Saturday, March 13, 2010

MELAHIRKAN "TUDUNG EKSPRES"

Cara orang Amerika bercakap memang kasar. Sebagai contoh, bagi sesebuah konsep yang memakan masa panjang untuk dibangunkan, Hollywood menggelarnya Development Hell (dengan izin). Ada sesetengah konsep mengambil masa antara 5-10 tahun untuk dibangunkan. Ada di antaranya yang akhirnya berjaya menjadi karya besar dan hebat. Dan ada yang gagal apabila ia akhirnya tersiar. Malahan ada yang langsung terbengkalai setelah banyak masa, wang dan tenaga dilaburkan untuknya. Lazimnya proses yang panjang ini melibatkan pertukaran beberapa penulis yang silih berganti.
Bagaimanapun, situasi ini tidak berlaku di negara kita. Sesuatu konsep hanya mengambil masa beberapa bulan untuk dibangunkan. Seorang eksekutif asing yang berpengalaman bekerja di BBC, terkejut bila diminta oleh pihak pengurusan atasannya di negara ini untuk membangunkan sebuah program TV dalam masa enam bulan. Katanya, pihak stesyen di negara asalnya, mengambil masa kira-kira dua tahun untuk membangunkan sesebuah program.
Apa pun, TUDUNG EKSPRES adalah konsep yang paling lama untuk dibangunkan. Saya mendapat panggilan daripada pihak stesyen tentang konsep ini pada hujung 2008. Bagaimanapun, konsep ini terpaksa melalui perbincangan demi perbincangan di sepanjang 2009. Hanya pada bulan lalu (2010), baru lah sebuah syarikat antarabangsa yang sudah lama bertapak di Malaysia, memberi kata putus untuk menaja siri ini.
TUDUNG EKSPRES akan diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd dan diarahkan oleh Faisal Ishak. Penulisan skrip dibantu oleh Ayuni Zamni. InsyaAllah akan tersiar di Astro Prima (saluran 105) mulai 8 Julai ini.
Ya, akhirnyaaaaaaa….

3 comments:

Bukan Sepet said...

Cheh, mati mati aku ingat Kak Long nak bisnes tudung tadi!

"Tudung Maizura."

Sedap gak nama tu.
Boleh celen tudung farida ni...

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

Tahniah Kak Mai,akhirnya...

Tahniah juga buat Ayuni..

Anonymous said...

Tahniah, puan sudah mencapai ke satu tahap yang boleh diketegorikan 'prolifik' dalam menulis.

Adakah Puan awal-awal lagi menetapkan bayaran yang dikehendaki diatas kerja-kerja yang Puan lakukan selama ini?

Jika ya. adakah pihak pernerbit bersetuju dengan bayaran tersebut?

Sejauh mana puan menentapkan bayaran itu dilakukan, berdasarkan kerja-kerja yang dilakuakan? ( memandangkan ini kerja-kerja yang mengambil masa lama dari segi pembinaan idea)

Fikr saya jika perkara ini dapat dikongsi bersama penulis, maka perjuangan tentang bayaran itu akan lebih jelas.

ikhlas,
Penchinta Ruang Gelap.