Wednesday, December 5, 2012

CINTA DARI SYURGA... 8 DISEMBER, 10 MLM, TV3

Naskah telemovie ini pada asalnya dicadangkan untuk slot Maal Hijrah pada 15 November 2012. Bagaimanapun, disebabkan kesuntukan masa, lantaran pihak stesyen memintanya pada saat akhir, ia tidak sempat disiapkan tepat pada waktunya. Justeru, pihak TV3 menunda ke tarikh 8 Disember 2012 iaitu di Slot Cerekarama yang bersiaran setiap Sabtu, jam 10 malam.

Kisah ini bermula dengan idea asal dari Nurull Halawati Haron, seorang novelis dan juga penulis skrip yang dikenali melalui karya, Stanza Cinta lakonan Aaron Aziz pada 2011. Kisah ini dikembangkan lagi dalam bentuk skrip oleh saya, dengan beberapa permintaan dan cadangan daripada pihak stesyen juga.

Telemovie ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dan diterbitkan oleh Jalena Rejab dari Primeworks Studio a.k.a. Grand Brilliance Sdn Bhd. Pelakonnya terdiri daripada Fauziah Ghaous dan Anzalna.

Selamat menonton....

5 comments:

Jue said...

Memang terbaik....
tahniah...

Maizura said...



Terima kasih Jue!

marina said...

saya enjoy menontonnya....ada ketegasan di sebalik kelembutan....tahniah

Jejaka Sunyi said...

Assalam puan...

cerita ini memang terbaik...
saya dan kawan-kawan saya enjoy menonton drama ini..
boleh saya tahu judul lagu yang dimainkan sepanjang drama ini??

Maizura Mohd Ederis said...



Waalaikumsalam Muhammad Syazwan,

Terima kasih kerana menonton.

Tentang lagu, saya kurang pasti. Rasanya kena check balik pada kredit title di hujung cerita.

Nanti saya letak link utk video Cinta Dari Syurga dalam blog ini.