Thursday, December 27, 2012
Tuesday, December 25, 2012
HANYA PADA MU...MULAI 28 DIS, 9 MLM, TV3
Drama rantaian Hanya Pada Mu akan menemui penonton setiap minggu mulai Jumaat ini, 28 Disember, jam 9 malam, di TV3. Ini sebuah lagi terbitan Filmscape Sdn Bhd yang sebelum ini pernah membolot kategori Drama Rantaian di Anugerah Skrin selama tiga tahun berturut-turut melalui Kekasih Ku Seru, Nur Kasih dan Juvana.
Hanya Pada Mu ditulis oleh saya dan diarahkan oleh Faisal Ishak. Pelakonnya terdiri daripada Beto Kusyairi, Zahiril Adzim, Nazeera Sardi dan Emelda Rosmila. Mohd Frank Lewis, Siti Marzuliana dan Shasha Yusof selaku Penerbit Eksekutif. Manakala lagu latar bertajuk "Aku Yang Berdosa" nyanyian Shahir AF8.
Drama ini menggantikan Runtun Qalbu yang tamat siarannya pada Jumaat lalu. Beberapa minggu sebelum ia berakhir, Runtun Qalbu mendapat rating sekitar 1.5 juta.
Maklumat lanjut tentang drama ini boleh dilihat di forum Malaycari.com.
Jangan lupa temujanji kalian Jumaat ini, ya!

Labels:
HANYA PADA-MU,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS,
TV3
Saturday, December 22, 2012
JANGAN TAKUT FILEM TAK LAKU - KATA GARIN NUGROHO DI FINAS
Sutradara tersohor Indonesia, Garin Nugroho Riyanto , 51, berpesan, jangan takut sekiranya filem yang dihasilkan itu tidak dapat memikat penonton.
Memandangkan pembikinan filem boleh jadi untuk tujuan lain yang lebih baik, yakni mendidik masyarakat.
Hampir kebanyakan filem karya Garin membawa tema yang pelbagai
seperti politik, kenegaraan, keagamaan, kemanusiaan, kebudayaan, sosial dan
kemasyarakatan.
Dalam Master Class yang dikendalikannya di Finas, Hulu
Kelang, beliau menerangkan tujuan membuat filem boleh di bahagikan kepada tiga
iaitu :
1. Penemuan dari segi artistik, teknologi atau nilai
[Discovery]
2. Pendidikan dari segi sosial, politik dan budaya
[Education]
3. Pulangan kewangan samada jualan tiket di pawagam atau
menarik sumber dana daripada organisasi. [Economy]
Filem yang baik adalah yang merangkumi ketiga-tiga di atas,
atau salah satu daripadanya. Manakala filem yang buruk ialah filem yang tiada
ketiga-tiganya.
Peserta Master Class berkesempatan menonton buah tangan
terbaharu beliau, Mata Tertutup yang akan terbit pada tahun hadapan. Filem ini dibiayai oleh pertubuhan Islam,
Muhammadiyah, bertujuan menerangkan bahaya fahaman radikal yang melanda
golongan muda terpelajar Indonesia. Ia
telah pun ditayangkan di sekolah-sekolah menengah untuk tujuan pendidikan. Bagi
Garin, isu ini sukar diterangkan kepada golongan muda melalui seminar-seminar.
Justeru, pembikinannya untuk kelumpuk sasaran amat bertepatan pada masanya.
Peserta juga menonton Opera Jawa [2006] yang dalam kategori
"artistic discovery"; Rindu Kami Pada Mu [2004], sebuah filem agama yang
lain dari lain [tidak klise]; dan Aku
Ingin Mencium Mu Sekali Sahaja [2002] tentang usaha-usaha ke arah perdamaian di daerah
krisis Papua, Indonesia [Dikenali juga
sebagai Irian Jaya].
Hanya satu sahaja filemnya yang dibiayai oleh
industri perfileman Indonesia [disebut juga sebagai "studio"] iaitu Cinta Dalam Sepotong Roti. Filem ini
merupakan filem pertama beliau yang dihasilkan pada 1991. Selepas itu, kesemua filemnya berbentuk
"personal" dan mendapat pembiayaan daripada dana pertubuhan amal
[NGO] atau syarikat swasta di bawah program Corporate Social Responsibility
[CSR].
Atas dasar itu, Garin memberitahu ada tiga jenis sutradara :
1. Sutradara 'Studio' - yang menghasilkan filem-filem untuk
syarikat produksi dalam industri perfileman. [Ramai
pengarah dalam kategori ini]
2. Sutradara 'Produser' - yang menghasilkan filem-filem
terbitan sendiri dan bebas/indipendent atau 'Indie'. [Antara yang terkenal di
Indonesia adalah Riri Riza dan Mira Lesmana]
3. Sutradara 'Personal' - yang menghasilkan filem-filem
berdasarkan isu-isu tertentu yang dekat di hati, untuk sesuatu misi, dengan mencari sendiri
pembiayaannya.
Garin mengatakan beliau berada dalam kelumpuk ketiga -
personal.
Kira-kira 25 peserta menimba ilmu selama lima hari dalam
Master Class anjuran Finas dengan kerjasama Persatuan Pengarah Filem Malaysia
[FDAM] ini. Mereka terdiri daripada pengarah, penerbit, penulis skrip, pelakon
dan ahli akademik yang aktif dalam industri filem dan drama tempatan.
Sebelum kelas bermula, satu Apresiasi Filem diadakan untuk
membicarakan tentang Soegija, filem Garin pada tahun ini, yang mengundang
kontroversi dan laris di pawagam. Ia tentang perjuangan seorang paderi
katolik yang juga anak tempatan, di tengah-tengah krisis penjajahan Belanda dan
Jepun ke atas Indonesia, antara 1940 hingga 1949, sehingga lah Indonesia mencapai kemerdekaan.
Filem lain yang juga mendapat perhatian seperti Puisi Yang Tak Terkuburkan, Bulan Tersusuk Lalang, Surat Untuk Bidadari dan Daun Di Atas Bantal. Beliau juga pernah memenangi anugerah di arena antarabangsa seperti di Asia Pacific Film Festival, Tokyo International Film Festival, Berlin International Filem Festival dan lain-lain.

Sunday, December 16, 2012
Cinta Dari Syurga meraih 1.9 juta penonton
Slot Cerekarama yang menyiarkan telemovie tulisan saya, Cinta Dari Syurga, mendapat 1.9 juta penonton. Walaupun tidak mencecah 2 juta lebih seperti telemovie saya tahun lepas, jumlah ini menurut seorang penerbit, adalah tinggi. Ini secara perbandingan dengan slot-slot drama Melayu yang lain yang bersiaran sejak kebelakangan ini.
Telemovie dalam slot yang sama pada minggu sebelumnya. Atas Cinta Bawah Cinta, mendapat 1 juta sahaja akibat perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki antara pasukan Malaysia dengan pasukan Indonesia di RTM. Memang drama Melayu akan kalah setiap kali bertembung dengan bola sepak. Tahun lepas, skrip tulisan saya, Jalan Songsang, turut tidak bernasib baik. Hanya mendapat 1.1 juta setelah bertembung dengan perlawanan akhir Piala Malaysia di RTM. Seorang rakan penulis, Zaini Kosnin, juga mendapat nasib yang sama melalui Anakku Ghazali, sebuah telemovie di Slot Skrin, TV9. Slot ini bersiaran setiap Rabu, jam 8.30 malam, juga bertembung dengan Piala AFF Suzuki 2012.
Apa pun, yang penting bukan lah rating. Sepatutnya yang diukur ialah sejauh mana sesebuah karya memberi manafaat kepada penonton. Alhamdulillah, kebanyakan penonton mengulas di blog dan Facebook, mengatakan Cinta Dari Syurga telah memberi teladan dan pengajaran kepada mereka.

Tuesday, December 11, 2012
Sunday, December 9, 2012
"HANYA PADA-MU" DALAM HARIAN METRO 5 DISEMBER 2012
ARMAN SAID ibarat
seorang pelajar yang sedang mengikuti kelas psikologi. Dia hanya terdiam
seketika tatkala seorang guru, Adawiyah, berbicara di depannya mengenai hidup
dan hakikat fitrah manusia lahir ke dunia ini.
Setiap tutur kata dan
perumpamaan digambarkan Adawiyah membuat Arman jadi kagum. Jiwa memberontak
yang wujud dalam dirinya kembali tenang. Watak Adawiyah lakonan pelakon baru,
Nazeera Sardi digambarkan sebagai seorang wanita bersopan-santun.
Sikap lemah-lembut
dan ketenangan dirinya tetap kental sekalipun pernah memiliki pengalaman pahit
dibenci dan didera secara mental oleh ibu saudaranya sendiri.
Ketika itu
juga, Arman lakonan Beto Kusyairy kembali teringat kenangan lalu.
Baca selanjutnya dalam artikel di Harian Metro :
myMetro | Borak Lokasi: Bagan Lalang terapi jiwa kacau
myMetro | Borak Lokasi: Bagan Lalang terapi jiwa kacau
Labels:
HANYA PADA-MU,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS,
TV3
Wednesday, December 5, 2012
CINTA DARI SYURGA... 8 DISEMBER, 10 MLM, TV3
Naskah telemovie ini pada asalnya dicadangkan untuk slot Maal Hijrah pada 15 November 2012. Bagaimanapun, disebabkan kesuntukan masa, lantaran pihak stesyen memintanya pada saat akhir, ia tidak sempat disiapkan tepat pada waktunya. Justeru, pihak TV3 menunda ke tarikh 8 Disember 2012 iaitu di Slot Cerekarama yang bersiaran setiap Sabtu, jam 10 malam.
Kisah ini bermula dengan idea asal dari Nurull Halawati Haron, seorang novelis dan juga penulis skrip yang dikenali melalui karya, Stanza Cinta lakonan Aaron Aziz pada 2011. Kisah ini dikembangkan lagi dalam bentuk skrip oleh saya, dengan beberapa permintaan dan cadangan daripada pihak stesyen juga.
Telemovie ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dan diterbitkan oleh Jalena Rejab dari Primeworks Studio a.k.a. Grand Brilliance Sdn Bhd. Pelakonnya terdiri daripada Fauziah Ghaous dan Anzalna.
Selamat menonton....

Wednesday, November 21, 2012
PERMOHONAN BANK SKRIP MASIH TERBUKA
Projek Bank Skrip tajaan kerajaan masih terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat menghantar cadangan karya masing-masing untuk dinilai. Selain idea/konsep asal daripada pemohon, boleh juga menghantar karya adaptasi daripada medium lain seperti novel atau cerpen, dengan syarat dilampirkan bersama surat kebenaran daripada pemilik karya asal a.k.a. pemegang hakcipta. Skrip yang pernah memenangi pertandingan sebelum ini, tetapi belum pernah diterbit ke filem atau drama TV, juga layak memohon. Selain orang perseorangan atau berkumpulan, penyertaan turut dibuka kepada syarikat produksi tempatan.
Cadangan yang akan diterima adalah dalam kategori filem cereka [atau filem animasi]; drama bersiri [atau drama bersiri animasi]; atau telemovie.
Bank Skrip akan memilih 10 tajuk untuk filem; 22 tajuk untuk telemovie; 8 tajuk untuk drama bersiri 30 minit x 13 episod; dan 10 tajuk untuk siri mini 4 episod x 60 minit.
Jawatankuasa projek ini dinamakan Majlis Kandungan Kreatif Filem dan Skrip Televisyen [Film & TV Script Creative Content Council] atau ringkasnya, FTSCCC. Ia digerakkan melalui Dasar Industri Kreatif Negara [DIKN], di bawah Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi [KPKK]. Antara agensi yang terlibat sebagai jawatankuasanya ialah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia [Finas], Radio Televisyen Malaysia [RTM] dan Multimedia Development Corporation Sdn Bhd [MDeC].
Selain agensi kerajaan yang berkaitan, persatuan-persatuan dan beberapa penggiat dalam industri filem dan drama televisyen seperti penulis skrip, pengarah, ahli akademik dan penerbit, turut dilantik sebagai ahli majlis ini.
Untuk maklumat lanjut seperti syarat-syarat penyertaan dan alamat penghantaran, sila klik ke link berikut :
http://www.industrikreatif.gov.my/komuniti
atau boleh muat turun borang melalui link di bawah :
http:// www.industrikreatif.gov.my/ permohonan-bank-skrip
[Lihat entri sebelum ini tentang BANK SKRIP]

http://
[Lihat entri sebelum ini tentang BANK SKRIP]
Wednesday, November 14, 2012
Istanbul Aku Datang..."Best..lain dari lain".
Pada hari Deepavali semalam, saya membawa anak yang berusia
tujuh tahun ke kelas renang di Sealantis Dive Centre. Pusat menyelam itu terletak dalam kompleks
membeli belah One Utama, Bandar Utama, Selangor. Malangnya tersalah masa. Kelas sepatutnya jam
empat petang, tetapi jam satu tengahari kami sudah tiba di sana.
Bagi mengisi masa menunggu yang agak lama, kakaknya bersama
dua rakan sebaya mahu menonton wayang. Saya berikan wang dan sarankan Istanbul
Aku Datang. Namun, tidak beriya menyuruhnya kerana faham mereka adalah golongan
remaja perempuan yang tidak gemar filem
tempatan a.k.a. filem Melayu.
Kami berpisah....
Tiga jam kemudian, kami bertemu semula di Sealantis Dive
Centre. Rupanya mereka menonton juga Istanbul Aku Datang. Komen mereka,
"Best. Filem Melayu yang lain dari lain."
Pengalaman menonton Istanbul Aku Datang mungkin menjadi
pengalaman baharu buat kumpulan remaja berkenaan yang selama ini tidak menonton
filem berbahasa Melayu di panggung. Mungkin tontonan hanya berdasarkan
filem-filem yang tersiar di televisyen pada Hari Raya Puasa. [Ya,
kebanyakan golongan dewasa yang saya kenal juga menonton filem Melayu sepintas
lalu pada hari raya di televisyen dan mereka memberi komen berdasarkan tontonan berkenaan semata-mata]
Bagi saya, untuk mempromosi filem tempatan yang baik sama
sukarnya dengan mempromosi kereta tempatan kepada lelaki yang ada duit lebih
atau kosmetik tempatan kepada wanita. Bukan mereka tidak patriotik, bukan tidak
cintakan barang buatan Malaysia. Bagaimana hendak membeli Barangan Buatan
Malaysia, kalau mereka tidak boleh
bertolak ansur dalam soal kualiti?
Saya belum lagi menonton Istanbul Aku Datang... tetapi saya ada membeli
kosmetik SimpliSiti.... [haha... ini
bukan nak bodek sebab saya tidak pernah ada job dengan Siti Nurhaliza atau dengan syarikat
kakak iparnya, Zaiton Md Jiwa]
Monday, November 12, 2012
ANUGERAH SKRIN 2012.... SATU ULASAN
Anugerah Skrin [ASK] 2012 baru saja berlalu. Namun, acara berprestij itu tercalar dengan persembahan yang membosankan, walaupun konsepnya bagus. Bagi penggiat filem dan drama, agak mengecewakan apabila penat lelah bekerja selama setahun diraikan dalam majlis yang agak meleret persembahannya. Apatah lagi apabila ada dialog yang menghina hukum agama diucapkan oleh sepasang "Mega-Star " tempatan yang naik ke pentas untuk menyampaikan tropi kepada pemenang.
Selain itu, ada juga calon yang tidak mendapat undangan,
antaranya Martias Mohd Ali yang berjaya ke pusingan akhir - Lima Terbaik [Top 5] untuk kategori Lakon Layar [Skrip] melalui filem Libas. Sementara itu, penulis Shahriman Wahap hadir atas jemputan Tayangan Unggul Sdn Bhd, berdasarkan filem tulisannya, Hoorey Hoorey yang diterbitkan oleh syarikat itu. Biarpun sebuah lagi filemnya, 7 Petala Cinta tercalon dalam Top 5, beliau tidak mendapat apa-apa makluman daripada penerbitnya, MIG. Penulis cerita
asal [novelis] Ombak Rindu, Fauziah
Ashaari juga tidak menerima undangan walaupun filem itu juga ke pusingan akhir.
Salah siapa, ini terjadi? [Nota : penganjur ASK biasanya meng'amanah'kan tugas menjemput karyawan kepada penerbit setiap karya yang tercalon]
Apa pun, dari segi penjurian, saya berpuas hati dengan
terpilihnya Jangan Ambil Padang Kami [JAPK] dari Astro Ria sebagai Drama
Rantaian Terbaik. Memandangkan kekuatan [forte]
saya adalah drama bersiri, ini lah
kategori yang setiap tahun membuatkan jantung saya berdebar-debar. Sejak empat
tahun kebelakangan ini, ramalan saya mengenainya tepat belaka. Bermula dengan Kekasih Ku Seru [2009], Nur
Kasih [2010] dan Juvana [2011]. Ketiga-tiga drama bersiri sebelum ini dibolot
oleh syarikat yang sama iaitu Filmscape Sdn Bhd. Hanya pada tahun ini, tuah beralih kepada
Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
Bagi kategori Drama Terbaik, tiada apa hendak diulas,
memandangkan saya tidak menonton kesemua 18 telemovie yang tercalon di pusingan
awal kecuali Parit Jawa, Pelarian, Maharku Untuk Mu dan Perempuan Neraka. Keempat-empat telemovie ini ditonton dengan serius di Youtube sebelum ASK. [Cewwah..macam nak jadi juri pulak!] Kategori ini mengekalkan
dominasi Filmscape Sdn Bhd dalam menerima hadiah utama [Grand Finale] selama empat
tahun berturut-turut di pentas ASK. Kali ini melalui Di Telapak Kaki Bonda
tulisan Lam Pung Fui, arahan Kabir Bhatia.
Manakala untuk kategori filem, saya hampir tidak boleh
memilih antara Songlap dan Bunohan. Pada pandangan saya, Songlap lebih bagus
dari segi penceritaan dan skrip. Bagaimanapun, pihak juri memilih Bunohan untuk
kategori berkenaan. Sedangkan dari segi lakonan, saya memilih Faizal Hussein
dari Bunohan. Tetapi juri pula memilih
Shaheizy Sam dari Songlap. [Haha..ramalan yang terbalik!] Pastinya para juri
lebih arif dalam penilaian mereka. Sekadar mengimbas ke belakang, penulis Songlap,
Fariza Azlina Isahak pernah meraih
kategori Lakon Layar Terbaik ASK 2009 melalui filem Kami The Movie,
terbitan syarikat yang sama, Red Communications Sdn Bhd.
[Nota : Lakon Layar
adalah istilah yang sama untuk skrip. Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut Screen
Play. Penulis pula digelar sebagai Screen Writer atau Penulis Skrin. Kerap kali
ada orang bertanya kenapa tiada kategori untuk penulis skrip, walhal nama
kategorinya telah disebut sebagai Lakon Layar untuk filem dan Lakon TV untuk
telemovie ]
Saya sebenarnya tidak bersetuju kategori filem
dipertandingkan dalam ASK. Biar lah
filem diuji kekuatan dalam Festival Filem Malaysia [FFM] secara ekslusif.
Manakala ASK dikhususkan kepada karya televisyen semata-mata. Ibarat
FFM itu Academy Award Malaysia manakala ASK, Emmy Award Malaysia. Dikhuatiri juga keputusan ASK akan mempengaruhi penilaian juri pada FFM
nanti kerana ASK dianjurkan lebih awal. [Betul kah teori ini??] Bagaimanapun, disebabkan
penganjur juga mempunyai kepentingan di dalam industri filem - mempunyai anak
syarikat yang menerbit dan membiayai filem -
wajar lah bagi mereka memasukkan kategori filem ke dalam ASK. Akur.
Akhir kata, tahniah kepada semua calon yang karya mereka
atau diri mereka berjaya ke Top 5 pada Jumaat lalu.
Thursday, November 8, 2012
ANUGERAH SKRIN KEMBALI DENGAN "PARI-PARI"
Anugerah Skrin datang lagi. Tahun ini bertemakan "Alam
Fantasi" [Ferry Tale]. Semoga berjaya diucapkan
kepada rakan-rakan yang karyanya atau diri mereka sendiri terpilih ke
pusingan pertama. Harap ada yang melangkah ke lima yang terbaik [TOP 5], malam
esok, 9 November 2012 dan seterusnya ada
yang menang. Seperti kebiasaannya acara
gilang gemilang itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra [PWTC], Kuala
Lumpur.
Di sini, saya suka untuk mengulangi ayat klise seperti
"Kalah menang adat bertanding." Seperti
kebiasaan sifat orang Melayu yang merendah diri, ramai yang tidak berani
mengatakan dirinya atau karyanya akan menang nanti. Ramai yang lebih suka berkata, "tengok
lah..kalau ada rezeki." Biarpun dalam hati mengharapkan kemenangan, namun
mulut kita tidak akan berani menyuarakannya kerana takut dianggap "perasan" atau "berlagak"
atau "riyak". Atau malu kalau tidak menang nanti. [Saya pernah menulis tentang sifat Melayu ini dalam Kolum
Maizura Menulis, majalah Era Muslimah, keluaran Mei 2012 bertajuk Minda Positif
vs Kejayaan]
Saya terpandang beberapa hasil kerja rakan penulis seperti Bedah Tong Gas [Mf Kencana a.k.a. Mohd Fairuz
Padoli]; Projek Pop [Alfie Palermo]; Parit Jawa [Jamil Mutalib]; Hilangnya Doa
Ibu [Wan Mahani Wan Hassan]; Gincu Ayah & Tahajjud Cinta [Mazelan Manan].; Makbul [Zabidi Mohamed]; Tentang
Dhiya & Maharku Untuku [Azlina Pa'wan]; Paan & Paiz [Sham Hashim]; Mahabbah [Zarihah Hassan] dan lain-lain. Maaf
kiranya ada lain-lain nama yang saya terlepas pandang sehingga tidak tertulis di
sini. Berbanyak maaf, ya.
Bergembira lah walau apa pun keputusannya....
Thursday, October 25, 2012
Tuesday, October 23, 2012
Sudah Muncul.... Projek Bank Skrip
Kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi telah mengambil inisiatif untuk memajukan isi kandungan bagi industri kreatif tempatan melalui projek yang dikenali sebagai Bank Skrip. Projek ini dikendalikan oleh Majlis Kandungan Kreatif Filem dan Televisyen atau lebih dikenali sebagai FSCCC atau F3C iaitu singkatan dari Film, Script & Creative Content Council.
Ahli majlis ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam menghasilkan isi kandungan tempatan. Penerbit dan pengarah filem terkenal, Yang Berbahagia Datin Paduka Shuhaimi Baba merupakan tenaga penting dalam projek ini.
Bank Skrip akan memilih 50 tajuk bagi melalui proses "pembangunan" [development] sehingga terhasilnya skrip-skrip yang berkualiti untuk pasaran tempatan - samada di televisyen atau pawagam. Tajuk-tajuk ini merangkumi untuk filem, drama bersiri televisyen, telemovie dan animasi. Bagi pasaran televisyen, ia mengutamakan saluran milik kerajaan, TV1 & TV2.
Bank Skrip turut melantik sekumpulan editor atau mentor untuk membantu memperbaiki skrip-skrip yang terpilih itu, bermula dari peringkat idea asal sehingga lah kepada terhasilnya skrip penuh. Para editor atau mentor ini terdiri daripada penulis-penulis berpengalaman dan mempunyai "rekod" dalam menghasilkan skrip-skrip yang bermutu di kaca televisyen dan di layar perak.
Bayaran untuk penulis [sekiranya cadangan kalian terpilih] akan dijelaskan oleh pihak kementerian, menggunakan dana yang diperuntukan di bawah Dasar Industri Kreatif Negara. Dalam hal ini, penulis tidak lagi berurusan dengan penerbit filem atau televisyen, sebaliknya berurusan dengan sekretariat yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Bank Skrip ini.
Permohonan masih terbuka untuk para penulis dan bakal penulis di luar sana yang berminat menyertai Bank Skrip. Sila hantar satu mukasurat cadangan cerita [proposal] kepada sekretariat sebelum 30 OKTOBER 2012. Satu mukasurat itu perlu merangkumi logline, sinopsis cerita dan keterangan untuk dua atau tiga watak utama. Cadangan [Proposal] juga boleh terdiri daripada idea asal penulis sendiri atau adaptasi daripada mana-mana karya dari medium lain.
Untuk maklumat lanjut seperti syarat-syarat penyertaan dan alamat penghantaran, sila klik ke link berikut :
http://www.industrikreatif.gov.my/komuniti
atau boleh muat turun borang melalui link di bawah :
http:// www.industrikreatif.gov.my/ permohonan-bank-skrip
Selamat memohon dan semoga berjaya!

Wednesday, September 26, 2012
Seorang lagi bakal penulis skrin?
Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Terengganu, baru-baru
ini merangkul Anugerah Skrip Terbaik dalam pertandingan Filem Pendek bertemakan
intergriti. Muhammad Amar Harun, 24
tahun, meraih kejayaan itu menerusi
filem pendek bertajuk “Mahasiswa dan
MLM”. Beliau juga menghantar satu
lagi penyertaan, “Plagiat” yang mendapat hadiah saguhati. Kedua-dua skripnya
diarahkan oleh Norjannah Md Mustapha.
Sementara
itu, juara keseluruhan dimenangi oleh filem bertajuk “Integriti Intipati Segala Kejayaan” arahan Le Yong Chin, 21 tahun, dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Sungai
Long. Yong Chin turut menerima Anugerah
Pengarah Muda Terbaik serta hadiah saguhati menerusi filem “Kenangan
Yang Dilenyapkan”.
Yong
Chin mengambil jurusan Kejuruteraan Kimia, tetapi bercita-cita untuk menjadi
pengarah filem, demi menyampaikan sesuatu yang bermanafaat kepada masyarakat.
Sebelum ini, beliau pernah memenangi anugerah yang sama anjuran Air Asia dan
Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.
Naib
Juara pula jatuh kepada filem “Tolong-Menolong”
arahan Ediazrul Mohd Razali, 24
tahun, dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). USIM turut menerima hadiah saguhati bagi filem “Sama Udara”,
“Adab”, “Tabah” dan “Akibat Dadah”. Seperti Yong Chin, Ediazrul juga aktif
menyertai pelbagai pertandingan dan berhasrat untuk bergiat dalam bidang
perfileman setelah tamat belajar kelak. Beliau merupakan pelajar tahun akhir
jurusan Komunikasi Media [Penyiaran].
UTAR
Petaling Jaya pula merangkul kategori Anugerah Juri melalui filem “Thriller” karya Leong Khang You dan Foo Hui
Bin.
Pertandingan
antara Institusi Pengajian Tinggi tempatan ini dianjurkan oleh Institut Intergriti Malaysia [IIM]. Ia mendapat
15 penyertaan daripada enam buah Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Isu-isu
semasa yang diketengahkan oleh mahasiswa berkenaan, antaranya seperti plagiat,
penagihan dadah, perpaduan, budi bahasa, jenayah dan integriti kewangan.
Syabas
kepada para pemenang. Semoga ada di antara mereka, bakal mewarnai industri
perfileman tanahair dengan filem-filem yang berkualiti terutama dalam genre Islamik, memandangkan ada di antara
mereka datang dari IPT berteraskan Islam.
[Nota : IIM ditubuhkan sebagai agensi
penyelaras dan pemantau pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN). Objektif
utama IIM ialah untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang berintegriti,
berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat]
Subscribe to:
Posts (Atom)