Thursday, April 1, 2010

DIALOG PUNCAK PERDANA...DRAMA RANTAIAN & GRADUAN SEKOLAH FILEM

Dialog Puncak Perdana anjuran Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA), UiTM memang kerap di adakan di kampus Puncak Perdana. Acara itu menampilkan panel jemputan dalam pelbagai topik. Semalam, giliran saya bersama Mariana Hashim dan Wan Maimunah diundang berbicara tentang “Penulisan Skrip Drama TV Bersiri Rantaian”. Ketika ditanya tentang senario drama rantaian, jawapan saya :
“Pasaran untuk drama rantaian memang besar berbanding telemovie atau filem. Bagaimanapun, kekurangan pengkarya (atau disebut juga sebagai ‘talent’) menyebabkan kualiti drama rantaian menjadi kurang memuaskan”.
Sebaik menyebut kekurangan pengkarya, timbul persoalan di kalangan penonton, lebih kurang begini :
“TEKA (termasuk sekolah filem yang lain) melahirkan ramai graduan, kenapa industri kita masih kekurangan pengkarya? Dan kenapa graduan ini tidak diberi peluang berkarya di TV kita?”
Soalan ini lebih banyak dijawab oleh Mariana Hashim. Sebagai penerbit, beliau banyak mengambil graduan bekerja di syarikatnya. Namun mendapati mereka tidak mempunyai sikap (attitude) yang tepat, daya tahan (perserverance) dan minat yang membara (passion) untuk membolehkan mereka masuk ke dalam industri. Sementara itu,
Wan Maimunah berkata ada sesetengah penulis skrip tidak memberikan perwatakan yang cukup kuat di dalam skrip. Ini menyebabkan beliau terpaksa membuat kerja lebih untuk membina sendiri watak itu, berdasarkan kefahaman dan pengalamannya. Inisiatif ini diambil atas tanggungjawab untuk mempastikan hasil yang baik di televisyen.
Selain itu, saya turut membangkitkan isu antara nilai komersil dan nilai artistik. Ini berdasarkan pengalaman saya menerima kertas cadangan konsep daripada segelintir graduan atau yang masih bergelar pelajar untuk diserahkan kepada penerbit. Kebanyakannya tidak menepati nilai-nilai komersil yang dikehendaki stesyen TV. Saranan saya, agar mereka mematuhi kehendak stesyen TV jika mahu masuk ke dalam industri. Ini lebih baik daripada “berasa kecewa” dan “menyalahkan sistem” seperti yang pernah saya alami di peringkat awal dahulu. Dan merumuskan bahawa :
"Bekerja untuk televisyen lebih kepada menghasilkan produk, bukannya berkarya".
Mungkin ini yang tidak difahami oleh graduan (atau pelajar) yang mahu terbabit di sektor televisyen.
Dialog diusahakan oleh Ketua Program Penulisan Kreatif, Puan Norlela Ismail yang juga menjadi moderator sesi berkenaan. Turut hadir ialah Timbalan Dekan, Dr Mahadi J Murat. Sekadar makluman, TEKA pada masa ini diterajui oleh Dr Hatta Azad Khan sebagai Dekan.
Keterangan gambar : Dari kiri Wan Maimunah, Mariana, Maizura dan Norlela.

5 comments:

KatANoTA said...

terima kasih puan kerana sudi datang ke tempat kami..saya rasa berbangga dengan kerjasama yang puan berikan..semoga lain kali kita dapat membincangkan dengan lebih mendalam tentang penulisan skrip ini..

em.. said...

salam kak mai skadar pendapat..kebanyakkn graduaan filem yang dilahirkan.. mereka tlah mengexplore kebeberapa kemahiran yang pelbagai...tdak fokus pada satu jadi adakalanya membuatkan hala tuju pelajar menjadi tidak tentu dan beserabut...krna dlm pembuatan film terdiri dari bnyk part...cth teknikal/ crew teknikal d lokasi film,management film,film creavtive dan lain2...jadi plajar kena pandai memilih...ada d antara mereka mempunyai idea kreatif sesebuah cerita ttp mereka tidak dapat menyampaikan krana tiada kemahiran sprt menulis skrip..satu kelebihan pd mereka yang belajar dalam dunia penulisan..dan sbg pelajar mereka mesti pandai mengatur cita2.mrkterus belajar walaupun dah jd graduan film...bersaing dgn org dlm industri yang..ada dkalangan mrk bukan dr mana2 institusi film..ttp kelulsan mrk hanaylah spm atau bwh drpd itu...

Maizura Mohd Ederis said...

InsyaAllah Ijat.

Em, betul...graduan kena tahu apa yang mereka paling suka. Nak jadi penulis skrip? Atau krew filem? Yang saya nampak ramai yang lebih suka jadi krew filem. Mungkin kerana pekerjaan itu lebih glamor...dapat duduk di set. Manakala penulis skrip hanya duduk di rumah, di depan komputer.

Anonymous said...

puan mai, saya pelajar uitm program penulisan. saya juga menghadiri sesi dialog ini. sebagai seorang pelajar dalam penulisan skrip saya mempunyai masalah untuk mengembang cerita skrip saya. Saya ada idea, dah buat sinopsis dan pensayarah juga ada mengatakan idea itu baik dan ada potensi untuk dijadikan filem (jika baik dari aspek pembikinannya). Bila saya rangka plot dh ada, bila nak kembangkan dia jadi lain pulak. Sampai saya kadang-kadang jadi blur & malas nak menaip menyiapkan skrip. Mood pulak dah takder. Saya bercita-cita untuk menghasilkan skrip dan filem saya sendiri. Sebab itu saya memilih untuk keluar dr persekitaran business studies (form 6) ke ijazah program penulisan. saya nak tahu, perlu atau tidak seorang penulis mengetahui shot2 filem. Sebab masalah saya yang paling besar adlh untuk menentukan plot dengan shot untuk kamera. Dah lama saya memikirkan hal ini. Saya cuba meminta saranan daripada beberapa orang pensyarah sblm ini. Saranan mereka bgs, tapi masalah saya tidak selesai. Saya rasa geram dengan diri saya sendiri kerana tak mampu berbuat apa2 dalam hal ini So, saya nak mintak pandangan daripada puan. harapan saya puan dpt membantu saya. sekian,trimas.

Maizura Mohd Ederis said...

Anon,

Saya mempunyai pandangan yang berbeza tentang camera work. Saya menulis skrip dengan tidak peduli sangat pada camera work. Tetapi bila pengarah baca skrip saya, dia komen begini :

"i see a lot of visual on your script."

Sebenarnya saya tidak tulis camera shot, tetapi menerangkan apa yang penonton patut nampak seperti yang saya nampak dalam kepala saya.

Cth :

EXT. HALAMAN SURAU.SIANG
Kita nampak sekumpulan budak-budak sekolah berbaju merah putih (baju sekolah KAFA) mengekori ustazah Fatimah.

Bila pengarah baca keterangan (description) ini terpulang pada dia lah macam nak ambil gambarnya.

Untuk menyelesaikan masalah sdr, cuba abaikan shot tetapi tumpukan kepada apa yang hendak diceritakan. Iaitu apa yang sdr nampak dalam kepala sdr. Tulis lah visual dlm kepala itu dalam bentuk keterangan aksi dan dialog.

Ya, memang betul ada konsep yang bagus tapi bila dipindahkan dari sinopsis ke skrip ia jadi tidak sebagus konsep (sinopsis).

Salah satu hasil kerja saya sendiri pernah dikomen seperti ini :

"konsep gempak tapi skrip hancur." Ini memang pernah berlaku. Cuma kalau selalu berlaku, seorang penulis itu perlu lah belajar dan belajar lagi. Skrip sebenarnya melibatkan latihan. Sebab itu skrip orang yang berpengalaman selalunya lebih kemas kerana mereka ada cukup latihan...kadang-kadang tu sampai 10 atau 20 tahun. Orang baru tentunya kurang latihan. Tapi kadang2 bakat memvisualkan sesuatu di atas kertas oleh penulis baru mampu mengatasi pengalaman penulis lama. Sebab itu lah sekali sekala kita pernah lihat muncul beberapa karya penulis baru memang lebih hebat dari penulis lama. Dlm kes ini, jelas lah bakat yang memain peranan, bukan lagi latihan. Bakat maksudnya 'bakat menterjemahkan visual-visual dalam kepala ke kertas dalam bentuk lakon layar.'

Saya harap saya menjawab pertanyaan saudara.