Wednesday, December 8, 2010

"TEH O AIS LIMAU".....TELEMOVIE KHAS DI TV9

Sepanjang Disember ini, TV9 mengadakan kempen istimewa bagi menarik penonton mengikuti saluran berkenaan. Sasarannya satu juta penonton pada waktu perdana [prime time] iaitu daripada pukul 9 malam hingga 11 malam. Begitu lah kata Ketua Pengurusan Jenama Kumpulan TV9, Feisal Abd Malik dalam sidang media baru-baru ini. Antara usaha itu ialah menyiarkan lima telemovie khas setiap minggu, pada Rabu, jam 10.30 malam.
Telemovie nukilan saya, berjudul ”TEH O AIS LIMAU” telah terpilih untuk mengisi slot berkenaan. Idea asal Khairul Aswad Ramli, arahan Along Kamaluddin. Ia tentang seorang pemuda yang bercita-cita besar. Tetapi gagal mencapainya ekoran sikapnya yang pemalas, hanya hebat dari segi percakapan, sedangkan perlaksanaannya, hampeh! Falsafah cintanya juga hebat, tapi itu sekadar falsafah, sedangkan hubungan dengan kekasihnya tidak pernah berkesudahan.
Telemovie lain yang mengisi kempen hujung tahun ini, seperti Aku, Kau dan Dia (1 Disember, 10.30 malam) , Duda Berhias (15 Disember, 10.30 malam), Haruskah Aku Mati (22 Disember, 10.30 malam) dan 5 Disember (29 Disember, 9.30 malam).
Sewaktu dipanggil untuk kempen ini, saya diberitahu oleh eksekutifnya bahawa TV9 yang pada mulanya menyasarkan golongan matang dan berilmu, kini berubah haluan kepada golongan muda pula yang dikategorikan sebagai "young mass market".
Atas dasar itu, lahir lah TEH O AIS LIMAU, sebuah genre komedi romantik yang cuba memberitahu secara santai tentang impian golongan muda dan tatacara berpacaran mengikut adab Melayu Islam. Lagu latarnya, "KALAU BERPACARAN" oleh Sohaimi Mior Hassan, Ana Rafali dan Altimet
Jangan lupa, TEH O AIS LIMAU, malam ini, Rabu, 8 Disember, jam 10.30 malam di TV9...!!

6 comments:

Anonymous said...

melihatkan idea2 yang bernas dari kekanda2 otai.. saya bersemangat.. tapi kadang2 terpikir juga.. mampukah saya sampai ke puncak itu.. walaupun harapan tinggi menggunung..

khaiza said...

tgh menonton...nampak menarik..lebih2 lagi ade zulhuzaimi :D

zanna said...

Semalam menonton terpaku dengan gelagat zulhuzaimy yang ternyata mampu menghidupkan sesebuah watak... SYABAS

Teratakerapung said...

Menarik! kerana 'teh o'

Anonymous said...

purata sebulan, rakyat malaysia memakan mee segera maggi sebanyak 43 bungkus...

Maizura Mohd Ederis said...

Tks semua yg menonton!