Tuesday, March 9, 2010

NASIB PENULIS SKRIP....LAGI KES CIPLAK...!!

Pada minggu sambutan Maulidur Rasul yang lepas, saya terkejut melihat satu telemovie berunsur Islami di satu saluran TV. Melihat tajuk dan promo, saya yakin itu karya si R yang saya kenal. Malahan saya pernah membantu R 'menjual' kertas cadangan drama berkenaan kepada penerbit A. Malangnya tidak diterima atas alasan idea itu kurang komersil.
R merupakan graduan sekolah filem dan terbabit sebagai pengurus produksi sejak tamat belajar, kira-kira lima tahun lalu. Pada masa yang sama, R juga menulis skrip.
Bagaimanapun, sebaik kredit pembukaan tertera di kaca TV, saya dapati nama penulisnya amat berlainan. Saya terus SMS kepadanya. Segera dia menelefon kembali dan mengakui bahawa hasil ideanya itu
"SUDAH KENA REMBAT...!!".
R meminta nasihat saya, apa perlu dilakukannya. Saya bertanya adakah dia menjadi ahli kepada mana-mana persatuan. Katanya, dia ahli Persatuan Pekerja-Pekerja Filem Malaysia (PPPFM) yang sekarang digelar sebagai PROFIMA. Saya sarankan beliau mengadu kepada Profima dan lihat apa tindakan persatuan itu dalam menangani kes seumpama ini.
Sampai sekarang, belum ada maklum balas dari R.
Apa pun, ini bukan lah kes luar biasa. Sebaliknya berlaku dengan berleluasa di dalam industri kita. Soalnya,
APAKAH TINDAKAN KITA?
Adakah mencukupi dengan memberitahu kawan-kawan dan mereka membalasnya dengan kata-kata seperti,
"Sabar lah. Aku pun pernah kena dulu."
Atau ada tindakan lain yang lebih proaktif demi membela kebajikan penulis skrip?
Soalan ini ditujukan buat semua pihak yang prihatin terhadap golongan penulis. Tidak kira lah samada mereka itu pemimpin persatuan, ahli biasa atau tidak berpersatuan. Berbalik kepada telemovie berkenaan, tidak ada maknanya ia dihasilkan sempena meraikan kelahiran nabi Muhammad SAW yang kita kasihi, kalau terdapat penyelewengan dan penganiayaan dalam perlaksanaan drama berkenaan.

4 comments:

rusliesophian said...

Salam,
Dalam kes ciplak ni saya rasa ada baiknya diumumkan siapa produser itu supaya semua orang tahu.
Seperti mana saya kena 'kencing' oleh Suar Channel, saya nyatakan terang2 dlm blog saya.
Sudah sampai masanya kita semua bersatu dalam menangani isu ciplak ini.

Anonymous said...

101% Setuju!

umumkan sahaja, nama rumah produksi, producer dan penulis yang menciplak. juga catatkan sekali nama penulis yang diciplak.

Takut apa ya...?

ikhlas,
Penchinta Ruang Gelap.

Maizura Mohd Ederis said...

Terima kasih abang ruslie dan pencinta ruang gelap kerana memberi komen.

Buat masa ini R sedang sibuk dengan pengambaran dan sedang memikirkan samada mahu mendedahkannya atau tidak.

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

benar,seperti yang ditanyakan juga oleh Abg Mazelan Manan lewat pertemuan kita dahulu..hebahkan produksinya,penerbitnya dan penulis yang menciplak..

Untuk R,semoga saya yang masih 'kecil' ini tidak mengalami nasib yang serupa seperti anda. Namun nasib anda,tempiasnya luka pada semua penulis skrip drama Malaysia.