fizz Fairuz (Aidil), Remy Ishak (Adam), Tik Zaqyah (Nur Amina), Sharifah Sofea (Katrina) dan Ummi Nazeera (Siti Sarah)
Sentuhan Kabir Bhatia ini menggunakan sinematografi daripada teknik yang sama dengan pembikinan filem. Ia melibatkan lokasi negara luar seperti Sidney, Australia dan Jeddah, Arab Saudi. Runut bunyi asal (original soundtrack) digubah khas oleh komposer Yassin, juga bertajuk Nur Kasih. Apa pun, terdapat satu lagi drama TV yang menggunakan tajuk NUR KASIH. Ia disiarkan melalui RTM dan diulangtayang di Astro Oasis tidak lama dahulu. Drama itu dilakonkan oleh Rusdi Ramli sebagai watak utama, mengambil lagu Nur Kasih nyanyian kumpulan nasyid In-team sebagai runut bunyi manakala latar utamanya di Kolej Universiti Islam Selangor.
Keterangan gambar : Dari kiri Maizura, Mira dan Mariana.

36 comments:

dOUblEH said...

Tahniah......menarik betul ceritanya....

ada berapa episod?????xsabar nak tunggu next week.....

dOUblEH said...

AArrrrgggggghhhhh.....xkan Nur Amina kawen dgn Adam........TTTTIIIIIDDDDAAAAAKKKKKKK

untung nye Adam.......

Maizura Mohd Ederis said...

doubieh, trima kasih krn menonton. Semua 26 episod.

naim kkkk said...

wah bagus..perkembangan yang baik..Nur KAsih tarikan tersendiri dalam menarik penonton..kte kena wujudkan budaya malaysia dalam filem maupun drama contoh kampung,flat,rumah setinggan dan lain-lain....sye tetarik dgn sinematografi khabir yang indah dan penuh elemen yg setanding dgn film..cth elemen sinematografi yg banyak dipaparkan adalah Rule of third( tertumpu pada karakter) , horizintal dan vertical(gambaran pencawang elektrik dan pesekitaran kampung)...ini adalah antara daya tarikan utamag bagi menarik penonton..pendapat saye x salah kalo kita menghasilkan cerita yang sedikit berat..tetapi pelakon yang lawa...sinematografi dan pengarah yang terkenal..org psti akan tengoklah....:)

hamba ABDI said...

Assalamualaikum..
1st time tgk dah dapat teka ni memang Kabir punya style..sgt suka sinematografi dia..cun habis..

suka dengan kata2 hajah khadijah ttg adam dan aidil yang ibarat pokok tu..

cuma, walaubagaimana pun anda menidakkan drama ini dengan dakwah, hakikatnya apabila ia berkait dengan persekitaran islam a.k.a ustaz2, ia memang akan dilihat sbg tools of dakwah.. dah memang mentaliti org..

sy harapkan ia menjadi satu kelebihan pada team anda untuk menyelitkan mesej dalam cerita ini kepada masyarakat dan kalau boleh kaji betul2 dan berhati2 dalam aspek2 berkaitan Islam kerana kesilapan kecil pun boleh membawa imej buruk kepada Islam..

Good Luck..!! tak sabar tunggu episod seterusnya..
(^_-)

Maizura Mohd Ederis said...

Lia ixora,

Bila bercakap tentang dakwah, maknanya kita menyampaikan agama untuk tujuan menyedarkan orang. Dlm Islam ada satu prinsip iaitu "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA". Walaupun niat baik nak berdakwah, tapi cara tak betul, tak boleh dikira berdakwah.Ini bermakna drama dakwah tidak boleh ada unsur-unsur melanggar syariat. Cth : bukan muhrim berpegang tangan. Dalam Nur Kasih, bukan muhrim bukan sahaja berpegang tangan, malah berpeluk. Bila ada adegan emak dengan anak berpeluk - sedangkan di luar drama mereka bukan muhrim, ini sudah dikira salah ikut perspektif Islam. Di Malaysia, kalau betul-betul nak buat drama dakwah, kita kena ambil Katijah Tan berlakon dengan Pierre Andre sbg ibu dan anak. Baru sah boleh berpeluk atau salam cium tangan/cium pipi kerana di luar drama mereka adalah muhrim. Kalau tidak, jangan buat adegan anak lelaki dengan mak salam cium tangan atau berpeluk. Di Indonesia, filem Sang Murabbi, saya anggap betul-betul filem dakwah kerana adegan emak dengan anak lelaki bersalam langsung tidak ditunjukkan kerana pelakon-pelakon watak itu adalah bukan muhrim.

ekramhakim~ said...

Tahniah duucapkan kepada cik maizura kerana mungkin sentuhan2 anda di dalam skrip itu menyelitkan sedikit nilai2 Islam.

Matlamat tidak menghalalkan cara.Itu sememangnya konsep yg ISLAM anjurkan.Namun bagi saya, menyelitkan nilai2 Islam dalam skrip kepada pelakon2 yg kurang atau tidak berpeluang mengenali Islam secara formal sedikit sebanyak memberi manfaat kpada mereka.

Islam itu merasai dengan hati. Mungkin dengan watak dan skrip yg diberikan, akan memberi kesan. Kalau tak banyak, sedikit sudah mencukupi utk permulaan drama2 dan industri2 seni di tanah air.step by step sebelum mampu melahirkan drama yg betul2 mengikut landasan Islam sepenuhnya.Mungkin 10-20 tahun lagi.Tapi kita perlu bermula dengan ini.

Dan secara peribadi, bagi saya drama dan media TV ini merupakan medium utama zaman sekarang untuk menyampaikan apa2 maklumat mengenai Islam, politik, dan cara hidup zaman sekarang. Dan matlamat Islam sekarang adalah menjadi dan diamalkan sebagai cara hidup.Dan TV adalah medium yg terbaik utk tujuan itu.

Saya berharap cik Maizura dan sahabat2 lain dpt menyumbangkan sesuatu utk kebaikan semua, insyaALLAH. Kita memerlukan orang2 seperti cik maizura.Kenapa kita tak gabungkan kepakaran semua untuk Islam tercinta kita..

Sekadar pandangan.Teruskan Cik Maizura.

Anonymous said...

no..kawin jugak minah tu ngan adam thakz god..bleh laauntung juga adam tu

Anonymous said...

caya la nur kasih mmg mncuit ati ku

Anonymous said...

menarik crita ni...
boleh tnya x..drama ni di adptasi daripada movel apa sbenar-benarnya...
sbab novel tngisan bulan madu x sama dgn kalan crita Nur Kasih..

Maizura Mohd Ederis said...

Anonymous,

Tangisan Bulan Madu adalah nama blog ini, iaitu utk mempromosi drama saya yang terdahulu (Mei-Ogos 2008), yang diadaptasi dari novel Tangisan Bulan Madu, Samsiah Mohd Nor.

Sekarang, drama Tangisan Bulan Madu sudah tamat siarannya. Tersiar pula Nur Kasih yang TIDAK DIADAPTASI DARI MANA-MANA NOVEL. Tetapi saya tetap menggunakan blog ini untuk mempromosi Nur Kasih krn blog ini juga dianggap sebagai blog rasmi saya, Maizura Mohd Ederis, penulis skrip Tangisan Bulan Madu dan lain-lain skrip juga.

Terima kasih kerana memberi sokongan.



Nur Kasih adalah skrip drama asal oleh Mira Mustaffa.

lemonade said...

NUR KASIH sangat2 best..!!!

Unknown said...

cerita yang menarik...best sgt..

Anonymous said...

boleh tak buat CD atau novel cerita ni..plzzzzzzz..harap sgt2 dipertimbangkan.. --sojar

Maizura Mohd Ederis said...

Novel atau VCD/DVD bergantung kepada keputusan penerbitnya, Filmscape Sdn Bhd.

aidilx said...

Saudari boleh baca komen dan respon daripada peminat drama Nur Kasih ini diblog saya.

Rasanya pujian tersebut seharusnya disalurkan ke sini.

Faizal Sulaiman said...

tahniah kerana membawa seuatu yg berbeza dlm drama tempatan.

karya kabir bhatia memang sangat bagus!. saru telemovie beliau yg masih sy cari2 smp skunk adalah
"primadona" lakonan azean irdawaty.

sumpah citer tuh best gila!!!

kapten said...

Tahniah atas kejayaan group saudari dalam melahirkan drama-drama yang mcm ini. Saya ramai peminat drama ini. Tp sayang saya agak terlewat untuk mengikuti drama ini. tp sempat cover balik tgk online kat tv3...tahniah....teruskan usaha anda..

mashi said...

Saya berada di Christchurch. Baru last week diperkenalkan oleh seorang kawan. Husband saya telah download semua episod (1-7), dan kami sekeluarga menonton semua episod tersebut sekaligus. Anak saya yang berumur 8 tahun dan kurang mahir BM pun memberikan komen yang cukup positif. "This is the best drama ever, I think".

Terima kasih yang tak terhingga kerana menghasilkan sebuah drama yang begitu berkualiti.

Saya tidak sabar menunggu episod seterusnya lebih daripada ketidasabaran saya menunggu episod drama korea " Jewel in the palace" dan "full house".

Syabas!
Mas

Afira said...

Drama ni memang best ! Terima kasih di atas karya yg berkualiti..
Semoga dapat menghasilkan slot2 drama seperti ini pada masa akan datang. Inilah yang dinanti oleh penonton

cupcake75 said...

This is indeed the best drama in the history of Malay dramas in this country. Keep it up ladies! Very proud of you on the job well done...:-)

Hope to seeing more dramas like this or maybe even better than this...

hye_syaz said...

salam..sya pminat drama Nur Kasih..i hope crita ni dpat melahirkan novel yg jln cerita msti sama spti yg ddlam drama...tlg brbncang dgn pernerbit cerita ini..sbb sya rasa tak rugi untuk mghsilkan novel drama ini...kerana ia da kekuatan sendiri..

jiwacintaarchi said...

salam..sblm pape i just want to say, sy antara rakyat malaysia yg semakin kesian dgn drama melayu sekarang especially cerita2 yg tidak ada moral dan tujuan dan hanya mahu menunjukkan wanita bertempek makeup sekilo dan lelaki yang berperangai jijik..cthnya spa-Q. Tetapi drama Nur kasih tidak sama sekali sama dgn semua drama yang lain, ia memiliki nafas dan idea tersendri, cinematografinya juga cantik dan unik. Bukan itu saja, jalan ceritanya dan lakonan yang bersahaja sudah cukup mampu menyentuh hati penonton yang kian dahagakan drama sebagus ini diMalaysia. Keep it up!! tak cukup bintang sy nk bagi pd drama ini! superb!!

ps: seriously drama ini bukan dr novel? no wonder sy search around the bookstore takde yg sm jalan citer..kenapa tidak dijadikan novel jugak? mungkin lagi superb+brilliant!! ^_~

Anonymous said...

Baru mlm td saya berkesempatan tgk cite ni. Cite ni betul2 menyentuh hati saya. Tambah plak jalan cite hampir sama dgn hidup saya. Hidup sorg2 walaupun bersuami. Tp saya berkahwin atas dasar suka sama suka. Tiada paksaan. Lepas kawin dia berubah. Dia takde perempuan lain cuma lost lepas kawin. Dah hampir 3 thn usia perkahwinan kami tp keadaan masih sama. Saya harap dia berubah seperti Adam. Cuma harapan jgnlah ada benda2 buruk happen kat dia. Moga dia sedar saya adalah NurKasihnya. Aminnn....

-FAM-

Qaliff chello... said...

Salam,

Tahniah kerana berjaya hidupkan sebuah lagi drama melayu yang menarik.

Saya bukanlah antara individu yang setia menanti Nur Kasih di hadapan tv. Tetapi tiap kali berpeluang menonton saya agak terkilan kerana 1 jam tak cukup rasanya. Hehehe.

Saya amat berharap sekiranya Nur Kasih dapat di DVD dan di novel'kan. Rugi rasanya drama Nur Kasih (dan juga drama melayu yang hebat2) tidak dapat menjadi koleksi para peminat.

Anonymous said...

Salam..
Tahniah kepada semua yg terlibat dlm drama NUR KASIH ni.. Drama ni mmg best.. Yg pastinya sy akan ternanti2 ari jumaat stiap mggu hanya kerana drama ni..
Smoga semuanya terus berjaya..

Anonymous said...

Salam...Nur Kasih cerita terbaik kat M'sia!! xda bintang sy leh bg,speechless n superb story!...plz kuarkan dvd/vcd! nak bg anak cucu tgk uat pengajaran..hehe

Maizura Mohd Ederis said...

Terima kasih di atas semua yg memberi komen di ats. InsyaAllah penerbitnya akan mengeluarkan VCD kelak. Bagaimanapun, mungkin mereka tidak menerbitkan novel kerana menganggap ia bukan bidang yang mereka mahir.

Unknown said...

ultimate drama. plot setanding or even better than prison break. value & pengajaran - speechless.. pintu taubat dan kembali sentiasa ada. diperkenalkan kpd saya oleh housemate. Tahun nie tak pulang ke Malaysia...jadi hanya menonton dari UK. First time tgk online..available for 20 episodes. menonton dari pagi ke petang. Briliant !! gempaq ! Superb! and rasa dekat di hati coz I saya anak kelahiran tanjong karang..! familiar surrounding... am loving it!

Aidilx said...

salam

Kalau ada kesempatan bolehlah menjengok blog tak seberapa saya.Dah terlalu banyak komen tentang Nur Kasih sampai ada yang mintak drama ni dibukukan dlm bentuk novel.

Noor Hafizah said...

Assalamualaikum..salam ukhuwah

tertariknya saya terhadap drama ini menyebabkan drama ini saya jadikan sebagai bahan kajian untuk tesis saya. Saya merupakan pelajar tahun akhir mengucapkan ribuan terima kasih pada Cik Maizura serta Pn Mira Mustaffa kerana berjaya menghasilkan skrip yang saya kira ia adalah yang terbaik.

Saya beranggapan inilah merupakan drama dakwah yang sekiranya penulis tafsirkan adalah drama yang mampu menyeru amar makruf dan nahi mungkar.

Seperti mana Ustaz Zahazan ada memberitahu didalam suatu keratan akhbar bahawa drama sekarang ini sukar untuk mencari babak yang halal spenuhnya. Tetapi ia boleh dilakukan secara proses tadarruj iaitu secara berperingkat-peringkat dalam mendidik masyarakat.

Saya tahu bahawa penulis skrip bertegas bahawa drama ini bukanlah drama dakwah tetapi kehausan drama yang memberikan penekanan tentang Islam memberikan perspektif kuat kepada saya mahupun sahabat seperjuangan saya bahawa drama Nur kasih adalah drama dakwah yang kiranya saya maksudkan disini mampu menyeru amar makruf dan nahi mungkar...

Setidak-tidaknya drama ini mampu membawa pengaruh yang kuat untuk mengembalikan penonton kepada jalan yang berlandaskan Islam.

Saya mohon kebenaran daripada Cik Maizura untuk mengambil sedikit sebanyak fakta bagi melengkapkan tesis saya..

kata akhir dari saya semoga drama-drama seperti ini diperbanyakkan dalam saluran TV

Maizura Mohd Ederis said...

Hafizah,

Tks krn berminat jadikan NK sbg kajian tesis. Ya, saya izinkan petik mana-mana pendapat saya tentang NK yang terdapat dlm blog ini. Alhamdulillah.

Alif Amirul said...

salam..
drama nur kasih mmg yg terbaek..saya just nak bertanya..betul ke nur kasih akan difilemkan and kalau difilemkan, bila akan ditayangkan..saya harap komen saya akan dibalas :DD
and..saya berharap..siri drama nur kasih akan ditayangkan lagi (nur kasih 2 )..
itu sahaja..
have a happy day..

trimas! :DD

Maizura Mohd Ederis said...

Tks Aliff Amirul,

Ya filem NK akan menjalani pengambaran bulan hadapan dan ke panggung, InsyaAllah hujung tahun ini.

Setakat ini tidak ada NK 2.

Anonymous said...

Drama ni mmg sgt lain dari yang sbelum2 ni... bila tgok drama ni semula rasa puas.. ada perasaan macam baca novel... best sgt2!!!!

zuhairazamri said...

Assalam Cik/Puan Maizura.

2009 dulu saya cuma di Tingkatan 3 dan bersekolah di asrama penuh. tak ada tv, kalau ada pun, tak sempat tengok. tapi saya sempat menonton beberapa episod Nur Kasih ketika pulang bercuti di rumah. dan sekali lagi menontonnya ketika siaran ulangan tanpa iklan.

alhamdulillah. Nur Kasih merupakan drama yang kemas dan baik. Skripnya cukup dekat dengan penonton. sesungguhnya, drama yang baik adalah drama yang membuatkan penonton terdetik bahawa isu yang diketengahkan memang betul-betul wujud di dunia nyata.

Nur Kasih mencerminkan islamisasi yang indah. konsep kekeluargaan yang begitu dekat dalam masyarakat. tidak terlalu dramatik atau berlebih-lebih (exxagerate). unsur dan konflik yang dibawa begitu neutral dan relevan.

begitu saya terkesan dengan Nur Kasih ini hingga memberikan saya inspirasi untuk belajar dan cuba menulis. selain dalam penulisan, Nur Kasih juga meninggalkan kesan peribadi dalam diri.

Alhamdulillah. sudah 2015, sudah 6 tahun berlalu. saya masih mencari-cari waktu untuk terus ulang tonton Nur Kasih. Nur Kasih benar-benar mendewasakan saya.

terlalu banyak pengajaran dan pembuka mata dalam Nur Kasih. walau pun bukan drama dakwah, insyaAllah ada tempatnya dan ada ganjarannya untuk warkah indah ini yang sedayanya mendekatkan penontonnya kepada tuhan.