Monday, November 2, 2009

NUR KASIH...DARI LAYAR KECIL KE LAYAR BESAR

Berikutan sambutan terhadapnya, peminat telah meletakkan pelbagai harapan terhadap NUR KASIH. Ada yang mahukan DVD. Ada yang mahukan novel. Ada yang mahukan sekuel musim kedua. Manakala tidak kurang juga yang mahukan ia ke pawagam.
Beberapa minggu lalu Penerbit Eksekutifnya, Mohd Frank Lewis ada memberitahu saya secara 'tidak rasmi' bahawa pihaknya tidak berhasrat menerbitkan Nur Kasih dalam versi novel. Bagaimanapun, dalam bentuk DVD...mungkin ada.
Dan sekarang.... pengarah merangkap penerbitnya, Kabir Bhatia (lihat gambar), sudah pun membuat kenyataan rasmi bahawa akan ada sekuel untuk NUR KASIH. Apa pun sekuel itu bukan lah dalam bentuk musim kedua di televisyen sebagaimana kebiasaannya. Sebaliknya akan dibuat dalam bentuk filem, insyaAllah.
Baca perancangan lanjut pengarah ini dalam akhbar atas talian, MSTAR hari ini :
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/11/2/mstar_hiburan/20091101165047&sec=mstar_hiburan

4 comments:

Ajami Hashim said...

Yay!!!

:-)

Hafiz Beckham said...

walao. saya tak sabar nk tgk filem pulak even drama pun belom habis lagi nih. so bila filem nur kasih nih maizura? u tulis skrip jugak ke utk nur kasih the movie nih? saya betol2 harap akan ada filem utk nur kasih nih. kalau boleh imbas skit masa adam ngan nur gaduh2 dulu zaman mula2 kawin sbeleum cerita bersambung lepas episod 26 tue.. huhu

Maizura Mohd Ederis said...

Pasal filem ni tak tahu nak cakap bila. Dan tak pasti samada saya akan dipanggil lagi atau tidak oleh penerbit.

Hafiz Beckham said...

kalau boleh maizura try la jadi penulis skrip lagi, skrip2 pada setiap episod drama nur kasih mmg best. me my friend here awis duk hafal skrip2 nie.. mmg best sgt. kdg2 ringkas je, kdg2 ada bunga2.. mmg menarik. harap kali ni utk filem maizura n mariana n mira bergabung tenaga lah utk filem terhebat pernah akan dilahirkan dari industri kita -Nur Kasih The Movie!! cant wait..!!