Thursday, December 31, 2009
Wednesday, December 23, 2009
MENGIMBAS DETIK MANIS 17 TAHUN LALU
Pelancaran karya terbaru slot SUATU KETIKA semalam disempurnakan dalam suasana sederhana lantaran ketiadaan seorang pun para pelakonnya. Memandangkan tarikh tayangannya makin hampir, pelakon terpaksa meneruskan pengambaran di Batu Pahat, Johor di bawah arahan pengarah kedua, James Lee. Malah sidang telefon (tele-conference) yang pada awalnya dirancangkan untuk para pelakon dari set pengambaran juga tidak dapat diadakan.
Apa pun, majlis diserikan dengan kehadiran wira badminton negara, JALANI SIDEK dan FOO KOK KEONG. Biarpun 17 tahun sudah berlalu selepas kejayaan Thomas Cup 1992, mereka nampaknya tidak banyak berubah dari segi fizikal. Hanya berat badan yang kelihatan sedikit bertambah.Majlis berkenaan mempersembahkan tayangan ekslusif dua karya yang akan mengisi slot SUATU KETIKA pada Januari ini.
Dokumentari THOMAS CUP 1992 akan bersiaran pada 3 Januari 2010, jam 6 petang di saluran Astro Prima (105).
Manakala drama siri mini (8 episod) berlatarkan era badminton negara, BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA, mulai 6 Januari, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di saluran Astro Citra (131).Slot SUATU KETIKA diperkenalkan mulai Jun tahun ini untuk mengimbas detik bersejarah negara samada gembira mahu pun duka dalam bentuk fiksyen dan bukan-fiksyen. Sebelum ini, telah bersiaran drama dan dokumentari tentang perjuangan nasionalis Sarawak, Rosli Dhobi ; krisis rasuah dalam liga bolasepak semi-pro ; tragedi tanah runtuh Pos Dipang ; dan kegigihan skuad polis hutan orang asli, Senoi Praaq menentang gerila komunis.
Friday, December 18, 2009
TAHUN BARU..MENANTI PITCHING, 40 DAN UPSR...
Tahun baru datang lagi. Bagi sesetengah orang, hari ini mungkin sama seperti hari-hari sebelumnya. Bagi sesetengah orang pula, ia hari untuk perubahan. Namun, perubahan tidak hanya pada tahun baru. Sesetengah orang menjadikan setiap hari sebagai hari untuk berubah.
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.Secara peribadi, saya takut dengan tahun ini kerana ini lah tahunnya saya akan melangkah ke angka 40. Dan anak sulung saya yang dilahirkan sebagai ‘disleksia’ (Dyslexia) nekad untuk menduduki peperiksaan UPSR dalam tahun ini setelah menangguhkannya selama setahun.
Bagi warga kerja produksi pula, tentu sekali semua tertunggu-tunggu keputusan ‘pitching’ RTM pada bulan puasa lepas (Ogos-September). Atau adakah sudah keluar, saya yang tidak tahu? Apa pun, saya tidak begitu mengharap kerana takut kecewa.Akhir kata, selamat tahun baru 1431 Hijrah kepada semua.
Wednesday, December 16, 2009
GABUNGAN “J” UNTUK “SUATU KETIKA”
Kini saya sedang mengerjakan skrip terbaru, BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATA. Drama bersiri mini (mini-series) lapan episod ini merupakan drama berbajet tinggi bagi mengisi slot SUATU KETIKA di ASTRO CITRA (SALURAN 131). Slot ini baru diperkenalkan pada Ogos lalu yang bertemakan kisah benar, saat bersejarah, tragedi atau ikon negara.
Memandangkan tajuknya panjang, saya selesa merujuknya dengan tajuk asal (working title) iaitu Match Point (Mata Akhir). Ia sebuah fiksyen yang berlatarkan zaman gemilang sukan badminton negara pada era 80-an dan awal 90-an.Tenaga kerja penting dalam produksi ini merupakan mereka yang namanya bermula dengan huruf J.
Idea asal datangnya dari J.S. Foo, pemilik rumah produksi Asia Media Content Sdn Bhd (AMC). Pengarahnya, Jocye Lee yang sebelum ini mengarahkan drama slot sama, “10” dan “Ghost”(8TV). James Lee (Filem Histeria) pula membantu Joyce sebagai pengarah bersama. Manakala Julian Cheah merupakan penerbit eksekutif bagi pihak stesyen. Dan saya sebagai penulis skrip telah dibantu oleh penulis bersama (co-writer) Mohd Rohizan Ramli (telemovie Aku Jebat) yang digelar “Jai” .Dari segi pencapaian pula, tenaga kerjanya seperti :
Jurukamera, Asrar, yang baru-baru ini menang kategori Videografi Terbaik di ASK 09 melalui telemovie Tersasar Di Jalan-Mu. Zahiril sebagai watak utama menang kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia 2008 melalui filem Kami The Movie. Zamarul Hisham sebagai bintang undangan pula menang Pelakon Lelaki Terbaik ASK 08 melalui telemovie Ihsan. Sementara James Lee menang anugerah peringkat Asia dan antarabangsa melalui filem indienya, The Beautiful Washing Machine. Dan AMC sendiri dua kali menang kategori Drama Rantaian Terbaik di ASK 06 dan Drama Komedi Terbaik di ASK 09.
Adakah gabungan “J” dan para pemenang anugerah ini mampu memberikan yang terbaik buat drama ini? Sama-sama lah kita saksikan Januari ini, insyaAllah.Nota : Astro Citra termasuk dalam Pakej Mustika yang baru diperkenalkan dengan harga tambahan RM12.00. Selain Astro Citra, pakej ini turut menawarkan Astro Warna (komedi) dan B4U (Bollywood).
Friday, December 11, 2009
NUR KASIH....BERAKHIR DENGAN 4.1 JUTA
Gambar kiri : Penerbit eksekutif, Mohd Frank Lewis bersama pengarah, Kabir Bhatia semasa menerima tropi Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2009 (Kekasih Ku Seru) bagi pihak syarikat mereka, Filmscape Sdn Bhd dan Juita Viden Sdn Bhd.
Filmscape yang dimiliki Kabir bersama isterinya, Mira Mustaffa adalah anak syarikat kepada Juita Viden yang dimiliki oleh Francis Foo. Syarikat yang sama turut menerbitkan Nur Kasih.Gambar di atas dipetik dari akhbar Kosmo yang menyatakan :
Menurut kajian AGB Nielsen Media Research, episod terakhir Nur Kasih mengumpulkan lebih 4.1 juta atau 59 peratus penonton di depan kaca TV.
Manakala kajian Alt Media mengatakan hits tontonan internet secara keseluruhan adalah 28 juta.Sementara itu, ramai meramalkan Nur Kasih akan menang kategori Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin tahun depan. Saya letih hendak memberitahu hakikat bahawa banyak lagi drama yang bagus di kaca TV kita. Cuma tidak popular seperti Nur Kasih. Malah banyak yang disiarkan di saluran baru yang kurang penonton, menjadikan kehadiran karya berkenaan tidak disedari umum.
Apa pun, saya tetap membalas dengan ungkapan, "kata-kata itu satu doa".
Saturday, December 5, 2009
ASK 09...SEGALANYA TELAH TERTULIS
Pentas Anugerah Skrin 2009 (ASK 09) dibuka dengan menghargai skrip - lebih tepat disebut lakon TV - sebagai penerima pertama. Lima yang terbaik itu terdiri daripada hasil karya Faznita Md Nor (Tak Serupa Tapi Sama), Mufid Suhaimi (Terlerai Takbir Kasih), Erma Fatima (Tersasar Di Jalan Mu), Zuraida Ramli (Mama Nenek) dan ZH Emdee (Becha Usang).
Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, genre yang mendominasi kategori ini merupakan genre drama. Jadi, kepada penulis skrip atau penulis skrip wannabe di luar sana yang mahu merasai pentas ASK, rajin-rajin lah menulis telemovie genre drama.Genre Seram nampaknya menyerlah dalam kategori Drama Rantaian. Setelah kemenangan Susuk tulisan Akhbar Ali pada 2007, Kekasih Ku Seru tulisan Mira Mustaffa kembali menjuarai kategori ini.
Nampaknya genre seram dan genre drama soap opera bergilir-gilir naik pentas. Pada 2006, Rafflesia tulisan Sharifah Huda manakala Bicara Aur Dengan Tebing tulisan Cik Li pada 2008.Drama Komedi Terbaik berpihak kepada Datin Wan Abe tulisan saya, arahan Emmi Suffian (Pyan), terbitan Asia Media Content Sdn Bhd (JS Foo).
Menurut seorang rakan, persaingan untuk drama komedi tahun ini tidak lah sengit lantaran kekurangan drama yang benar-benar kuat.Hadiah kemuncak yakni drama terbaik jatuh kepada telemovie TV2, Tersasar Di Jalan Mu arahan dan tulisan Erma.
Ini menambah keyakinan bahawa penganjur tidak 'bias' kepada stesyen miliknya semata. Kali terakhir telemovie RTM menerimanya, pada 2006 menerusi Lebih Bisa Dari Jelatang tulisan Mazlan Manan, arahan Kabir Bhatia, terbitan Pena Creative Sdn Bhd (Ziela Jalil).Terima kasih kepada TV3 sebagai penganjur dan Pantene sebagai penaja utama.
Keterangan gambar : Saya bersama Pyan semasa post-party ASK 09.
Friday, December 4, 2009
ASK 2009....SATU RAMALAN
Malam ini Anugerah Skrin (ASK) 2009. Seperti biasa, pagi ini ramai yang tertanya-tanya drama mana yang sampai ke pusingan akhir iaitu lima yang terbaik (TOP 5). Tidak kurang yang mendapat keputusan bocor melalui sumber dalaman. Ada kala ramalan atau keputusan bocor menjadi penentu buat calon samada mahu hadir atau tidak. Bagi sesetengah calon, adalah membuang masa untuk hadir sekiranya gagal mencapai TOP 5.
Tahun ini, karya saya, Datin Wanabe akan berentap dengan Hua-Hua-Hua, Lawak King, Ceplos dan Impian L untuk kategori Drama Komedi Terbaik.Bagaimanapun, tumpuan ASK bukan lah kepada drama komedi mahu pun drama rantaian. Sebaliknya, kepada telemovie. Kategori Drama Terbaik, Arahan Terbaik, Lakon Layar/Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki/Wanita dan Pembantu Terbaik datang dari kategori ini. Jadi, kepada sesiapa yang mahu karyanya menyerlah di pentas ASK, tulis lah telemovie banyak-banyak.
Ramalan akhbar menyebut bahawa telemovie Tak Serupa Tapi Sama, Tersasar di Jalan-Mu dan al-Kiswah bakal dinobatkan sebagai Drama Terbaik.Sama-sama lah kita nantikan keputusannya malam ini.
Nota : Syarat untuk memasuki pusingan awal ASK adalah berdasarkan rating AC Neilsen manakala untuk pusingan akhir (lima calon terbaik) adalah berdasarkan kualiti yang bakal dinilai oleh juri bertauliah. Keputusan lima yang terbaik hanya akan diumumkan pada malam ASK bersiaran secara langsung..
Monday, November 30, 2009
NUR KASIH...KINI DALAM BENTUK "DVD BOX SET"
Setelah tamat bersiaran melalui TV terestrial, TV3, pada 27 November lalu, Nur Kasih kini dalam bentuk "DVD Box Set". Ia dijual pada harga RM99.00. Manakala diskaun 20 peratus (RM 79.20 ) untuk tempahan secara atas talian melalui laman web TV3.
Menurut Penerbit Eksekutifnya, Mohd Frank Lewis, ini merupakan DVD rasmi (official) yang mengandungi beberapa ciri tambahan seperti 'Unseen scenes', "Director's Interview", "Cast Interview", Behind the Scenes Materials, dan sebagainya.Bagaimanapun, terdapat juga DVD tidak rasmi dengan kebenaran penerbitnya, Filmscape Sdn Bhd, di Singapura. Menurut seorang peminat melalui emel, dia menemui koleksi DVD Nur Kasih secara berperingkat sejak Oktober lalu iaitu Vol 1 (episod 1-7). Seterusnya vol 2 (episod 8-14) pada November. Ia terdapat di :
Muzika Record Joo Chiat Complex dengan harga S$24.90, di Haig Road dengan harga S$25.90 dan di City Plaza dengan harga S$20.90.Sambutan di negara seberang tambak itu nampaknya lebih hangat. Dalam satu wawancara dengan akhbar di negara itu, pelakon utama, Remy Ishak (Adam) menggelar peminat di sana sebagai 'lebih gila' dan 'lebih fanatik'. Sementara itu, Mira Mustaffa sebagai pencipta (creator) merangkap ketua panel skrip (Head Writer) serta saya sebagai penulis bersama (co-writer) turut diwawancara oleh akhbar Berita Minggu Singapura .
Akhir kata, terima kasih 'daun keladi' kepada semua yang menyokong drama rantaian ini. Dan terima kasih yang istimewa kepada Mira Mustaffa kerana memberi peluang kepada saya untuk membantu beliau dalam penghasilan skripnya.Untuk tempahan, sila klik alamat di bawah :
http://www.tv3.com.my/nurkasih/dvdbox/index.asp
Tuesday, November 24, 2009
LAGI LAGI TENTANG 'RATING' DRAMA MELAYU
Kesibukan membuatkan saya terlupa menulis tentang rating untuk minggu ke empat Oktober lalu. Biarpun sudah ‘basi’, saya tetap mahu menulis. Apa yang menarik untuk minggu berkenaan? Jawapannya terletak pada Sumpah Bunian, drama slot Lagenda TV3 jam 4.30 petang yang berjaya memasuki top 10. Bukan mudah untuk program petang melonjak ke tahap itu.
Apa yang istimewa pada Sumpah Bunian?Mungkin kah kerana ditulis oleh Sharifah Abu Salem (Kak Pah) yang sememangnya pakar dalam menarik rating tinggi? Sekarang, slot yang sama digantikan dengan Nenek Kabaya, juga ditulis Kak Pah.
Nur Kasih pada minggu berkenaan selesa di tempat pertama untuk TV terrestrial (percuma). Bagaimanapun, jumlah yang menonton melalui decorder Astro (berbayar/satelit), telah berkurangan - jatuh ke tempat ke tujuh.Sementara itu, Awan Dania 2 merupakan drama saluran Astro paling tinggi rating. Jarang sekali sekuel drama tempatan mampu menyaingi musim pertama dari segi rating. Lazimnya, sambutan penonton berkurangan, menjadikan stesyen tidak lagi meminta musim ketiga dari pembekal. Mungkin kah ini akan meletakkan Awan Dania setaraf dengan siri TV yang berjaya dari segi komersial (commercial success) seperti Puteri (TV3) dan Bong (TV9)? Kedua-dua siri ini diterbitkan oleh pengarah 'otai', Aziz M Osman. Kini Awan Dania sedang dalam pembikinan musim ketiga.
Tari Tirana pula jatuh ke tangga 57. Jarang sekali slot Lestary TV3 mendapat tempat yang sedemikian corot. Slot ini bertemakan remaja dan sebelum ini sentiasa mendapat sambutan tinggi.
Legasi 43 Karat terbitan MIG (David Teo) pula berada di bawah 50 biarpun MIG juga pakar rating. Pihak stesyen berpendapat rating corot itu berpunca daripada isi kandungannya yang mengandungi terlalu banyak elemen ‘perniagaan’ manakala elemen ‘kekeluargaan’ sangat kurang.Bagi RTM pula, drama paling baik dari segi rating ialah Si Capek yang berada di tangga ke-25. Ini bukan lah sesuatu yang menghairankan kerana ia diterbitkan oleh Datuk Yusuf Haslam (DY). Formula DY ternyata menjadi untuk RTM. Sebelum ini, ia dibuktikan dengan drama seperti Gerak Khas, Janji Diana dan banyak lagi.
Friday, November 20, 2009
Kerana al-Kulliyyah…terlepas Jalan Merdeka
Malam tadi, saya teruja mahu menonton siaran langsung al-Kulliyyah Khas bertajuk Satu Akidah di TV3. Program itu menampilkan tiga panelis - Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Dr Fauzi Deraman dan Prof Dr Muhammad Uthman el-Muhammady.
Dua tokoh – Dr Asri dan Prof Uthman - tidak asing buat saya. Sebagai wartawan, saya kerap mewawancara mereka tentang pelbagai isu agama samada secara bersemuka, melalui e-mail mahupun telefon. Kedua mereka sangat ‘media friendly’ – mudah dibuat temujanji, tidak cerewet dan dapat memberikan jawapan seperti yang dikehendaki, pada bila-bila masa yang dikehendaki.Namun hampa apabila siaran langsung itu ditukar menjadi siaran rakaman untuk tarikh dan waktu yang belum ditetapkan. Dan kerana menunggu al-Kulliyyah itu, saya terlepas menonton drama bersiri Jalan Merdeka di Astro Warna (saluran 132). Skrip Jalan Merdeka dikerjakan oleh saya dengan bantuan Alfie Palermo (Tower 13), Sofia J Rhyland (Awan Dania), Ayuni Zamani (Impian 2) dan Khairul Aswad Ramli (Cicakman The Series).
Nantikan al-Kulliyyah berkenaan manakala Jalan Merdeka akan berakhir pada minggu hadapan, Khamis, 27 November, jam 9.00 malam.
Tuesday, November 17, 2009
NUR KASIH…SIARAN ULANGAN MULAI 10 NOV
Mungkin ada yang belum tahu bahawa TV3 kini menyiarkan semula drama bersiri Nur Kasih selama setengah jam setiap episod. Siaran tanpa iklan dari jam 7.30 hingga 8.00 malam itu bermula 10 November lalu, setiap Selasa hingga Khamis. Terdapat pemotongan babak bagi memenuhi durasi berkenaan. Bagaimanapun, ini memadai buat mereka yang ketinggalan menontonnya semasa ia bersiaran untuk pertama kali mulai 29 Mei lalu. Minggu ini memaparkan jalan cerita yang agak memancing emosi - kematian Ustaz Hassan, bagaimana keluarga ustaz menerima ketentuan ini, bagaimana Nur Amina menyesuaikan diri di rumah mertuanya dan apakah tindakan Adam terhadap perkahwinan yang tidak diredhainya itu.
Selamat Menonton!
Thursday, November 12, 2009
TABUNG AMIRUL FAKIR..SABTU INI DI IPOH, PERAK
Saya hanya kenal Amirul Fakir, melalui karya beliau, Mea Culpa, bukan secara peribadi.
Amirul Fakir tergolong dalam kategori sasterawan Angkatan 21. Beliau berpegang pada aliran yang cenderung menghasilkan karya abstrak dan menggunakan simbol serta isyarat.Kini, setelah mengetahui keadaan beliau yang sedang diuji dengan sejenis penyakit, saya terpanggil mewar-warkan program amal untuk meringankan bebannya. Program seni Tabung Amirul Fakir (TAF) akan menampilkan persembahan daripada sekumpulan pemuzik, pelukis dan penulis tempatan. Antaranya :
Meor Yusuf Izuddin, Pyanhabib, Fathullah Luqman, S.M Zakir, Shamsuddin Othman, Jay Freelove, Lee Kwang Goh, Kamal Sabran dan Nur Hanim.Ia akan diadakan pada Sabtu ini, 14 November 2009 di Rumah Yayasan Keseniaan Perak (YKP), Ipoh, Perak Darul Ridzuan, bermula pada jam 3.00 petang hingga 11.00 malam.
Program ini hasil inisiatif penyanyi pop folk, Meor Yusuf Azidin yang merupakan rakan seperjuangan beliau. Untuk makluman, lagu Meor bertajuk "Ruang Sempit Ini" telah tersiar dalam salah satu episod drama bersiri Tangisan Bulan Madu.Baca tentang Meor dalam blognya : http://www.pestajiwa.net
Monday, November 9, 2009
KENALI KEKAYAAN PALSU…ESOK DI UIA
Sebarang tipu daya pasti terbongkar jua akhirnya. Ini lah yang berlaku kepada ‘duit kertas’ yang merupakan penipuan terbesar dalam sejarah manusia. Krisis Kewangan Asia 1997-2000 dan krisis pinjaman sub-prima 2008-? di Amerika Syarikat membuka mata kita. Bahawa ‘duit kertas’ boleh menjadi ‘bala’ kerana nilainya adalah “0” (sifar). Bila-bila masa ia boleh menjadi tidak berharga. Dan duit kertas - yang tanpa sebarang sandaran nilai kepada emas - membuka ruang kepada bank dan institusi kewangan (termasuk perbankan Islam!) untuk mencipta wang melebihi kekayaan sebenar.
Gagasan Kembali Kepada Emas (Back to Gold) sekitar 2001 oleh kerajaan Malaysia bertujuan menyekat kekayaan palsu ini. Seterusnya menyelamatkan negara daripada ditimpa musibah yang sama seperti pada tahun 1997. Malangnya, ia gagal lantaran ketakutan negara-negara Arab kepada International Monetory Fund (IMF).Di saat idea lalu gagal, gagasan ini terus bergerak. Setakat ini, mungkin sukar bagi sesebuah orgnisasi, negara atau sesebuah bank (sekalipun perbankan Islam) untuk melawan IMF melalui undang-undang sedia ada. Bagaimanapun, masih ada cara lain untuk bergerak tanpa perlu ‘cari pasal’ dengan IMF.
Bagaimana?Ketahui lah dengan mendengar ceramah Profesor Umar Ibrahim Vadillo dari Afrika Selatan yang merupakan pengasas gagasan ini. Tajuknya The Economic Revolution of The Islamic Gold Dinar di Adm 1, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada esok hari, (Selasa, 10 November) jam 10-12 pagi. Ia terbuka kepada semua orang.
Baca pendapat saya tentang ‘duit kertas’ dalam blog MAIZURA MENULIS :http://maizuramohdederis.blogspot.com
Thursday, November 5, 2009
ANUGERAH SKRIN KEMBALI
Tirai Anugerah Skrin 2009 dibuka dua hari lalu dengan Sidang Media memperkenalkan tajuk-tajuk drama yang tercalon. Sebanyak 22 kategori hadiah dalam bidang penyiaran ditawarkan dan 10 untuk penggiat drama. Saya sekadar menyebut telemovie hasil penulis yang saya kenal. Antaranya :
Jalan Pintas Ke Neraka (Sofia Rhyland) ; Terlerai Takbir Kasih (Mufid Suhaimi) ; Sebelum Sejadah Dibentang (Mufid Suhaimi); Halimah Jongang 1 (Zaini Kosnin) ; Tak Serupa Tapi Sama (Fadznita Md Nor)
Manakala hasil kerja saya, Datin Wan Abe tercalon untuk kategori drama komedi.Kelayakan ke Anugerah Skrin 2009 adalah berdasarkan drama dan filem tempatan yang tersiar di televisyen atau pawagam mulai 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009. Ia dipilih di kalangan yang mencatat jumlah penonton tertinggi mengikut kajian AGB Nielsen Media Research. Setelah layak pusingan pertama yang berdasarkan rating, baru lah penilaian akan dibuat berdasarkan kualiti yang akan diadili oleh juri terpilih.
Justeru, format Anugerah Skrin masih kekal seperti dahulu iaitu 'MENCARI YANG TERBAIK DI KALANGAN YANG POPULAR'.Seperti yang diduga, Mr Mama 2 tidak dicalonkan walaupun rating drama berkenaan lebih baik dari Datin Wan Abe. Keadaan ini mungkin berpunca daripada Mr Mama 1 sudah pun menang kategori drama komedi terbaik pada tahun lepas. Ini bermakna penganjur cuba bersikap adil (benarkah adil?) dengan memberi peluang kepada produksi lain pula untuk merangkul hadiah.
Kalau betul telahan saya ini, bermakna, pendirian penganjur Anugerah Skrin tidak seperti Anugerah Emmy yang tidak keberatan memberi kemenangan kepada samada musim kedua, ketiga, keempat dan seterusnya jika hasilnya benar-benar bagus. Sebagai contoh, West Wing merupakan siri TV yang pernah memenangi Anugerah Emmy dalam kategori Outstanding Drama Series selama empat tahun berturut-turut mulai tahun 2000 hingga 2003.Berbalik kepada Anugerah Skrin 2009, ia bakal berlangsung pada 4 Disember ini, jam 9.00 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Keterangan gambar : Saya (kanan sekali) bersama Sofia Ryhland dan Fizz Fairuz (yang memegang watak Aidil dalam Nur Kasih)
Tuesday, November 3, 2009
NASIB PENULIS SKRIP 2
InsyaAllah, petang ini akan berlangsung Sidang Media Anugerah Skrin 2009 di Sunway Lagoon Hotel & Spa. Bagaimanapun, ada di kalangan penulis skrip yang dramanya tercalon, tidak mendapat undangan ke majlis berkenaan. Jawapan mereka :
“Ye ke? Penerbit tak beritahu pun?”Bagi majlis seperti ini, penganjur akan mengundang penerbit sahaja dan meminta penerbit mengesahkan kehadiran berapa ramai tenaga kerja yang terbabit dalam sesebuah produksi yang dicalonkan itu. Jadi, tugas penerbit lah untuk menjemput pelakon dan tenaga kerjanya untuk bersama-sama ke majlis itu.
Tahun lepas, seorang penulis memberitahu bahawa dia tidak tahu menahu dramanya dicalonkan sehingga lah dia menonton televisyen di rumahnya pada malam anugerah berkenaan. Dan melihat dramanya itu menang satu kategori sebagai drama XXX terbaik.Kawan-kawannya bertanya :
“Kenapa kau tidak pergi?”Jawabnya :
“Macamana nak pergi, dijemput pun tidak.”Situasi ini bukan lah luar biasa. Tetapi amat biasa dalam industri kita. Penulis skrip merupakan orang paling akhir dihargai walaupun dia merupakan orang paling mula melakukan kerja. Tanpa skrip siap dahulu, bagaimana pelakon hendak berlakon depan kamera dan pengarah melaungkan, “action!”. Namun, bila tiba waktu untuk memberi penghargaan, penulis skrip sering dilupakan.
Akhir kata saya memetik kata-kata seorang penulis :“Kita bukan mahu orang sanjung kita berlebih-lebih tetapi cukup lah menghargai dalam kadar yang seadanya."
Monday, November 2, 2009
NUR KASIH...DARI LAYAR KECIL KE LAYAR BESAR
Berikutan sambutan terhadapnya, peminat telah meletakkan pelbagai harapan terhadap NUR KASIH. Ada yang mahukan DVD. Ada yang mahukan novel. Ada yang mahukan sekuel musim kedua. Manakala tidak kurang juga yang mahukan ia ke pawagam.
Beberapa minggu lalu Penerbit Eksekutifnya, Mohd Frank Lewis ada memberitahu saya secara 'tidak rasmi' bahawa pihaknya tidak berhasrat menerbitkan Nur Kasih dalam versi novel. Bagaimanapun, dalam bentuk DVD...mungkin ada.Dan sekarang.... pengarah merangkap penerbitnya, Kabir Bhatia (lihat gambar), sudah pun membuat kenyataan rasmi bahawa akan ada sekuel untuk NUR KASIH. Apa pun sekuel itu bukan lah dalam bentuk musim kedua di televisyen sebagaimana kebiasaannya. Sebaliknya akan dibuat dalam bentuk filem, insyaAllah.
Baca perancangan lanjut pengarah ini dalam akhbar atas talian, MSTAR hari ini :http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/11/2/mstar_hiburan/20091101165047&sec=mstar_hiburan
Wednesday, October 28, 2009
AMALI APLIKASI "FINAL DRAFT"...AHAD INI (1 NOV)
Kepada mana-mana penulis skrip yang mahu memantapkan diri dengan menggunakan Final Draft, sila lah ke program latihan amali anjuran Biro Penulisan Skrin (BPS), Karyawan, pada Ahad ini.
Berikut ialah butiran mengenainya seperti yang dijemput oleh pengerusinya, Shamsul Ambia Mat Daud melalui facebook :
Event: Amali Menulis SkripTV menggunakan Final Draf "Dari Idea Ke Skrin - Kelas Amali"
What: Study Group (Hanya 20 orang satu kelas)
Start Time: Sunday, November 1 at 9:00am.
End Time: Sunday, November 1 at 5:00pm
Where: Persatuan Karyawan Malaysia, No 60, Jln 19/3, 46300 Petaling Jaya.
Hubungi: 016-3381858/03-7955 2967/03-7960 6459
Layari :http://www.facebook.com/l/30c18;karyawan.com.my
Friday, October 23, 2009
BICARA ADAPTASI DI BLOG TONTONFILEM (FADZ)
Beberapa minggu lalu saya ke majlis pelancaran Buku Untuk Filem ESTET di Istana Budaya. Buku itu dilancarkan untuk mempromosi filem terbaru Mamat Khalid, ESTET yang bakal berada di pawagam hujung tahun ini. Buku terbitan Matahari Books dan Naga VXS Sdn Bhd itu diselenggarakan oleh Ajami Hashim (saya sudah baca tetapi belum sempat ulas. Tungguuuuu….)
Dalam ramai-ramai tetamu yang hadir, saya berkenalan dengan seorang blogger pengulas filem, Fadz (tontonfilem.blogspot.com)Setelah mengetahui bahawa saya pernah mengadaptasi novel Tangisan Bulan Madu ke drama bersiri televisyen, dia terus berminat mewawancara saya. Tentu sekali tentang senario adaptasi novel atau cerpen ke drama atau filem di negara kita. Ikuti wawancara berkenaan melalui blognya : http://www.tontonfilem.blogspot.com
Monday, October 19, 2009
NASIB PENULIS SKRIP
Semalam, seorang penulis skrip menelefon saya untuk mengucapkan tahniah ke atas Nur Kasih. Pada pendapatnya, Nur Kasih agak sempurna dari segala segi. Beliau lebih banyak memuji Kabir Bhatia dan Mira Mustaffa yang merupakan tonggak kekuatan drama ini. Saya mengucapkan tahniah kembali kepada beliau di atas kejayaan dua telemovie beliau yang mendapat pencalonan di Anugerah Skrin 2009.
Seterusnya, kami berbual tentang beberapa skrip kami yang pernah tersiar di televisyen. Lebih banyak berbincang tentang skrip-skrip yang hancur akibat pembikinannya yang tidak seberapa. Ada yang hancur kerana persembahan pengarah atau penyampaian pelakonnya yang tidak tepat seperti yang dikehendaki oleh skrip.Banyak yang dibualkan. Terutama hal-hal yang 'tidak seronok' (down side) menjadi penulis skrip. Turut disentuh ialah kelemahan sebuah persatuan dalam menjaga kebajikan penulis skrip.
Sebelum beliau, seorang lagi rakan penulis skrip ada memberitahu melalui telefon bahawa dia menangis menonton dramanya pada bulan Ramadan lalu.
"Bukan menangis sebab ceritanya sedih, kak. Tapi sebab 'the making' (pembikinan) yang teruk."Mujur seorang blogger pengkritik filem telah menonton drama itu lalu membuat ulasan melalui blognya bahawa skrip berkenaan bagus. Apa yang tidak bagus adalah beberapa aspek pembikinannya. Penulis skrip itu kemudiannya menerangkan punca-punca kelemahan itu melalui blognya. Mujur ada blog, boleh lah dia meluahkan perasaan kecewa...
Sementara itu, saya pernah tidak berpuas hati dengan cara seorang pengarah mempersembahkan skrip saya ke kaca TV. Selepas ia tersiar, saya terus menghantar SMS kepada penerbit eksekutif (EP) untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap beberapa kelemahannya. EP itu tidak menjawab. Hanya selepas bertemu muka, baru lah dia berkata bahawa dia terlampau kecewa dengan persembahan (presentation) pengarah dan penyampaian (delivery) pelakon yang telah merosakkan skrip itu. Hinggakan jarinya tidak terdaya hendak membalas SMS. Setelah berbincang secara berhadapan, kami sependapat bahawa drama itu pasti kelihatan bagus sekiranya pengarah bijak mempersembahkannya. Manakala pelakon tidak pandai-pandai sendiri mentafsirkan perwatakan yang dibawanya - yang jauh lari daripada skrip. Ini tidak termasuk keghairahannya untuk menuturkan dialog sendiri (adlip) yang tentunya tidak tepat dengan perwatakannya mahupun jalan cerita.Berbalik kepada penulis skrip yang pertama tadi, sebelum menamatkan perbualan, dia sempat membuat rumusan seperti berikut :
"Jika sesebuah drama itu hancur, orang akan mengutuk penulis skrip tanpa meneliti aspek manakah yang menghancurkannya. Tetapi jika drama itu berjaya, tiada siapa pun yang akan menghargai penulis skrip."Saya terus bersetuju dengan rumusannya itu.
Saturday, October 10, 2009
KONSEP ‘GEMPAK’ BUDGET ‘CIPUT’
Beberapa tahun dahulu saya ada menulis senaskah skrip yang dianggap sebagai ‘mala petaka’. Ia tentang
sekumpulan ahli arkeologi yang menemui ‘mumia’ seorang puteri kerajaan purba – sebuah kerajaan yang sudah lenyap 1,000 tahun lalu dari rantau nusantara ini (The lost civillazation).Lokasi utamanya di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, Sabah. Di situ memang terdapat kubur purba di dalam gua. Dan menjadi tumpuan para pengkaji purba. Lokasi lain di England iaitu tempat heroin dan si jahat (antagonis) menuntut ilmu arkeologi di sebuah unversiti. Ia juga lokasi untuk watak jahat - seorang pencuri artifek - menjual pelbagai khazanah berharga warisan negara di pasaran gelap.
Kurator Muzium Negara, Encik Yusuf yang merupakan anak jati Kampung Batu Puteh sendiri, sudi menjadi pakar rujuk untuk drama ini. Manakala konsepnya hasil idea seorang rakan wartawan, Azman Mohd Nawi.Namun, semuanya ‘hampeh’ apabila ‘budget’ yang dikeluarkan oleh produksi itu tersangat kecil. Di tambah pula dengan masalah seperti penyelewengan wang pengambaran, kekurangan ilmu pengetahuan, pengalaman,kemahiran serta bakat , kelemahan pengurusan, ketiadaan budaya ‘research’ dan sikap sambil lewa, mahu enjoy serta mengambil kesempatan ketika bekerja.
Drama ini siap dalam tempoh 18 bulan iaitu menyamai tempoh pengambaran filem Lord of The Ring. Ia membabitkan beberapa kali rombakan skrip, pertukaran lokasi, pelakon (cast) dan tenaga kerja (kru). Tidak terkecuali 'drama dalam drama' seperti pergaduhan sesama kru-cast-penerbit, missing in action, laporan polis dan sebagainya.Memandangkan kualitinya teramat buruk, RTM menayangkannya pada pukul 12.00 tengah malam!
Friday, October 2, 2009
ONE FRIDAY NIGHT...
Dalam banyak-banyak e-mail, saya terlepas pandang sepucuk e-mail ini. Ia dari Bani Mohd Ali Farahiyah , seorang peminat Nur Kasih Singapura yang juga seorang penulis. Hampir sebulan dikirim, baru lah saya terbaca. Rupanya dia mengirim rencana tentang Nur Kasih bertajuk...
ONE FRIDAY NIGHT
I've always believed Friday nights were meant for anywhere but home. Until an unusual Friday came along out of nowhere. I didn't know an innocent visit to grandma's crib could caused such a stir in the being that is me. The stir came in the form of Nur Kasih (Light of Love).
Hollywood has always been my brand of heroin. My affection with the Malay entertainment industry began with Tan Sri P Ramlee and ended with P Ramlee The Musical. In between them lies the late and great director Yasmin Ahmad's invalueable Petronas commercials. Truth be told, I am the least interested in Malay films and dramas. I find them rather similar and mediocre. High expectations or not, a drama should be awe inspiring, with a pinch of uniqueness, a sense of familiarity and a touch of originality. Add those up and you get Nur Kasih.
The 26 episodes drama, said to be inspired by Indonesian blockbuster Ayat-Ayat Cinta (Letters of Love), is a tale of redemption and realisation. Being a non subscriber for Sensasi (the Starhub channel which is airing Nur Kasih here in Singapore), I was intrigued by the sneak preview I caught at Grandma's place (where Sensasi was at) . Thus one Friday night, I gave the drama a shot. In return, it gave me an engaging plot which made me hook, line and sinker. For once, I didn't yawn at the thought of a Malay drama.
My jaw first dropped at the cinematography of the drama. Each scenes were shot tremendously well especially the flashbacks. They were nothing short of perfect. I gave the plot my green light and mid way through the drama, it has yet to disappoint. The pace of the story, as it unfolds, is just about right although I do have problems with the slightly long timeline which is minor. Even the background music played was soothing and heart wrenching enough to toy with emotions. Kudos to Kabir Bhatia for bringing the story to life, capturing the essence of each scene in an integral angle. While he breathes life into the story, the team of scriptwriters, Mira Mustaffa, Mariana Hashim and Maizura Mohd Ederis are the heartbeat of it. The dialogues written are simply phenomenal that it brought us the same anguish, misery and guilt portayed by the cast. The cast definitely brought their characters to live as well.
While I am only familiar with Dato' Jalaluddin Hassan, I had never heard of the rest of the cast prior to Nur Kasih. Even for a few episodes, Dato Jalaluddin Hassan stood out, proving what a versatile actor he is till today, potraying a strict father with a religious upbringing he adhered to. Liza Othman as the mother delivered some of the best dialogues thus far. Sharifah Sofea was in a familiar territory who added a different dynamic to her sub plot. The scene between her, Adam (Remy Ishak) and Nur Amina (Tiz Zaqyah) belonged to Sharifah Sofea by far. Although I believe no one in this world is as angelic as Aidil but Fizz Fairuz as a filial son and doting brother had me almost convinced. Ummi Nazeera as the devilish step sister worked out pretty well as audience would love nothing more than to hate her character, Sarah.
The most convincing of the lot had to be Remy Ishak as the bad boy gone good Adam. I believed him when he was bad as much I believed him when he turned good. The last but certainly not the least, the debut of lead actress, Tiz Zaqyah Razak, just how did she fair? If Remy is the convincing one, let me introduce you to the promising one. Nothing short of sensational, she proves to be a natural as the persevering good girl, Nur Amina. Her misery made us teared while her smile is just as contagious. More than that, the on screen chemistry between Remy Ishak and Tiz Zaqyah reminded me of the chemistry shared between Keanu Reeves and Sandra Bullock (pardon the Hollywood comparison). It is just as sizzling, making the viewers anticipate their interaction in each episode. From a mere audience, I turned into a fan.
In a nutshell, Nur Kasih is a drama of relationships of many kinds. Relationships of a being to the parents, of the parents to the children followed by the kinships of siblings and friendship. It also portrays the ties of two generations of husbands and wives, more importantly it depicts the ties between God and human. These are the ties that bind. Even if it is broken, it can be fixed, in due time. It is a tale of sacrifice, of ignorance, of responsibility and of love. The drama dives deep into Islam for a better understanding of the misunderstood religion. From a sacrifice of a brother, to a repentance of a husband, to an acceptance of a wife, it goes to show there is light at the end of every tunnel.Berbanyak-banyak terima kasih kepada Bani Farahiyah di atas rencana ini.
Wednesday, September 30, 2009
NUR KASIH FENOMENA INTERNET
Fakta rasmi membuktikan bahawa hits Nur Kasih melalui internet mencecah 600,000 - jauh mengatasi 'show' lain yang biasanya 20,000-30,000.
Berikut adalah SMS yang saya terima daripada penerbitnya, Filmscape Sdn Bhd :Fyi, today, I had a mtg with Alt Media and made the below findings about Nur Kasih :-
1. The show is a phenomenon as far as they are concerned!!
2. For ep1-15, they have 1,734,793 unique users, of which 1,233,474 are from aug alone.
3. For 1 eps in aug, (don't know which one) there were 600,000 unique users!!
4. 25,000-30,000 per month is their normal hits, which works out for 6,000-7,000 per eps!
So CONGRATULATIONS!!!!Berikutan SMS di atas, saya tiada komen melainkan "Alhamdulillah".
Thursday, September 17, 2009
DATIN WAN ABE RAYA VS NAK BALIK RAYA
Sempena musim Aidilfitri ini, dua karya saya tersiar iaitu BERAYA BERSAMA DATIN WAN ABE yang bakal mengisi slot satu jam (45 minit) di TV3 pada 23 September (raya ke-empat), jam 11 malam.
Manakala di RTM bakal menayangkan telemovie NAK BALIK RAYA yang idea asalnya datang dari Mohd Fairuz Padoli @ MF Kencana. Ia bakal bersiaran pada 18 September ini, jam 8.30 hingga 10.30 malam di TV2. Peranan saya hanya lah membantunya walaupun ketika itu saya teramat sibuk dengan pelbagai skrip drama lain. Sementara itu, Fairuz turut membantu saya menulis untuk slot khas Datin Wan Abe.Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua pembaca blog ini, rakan-rakan penulis, kru produksi, saudara mara dan sahabat handai yang lain. Semoga ikatan ukhwah terus terjalin antara kita. Semoga segala usahasama dan sokongan akan berterusan hendaknya.
Thursday, September 10, 2009
PENONTON DRAMA MELAYU BERKURANGAN
Seorang penerbit eksekutif memberitahu bahawa AC Neilson mencatatkan penurunan penonton drama Melayu. TV3 yang dahulu mencapai tiga juta, kini sekitar dua juta. Ia turut berlaku kepada saluran lain.
Justeru, ke mana perginya penonton drama Melayu?Bagaimanapun, NUR KASIH bertahan dengan 2.4 juta penonton sejak awal. Namun, dari segi kedudukan, melonjak ke tangga ke tujuh. Apa pun, angka tontonan NUR KASIH melalui platform TV kabel Astro memang tinggi iaitu 800,000. Drama Melayu popular di Astro biasanya sekitar 300,000-400,000 sahaja.
Hakikatnya, sejak dahulu lagi kebanyakan pelanggan Astro jarang menonton saluran berbahasa Melayu Astro, sebaliknya kerap memilih TV3 menggunakan platform Astro.Sementara itu, BIO-NIK naik ke tangga kedua selepas BULETIN UTAMA apabila KELIWON tamat siarannya beberapa minggu lalu. Namun, ia tidak lah mencecah tiga juta seperti sebelum ini. Manakala siri seram TOWER 13 yang menggantikan KELIWON gagal mendapat rating yang baik.
Monday, September 7, 2009
AFDLIN SHAUKI DAN TANGGUNGJAWABNYA
Spontan, sebuah rancangan lawak baru di Astro Warna (Saluran 132). Ia diterbitkan oleh Afdlin Shauki.
Baru tadi saya menontonnya dan mendapati pelawak terkenal seperti Din Beramboi, Sathiya, Douglas Lim dan sebagainya menyanyikan lagu kelakar tentang cukai pendapatan. Rupanya, dalam melawak, Afdlin sempat membuktikan tanggungjawabnya pada negara.Ini bukan lah sesuatu yang menghairankan. Pada Mac lalu saya ke Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) untuk tugas menulis skrip video korporat LHDN. Pegawainya telah menunjukkan iklan LHDN yang diarahkan dan dilakonkan oleh Afdlin Shauki.
Ia sudah tersiar di televisyen kalau tak salah sekitar April. Tentu kita masih ingat kisah seorang lelaki (Afdlin Shauki) membawa isterinya (Vanidah Imran) yang hendak bersalin ke hospital.Kata pegawai itu, Afdlin tidak mengenakan bayaran ke atas lakonannya atas dasar mahu memberi sumbangan kepada negara. Pegawai itu cukup tersentuh dengan pendirian Afdlin. Malah katanya, dalam perbincangan mereka, semangat patriotik Afdlin membara dan dapat dilihat dengan meremangnya bulu roma Afdlin. Begitu lah karyawan bernama Afdlin Shauki ini.
Berbalik kepada Spontan, ia turut menyentuh kewajipan agama Islam apabila Douglas Lim menyanyikan lirik yang lebih kurang begini bunyinya,"aku orang Cina tapi aku pun bayar zakat juga."Akhir kata, tahniah Afdlin di atas kemenangan besar filem PAPADOM di Festival Filem Malaysia ke-22 baru-baru ini.
Dan salam Nuzul Quran kepada pembaca yang beragama Islam.
Monday, August 31, 2009
JALAN MERDEKA...MULAI KHAMIS INI, 9 MALAM
"JALAN MERDEKA" bermaksud 'Road To Freedom'. Ini lah antara naskah yang sukar saya tangani dalam kerjaya sebagai penulis skrip. Ia mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan keseluruhan skrip yang durasinya sebanyak 13 episod x 45 minit. Dan memerlukan bantuan tiga penulis bersama iaitu Sofia J Rhyland (Awan Dania), Alfie Palermo (Tower 13), Ayuni Zamani (Impian 2) dan Khairul Aswad Ramli (Cicakman The Series).
Drama ini menjejaki perjalanan hidup tiga lelaki berbeza bangsa, berlatarkan pelbagai peristiwa penting negara (1955-2010) secara humor, ringan dan santai.Agak menarik, ia diarahkan oleh bukan anak Malaysia iaitu Kabir Bhatia (India) dan Faisal Ishak (Singapura). Selain itu, kedua-dua eksekutif yang mewakili penerbit dan stesyen adalah juga warga asing. Anak tempatan yang turut membantu mengarahkannya ialah Nor Hisyam Mohd (LABU) dan Prem Annad Pillai.
JALAN MERDEKA tidak terkecuali melalui proses penapisan oleh pihak stesyen. Mana-mana isu yang dianggap sensitif pada kaca mata kerajaan, terlebih dahulu dicantas.Harap-harap JALAN MERDEKA tidak menerima nasib seperti TUK KETUA terbitan Adlin Aman Ramli, arahan Sofi Jikan. Drama bersiri itu dianggap sebagai contoh negatif bagaimana eksekutif stesyen boleh 'terlepas pandang' akan isu-isu politik tanahair pada naskah itu.
JALAN MERDEKA dilakonkan oleh Sathiya sebagai Jegathesan, Mustafa Kamal sebagai Piramli dan Chen Kin Wah sebagai Chow Kit. Salleh Yaacob turut muncul sebagai bintang undangan, memegang watak Saidon Pisang a.k.a. Donny.Drama 13 episod ini akan ditayangkan di saluran Astro Warna (Comedy Channel-Saluran 132) mulai 3 Spetember ini, Khamis jam 9 malam. Astro Warna adalah saluran baru yang diperkenalkan bersama Astro Citra dan B4U (Bollywood). Ketiga-tiga saluran ini berada di bawah Pakej Mustika dengan harga RM12.00
Selamat Hari Merdeka dan selamat menonton Jalan Merdeka.
Labels:
ASTRO,
JALAN MERDEKA,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS
Friday, August 28, 2009
NUR KASIH...SIARAN ULANGAN DAN TAYANGAN SINGAPURA
Ramai juga yang merungut kerana Nur Kasih bersiaran serentak dengan solat Terawikh di bulan Ramadhan ini. Biarpun boleh menontonnya melalui catch-up shows di laman web TV3, ramai yang lebih selesa menonton melalui televisyen. Apatah lagi di kalangan 'kakak-kakak' dan 'makcik-makcik' yang tidak terdedah kepada internet.
Namun kini, tidak perlu merungut lagi kerana sudah ada siaran ulangannya di TV3 yang bermula setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu jam 5.00 pagi.Dalam perkembangan lain, saya terlupa memaklumkan bahawa Nur Kasih turut ditayangkan serentak di Singapura, bermula 29 Mei lalu. Bagaimanapun, tayangan di negara jiran itu bermula lewat sejam setengah iaitu pada 10.30 malam setiap Jumaat. Memandangkan ia disiarkan melalui saluran televisyen berbayar, TV SENSASI, siaran ulangannya diadakan dua kali pada keesokan hari, Sabtu, jam 10.30 pagi dan 5.30 petang. Pada mulanya, saya hairan bagaimana drama yang sedang bersiaran di sesebuah stesyen boleh ditayangkan serentak di stesyen lain. Bagaimanapun, penerbit memberitahu :
Hal ini boleh terjadi jika melibatkan negara berlainan. Akan tetapi tidak akan berlaku di dalam negara yang sama. Ia tertakluk kepada perundingan antara penerbit dan stesyen semasa menjual hak tayangan.Berdasarkan amalan biasa, kebanyakan drama Malaysia memasuki Singapura setelah setahun atau lebih ia ditayangan di negara ini. Setakat ini, Singapura mempunyai dua saluran berbahasa Melayu sepenuhnya iaitu TV SENSASI dan TV SURIA. Drama Tangisan Bulan Madu yang skripnya turut ditulis oleh saya, kini sedang bersiaran di TV Suria setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.30 malam.
Monday, August 24, 2009
PITCHING RTM....ADAPTASI 'MAHLIGAI' DAN 'TBM 2'
Khamis lalu, saya melontarkan idea untuk slot adaptasi drama tempatan. Mahligai karya Salina Ibrahim dan Tangisan Bulan Madu (TBM) musim kedua karya Samsiah Mohd Nor. Kepada mereka yang akan pitching slot ini, ada soalan cepu emas yang perlu diberi perhatian.
"Novel ini bagus. Tetapi bagaimana kamu hendak mempastikan bahawa skripnya nanti menjadi sebagus novel?"Wah! Tu diaaaaaaa...! Bagi sekuel TBM pula, soalan 'maut'nya berbunyi :
"Musim kedua drama tempatan selalunya tidak sebaik musim pertama. Jadi, bagaimana kamu mempastikan bahawa sambungannya nanti akan jadi sebaik yang asal?"Soalan maut itu terlontar kerana ahli panel telah membaca novel Mahligai dan menonton TBM musim pertama. Mereka mengakui kedua-dua karya ini sebagai karya yang bagus. Ini menyebabkan mereka meragui kualiti karya seterusnya. Berdasarkan karya-karya terdahulu yang pernah tersiar - samada adaptasi novel atau sekuel - sering gagal menyaingi kredibiliti naskah asalnya. Jadi, keraguan mereka itu memang munasabah dan wajar.
Apa pun, selamat maju jaya kepada HANISAH OTHMAN, yang akan pitching novelnya sendiri, OBSESI CINTA, pada hari ini. Hanisah seorang guru dan penulis genre sastera. Ini adalah percubaan pertama beliau dalam bidang penulisan skrip drama televisyen.Dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca blog ini.
Labels:
IDEA PITCH,
LAIN-LAIN ARTIKEL TENTANG ADAPTASI,
RTM
Tuesday, August 18, 2009
TANGISAN BULAN MADU KE SINGAPURA
Drama bersiri Tangisan Bulan Madu (TBM) yang diadaptasi daripada novel popular bertajuk sama, karya Samsiah Mohd Nor, kini sedang bersiaran di Singapura. Drama 30 episod itu menemui penonton negara berkenaan melalui saluran TV Suria, setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.30 malam.
Dalam perkembangan lain, sekuelnya yang masih di peringkat konsep sudah dipanggil untuk 'pitching' di RTM pada khamis ini. Ia dirancang untuk mengisi slot Cindai iaitu slot telenovela 40 episod x 1 jam yang diadaptasi daripada novel tempatan.
TBM menemui penonton pada Mei hingga Ogos tahun lalu dan berjaya menarik 1.3 juta penonton. Ia diulangtayang pada Januari hingga Februari tahun ini dan tercalon ke Anugerah Skrin 2008 dalam kategori drama rantaian.Kepada peminat setia TBM, sama-sama lah kita mendoakan agar hasrat meneruskan 'sekuel' ini terlaksana.
Wednesday, August 12, 2009
BENGKEL PENULISAN SKRIP SABTU INI...JANGAN LEPASKAN PELUANG
Ini berita baik untuk mereka yang berminat menceburi bidang penulisan skrip drama TV dan filem. Biro Penulisan Skrin, Persatuan Karyawan akan menganjurkan Bengkel Penulisan Skrin di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur pada 15 Ogos ini (Sabtu). Bengkel sehari itu akan dikendalikan oleh pengerusi biro, Shamsul Ambia Mat Daud yang akan dibantu oleh beberapa Ahli Jawatan Kuasa dan sekretariat Karyawan.
“Antara perkara utama yang akan dibincangkan adalah bagaimana mengubah sinopsis atau karangan cerita ke bentuk skrin TV. Mereka juga akan dibawa mengkaji satu telefilem terkini.
“Dari situ peserta akan diterangkan bagaimana untuk memberi impak dramatik, Act I, II dan III, apa itu Foreshadow, Dramatic Irony, Inciting Inccident, Climax dan lain-lain bahasa asas dalam Penulisan Skrip TV.Yuran pendaftarannya RM10.00 sahaja. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini boleh menghubungi 03-79552967/79606459 atau 012-3006084 (Ahmad).
Thursday, August 6, 2009
'PITCHING' RTM KEMBALI LAGI...
Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan membuka sekali lagi sesi pitching atau idea pitch (lontaran idea). Kali ini tawaran untuk slot drama Melayu lebih banyak. Ia tidak seperti pada Februari lalu yang hanya slot telemovie dan mini-series untuk sambutan hari tertentu. Bermakna, sesiapa yang berhajat menulis drama rantaian 13 atau 26 episod, sila lah mencuba kali ini.
Tidak terkecuali untuk slot telenovela CINDAI yang mengkhusus kepada drama adaptasi daripada novel-novel tempatan masakini. Slot berkenaan menawarkan drama rantaian 40 episod dengan durasi satu jam setiap episodBagi drama rantaian (biasanya disebut drama bersiri), RTM lazimnya meminta penulis skrip mengemukakan sinopsis untuk setiap episod (episodic synopsis). Bagaimanapun, untuk pitching kali ini, tidak perlu lagi. Cukup sekadar menghantar sinopsis keseluruhan yang tidak melebihi tiga mukasurat. Peraturan ini pastinya lebih 'mesra alam' kepada golongan penulis skrip yang biasanya kesuntukan masa untuk menulis.
RTM juga membuka tawaran kepada program lain seperti Dokumentari, Majalah dan Muzik.Taklimat mengenainya diadakan pagi tadi, jam 9.30 untuk para penerbit. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Ogos ini. Seterusnya, RTM akan memanggil penerbit dan penulis skrip mulai 17 Ogos hingga 11 September. Kepada semua penerbit dan penulis skrip, pada bulan puasa nanti, mari lah sama-sama kita 'berkampung' di Bukit Angkasa, ya. Best of luck!!
p.s. - sesiapa yang ingin membaca pengalaman pitching saya pada Februari lalu, boleh lah klik tajuk RTM pada ruangan 'LABELS' di sebelah kiri blog ini.
Monday, August 3, 2009
NUR KASIH TEWAS PADA KELIWON, BIO-NIK
Setelah 10 minggu bersiaran di TV3 pada setiap Jumaat, 9 malam, NUR KASIH gagal menyaingi KELIWON (slot Seram) dan BIO-NIK (slot Aksi). Dua drama berkenaan sentiasa mendapat tempat pertama dan kedua dengan jumlah penonton melebihi 3 juta. Malah, pada minggu-minggu tertentu, KELIWON musim pertama pernah mengatasi rating Buletin Utama. Fakta ini agak mengejutkan. Jadi, tidak hairan lah bila ia terus bersambung ke musim kedua tanpa ada ‘gap’ di antaranya.
NUR KASIH bermula dengan ranking TOP 15 dengan penonton sekitar 2 juta lebih. Ia pernah memasuki TOP 10 iaitu di tangga ke 9-10 . Kemudian, turun kembali ke tangga 11-12. Penurunan ini agak mengejutkan peminat setianya. Nampaknya, sambutan menggalakkan di internet dan perbualan orang mengenainya, gagal diterjemahkan dalam bentuk rating sebenar yang dikendalikan oleh agensi iklan, AC Nielsen.Satu lagi drama tulisan saya, DATIN WAN ABE, bermula dengan ranking TOP 10 (2 juta lebih) sejak siaran pertama pada 19 Mei lalu. Pun begitu, masih gagal ‘memukul’ drama sebelumnya, MR MAMA 2 yang menduduki senarai TOP 5. Rating DATIN WAN ABE juga menjunam mendadak pada hari pengkebumian Michael Jackson, menjadikan jumlah penontonnya sekitar 1.7 juta.
Sementara itu, TV2 jarang sekali berupaya menyaingi TV3. Akan tetapi drama bersiri JANGAN PANDANG BELAKANG arahan Ahmad Idham, berjaya mencatat rating yang baik. Ini bermakna selera penonton masih menjurus ke arah genre seram.Selepas KELIWON, drama baru, TOWER 13 akan bersiaran di slot Seram TV3, setiap Khamis, jam 9 malam. Drama ini diarahkan bersama oleh Kabir Bhatia dan Joeza Rasidi. Tidak pasti pula siapa penulis skripnya. Yang pasti, ia diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki bersama oleh Kabir dan isterinya, Mira Mustaffa. Jadi, sama-sama lah kita tunggu samada TOWER 13 juga akan ‘memukul’ NUR KASIH yang merupakan ‘kakak’nya kerana dilahirkan oleh ‘bapa’ yang sama.
Tentang Joeza, pengarah ini turut membantu Kabir mengarahkan NUR KASIH Episod 8, yang skripnya ditulis oleh saya. Ini kali kedua kami bekerjasama dalam sebuah produksi. Tahun lalu, Joeza mengarahkan RENJIS 1, drama tulisan saya di Astro Ria yang diterbitkan oleh Asia Media Content Sdn Bhd.
Thursday, July 30, 2009
CERITA TIGA PELAKON NUR KASIH
Sumber : Utusan Malaysia, 30 Julai 2009
Oleh : SHAZRYN MOHD. FAIZAL shazryn.faizal@utusan.com.myDRAMA bersiri Nur Kasih yang kini sedang ditayangkan menerusi TV3 pada setiap hari Jumaat pukul 9 malam mula meraih perhatian sejak mula menemui penonton setia saluran itu pada 29 Mei lalu.
Berbekalkan jalan cerita yang begitu berkesan serta ditambah dengan keberkesanan lakonan oleh para pelakonnya menjadikan Nur Kasih sebagai santapan nurani yang cukup menyentuh jiwa.Bukan itu sahaja, pengarahnya Kabir Bhatia juga telah memberi satu sentuhan serta pendekatan yang baru dan berbeza dengan apa yang pernah dilakukannya sebelum ini menerusi drama Manjalara dan Kekasihku Seru. Drama 26 episod ini mengangkat kisah pengorbanan dan kasih sayang dalam sebuah perhubungan keluarga sebagai tema keseluruhan.
Menyelami jiwa tiga pelakon utamanya iaitu Fizz Fairuz, Remy Ishak serta pendatang baru, Tiz Zaqyah, ketiga-tiga mereka ternyata begitu teruja dengan penghasilan Nur Kasih yang memberi pengalaman baru dalam karier masing-masing.
Baca selanjutnya dalam :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm
Sunday, July 26, 2009
YASMIN AHMAD....BERLEPAS KE ALAM BARU
Kali terakhir Allahyarham Yasmin Ahmad menegur saya ialah ketika saya mengulas filem Okuribito@Departures dalam blog Ajami Hashim. Tidak sangka, Allahyarham memberi komen berbunyi begini :
"maizura, i love your take on departures".Sebenarnya, saya terpanggil menonton filem itu setelah membaca blog Allahyarham, The Storyteller Part 2. Allahyarham mengulas filem ini dengan kata-kata :
“An Achingly Beautiful Film....Okuribito (Departures) is a film by 54-year old Yojiro Takita. You must do everything possible to watch this Oscar winning film, as soon as you can...(Entri bertarikh 5 Mac 2009)Bagi saya, blognya bermanafaat, bukan sahaja dari segi perkongsian pengalaman berharga beliau dengan pembaca, malah turut mengesyorkan filem yang baik untuk kita hayati. Justeru, mengiringi perasaan kehilangan pagi ini, adalah hujan yang tiba-tiba turun. Dan seiring rintik hujan, saya menitipkan semula dialog dari filem berkenaan :
"...Working here for a long time makes me think..that death is a gateaway. Death doesn't mean the end but leaving the present to the next stage. Truly a gateaway. As a gate keeper, I've sent off many people. 'Have a nice trip. See you again' I would say..."Dialog ini dituturkan oleh tukang bakar mayat yang bekerja di rumah mayat yang kebetulan adalah kawan baik kepada si mati. Kenapa Allahyarham beriya-iya mengesyorkan filem ini kepada pembaca blognya? Adakah dia sudah mendapat petunjuk tentang perjalanan jauh ke alam kekal yang bakal ditempuhinya mulai malam tadi?
Kak Yasmin, selamat berangkat, jumpa lagi di sana.
Friday, July 24, 2009
YASMIN AHMAD....SEMOGA MASIH BERSAMA KITA
Semalam, akibat hendak cepat, saya capai satu tudung yang jarang dipakai. Kenapa? Kerana kali pertama pakai, ia licin, asyik senget saja. Dan sewaktu pulang sekitar jam 12 tengahari, tudung itu mengingatkan saya pada Yasmin Ahmad, pengarah filem tersohor. Kenapa? Kerana dia lah yang perasan tudung itu tidak kemas sewaktu pra-tonton filem Tale 'N' Time(Talentime) , Mac lalu. Malah dia membantu memperbetulkannya di kepala saya. Entah kenapa terdetik ingatan pada Kak Yasmin sewaktu membuka pintu hendak masuk rumah. Gara-gara tudung itu lah. Saya ingat lagi biacaranya hari itu :
"Datang tengok preview?" ; "Datang sorang?" ; "Dah makan?".Selesai flashback tentang pertemuan itu, saya pun uruskan anak, makan, solat dan sebagainya lalu terlelap sebentar (akibat semalaman tak tidur menyiapkan skrip). Saya terjaga dek bunyi SMS pada jam 4.15 petang dari suami saya yang bekerja di TV3. Menurut cerita kakitangan TV3 :
Yasmin tidak bernafas selama 20 minit dan diselamatkan oleh alat yang selalu doktor guna untuk tekap pada dada pesakit bila mendapati jantung pesakit sudah terhenti. (Seperti yang kita selalu tengok dalam TV).Jika benar cerita ini, bermakna Kak Yasmin mengalami keadaan yang dinamakan :
'Clinical death' atau dalam bahasa orang biasa "very close to death' atau 'hampir mati'. Ada ketika seseorang dalam keadaan ini akan mengalami beberapa pengalaman aneh disebut 'Near Death Experience (NDE)'.Saya pernah mendengar pengalaman ini daripada seorang pesakit jantung yang terselamat setelah doktor menekap alat itu ke dadanya. Menarik pengalamannya. Ia berkaitan dengan roh. Selebihnya saya membaca tentang NDE di majalah dan internet.
Apa pun, saya tidak henti-henti berdoa kepada Allah supaya Yasmin Ahmad akan terus bersama kita. Amin.
Keterangan gambar : Yasmin Ahmad semasa bersiap untuk menjalani pembedahan kecemasan-Gambar Bernama.
Friday, July 17, 2009
SETEM...KENAPA BEGINI "PENAMAT"NYA?
Mulai 30 Julai ini, SETEM, filem terbaru Kabir Bhatia akan menemui penonton di pawagam tempatan. Saya ke pra-tonton filem berkenaan sambil menyorok-nyorok takut Kabir nampak saya. Gara-gara skrip JALAN MERDEKA yang bakal diarahkannya, belum lagi siap. Sedangkan pengambaran akan bermula hujung bulan ini. Dan Kabir nampak! Dia lambai tangan, tapi saya terus lari jauh-jauh darinya!
Dalam SETEM, lakonan Sathiya, Harun Salim Bachik dan Chen Kin Wah tidak mengecewakan saya. Saya terhibur.Cuma saya tidak suka SETEM pada penamatnya. Alangkah bagusnya kalau SETEM berakhir pada babak di gerai makan iaitu selepas aksi di depot kapalterbang yang membabitkan kematian Bront Palare (tak ingat apa nama wataknya).
Pada saya, dalam kehidupan sebenar, kita tidak akan dapat sesuatu yang baik dengan mudah jika tidak berusaha. Saya rasa tidak adil kalau orang yang tidak jujur, malas berusaha, kuat menipu, mencuri, sekali berlaku jujur, akan dapat ganjaran yang sebegitu besar. Dalam kehidupan sebenar, anda perlu jujur banyak kali dan jadi baik sebaiknya untuk mendapat ganjaran yang secebis cuma. Dalam kehidupan sebenar, si jahat tidak semestinya mendapat balasan. Malah mendapat kesenangan tidak terbatas akibat aktiviti jahatnya itu. Realitinya, orang seperti waris Lord Arthur Barring itu sebenarnya sentiasa terlepas. (Hanya di akhirat sahaja yang tidak!)Bermakna, penamatnya mengecewakan saya. Ia juga seolah-olah 'anti-klimaks' apabila cerita masih lagi diteruskan dengan agak panjang selepas aksi pertarungan antara dua kumpulan itu. Saya sangka aksi pertarungan itu lah klimaks kepada SETEM. Rupa-rupanya tidak.
Dari segi tema pula, jelas sekali "Jahat vs Jahat" ", bukannya "Baik vs Jahat." Terus teringat pada Robin Hood, geng-geng Ocean Thirteen, Power Rangers dan Hang Jebat. Watak-watak ini berjiwa murni tetapi telah menggunakan kejahatan (kaedah yang salah) untuk menentang kejahatan. Mungkin ada yang tidak setuju apabila nama Hang Jebat turut disebut. Namun, fikirkan lah tentang perbuatannya mencuri, menceroboh dan berzina itu. Menggunakan cara yang salah untuk misi yang murni. Ikut prinsip agama kita, matlamat tidak menghalalkan cara. Niat yang baik perlu seiring dengan kaedah yang baik untuk mencapainya. Justeru, SETEM sekadar meneruskan legasi Robin Hood dan Hang Jebat yang sampai sekarang masih diperdebatkan oleh para intelektual akan kewajaran tindak tanduk mereka dalam membela golongan teraniaya.Justeru, pada pendapat saya, SETEM hanya membawa visi dan misi hiburan serta fantasi.
Bagaimanapun, tidak rugi menonton SETEM. Ia sebuah filem komedi yang bijak dan matang, bukan slapstik atau merapu. Kalau kalian peminat komedi Melayu ala-ala Afdlin Shauki, SETEM sangat wajar ditonton. Ia juga tidak membosankan. Tidak terasa akan durasinya yang sepanjang 1 jam 50 minit itu.Cukup..cukup….. saya perlu kembali menulis JALAN MERDEKA yang bakal dilakonkan oleh Harun Salim Bachik, Sathiya dan Chen Kin Wah sebagai tiga sahabat. Drama 13 episod arahan Kabir Bhatia ini akan ditayangkan di saluran Astro Warna (Comedy Channel) mulai 3 Spetember ini. Kredit wajar diberikan pada blogger filem terkenal, Ajami Hashim kerana mencetuskan idea awal untuk konsep JALAN MERDEKA ini.
Baca ulasan blogger lain tentang SETEM, di blog : http://ajamihashim.blogspot.comLaman web rasmi SETEM : http://www.setemmovie.com
Monday, July 13, 2009
CALON BN MANEK URAI....TENTANG MENGEJAR IMPIAN
Bukan hendak menyatakan sokongan kepada mana-mana parti politik. Sekadar bercerita tentang impian rakan sekuliah semasa di UTM dahulu. Tuan Aziz Tuan Mat, calon BN Manek Urai yang akan bertanding esok, memang minat politik sejak di kampus lagi. Pembabitannya dalam politik tidak mengejutkan. Apa yang mengejutkan ialah kemampuannya mengejar impian, sehingga terpilih menjadi calon piliharaya kecil.
Seorang lagi yang saya tahu ada impian, Wan Mohd Shahrizal. Mamat ini mahu jadi pilot. Namun, bila tawaran UTM datang, dia tidak mampu menolak. Selepas tamat belajar, dia bekerja dalam bidang pengurusan selama beberapa tahun. Kemudian, kembali mengejar impian semasa kecil sehingga akhirnya menjadi juruterbang Singapore Airlines (SIA) sampai sekarang.Saya juga ada impian. Mahu jadi wartawan. Namun, untuk mengambil jurusan Komunikasi Massa di IPTA waktu itu bukan mudah, lantaran tempat terhad. Bila tawaran UTM datang, saya terpaksa terima. Namun, setelah lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, saya tolak tawaran kerja dari dua buah syarikat multi-nasional. Dan menolak juga tawaran biasiswa Telekom Malaysia Berhad untuk menyambung ke peringkat Sarjana Pengurusan Teknologi. Saya memilih untuk mengejar impian sejak tingkatan lima. Bermula dengan pemberita cabuk di akhbar nyamuk (tabloid), akhirnya ke organisasi akhbar terbesar.
Saya tidak pasti tentang impian rakan-rakan lain. Mungkin mereka tidak pernah bercerita semasa di kampus dahulu. Jika ada di antara mereka yang berjaya mencapai impian (childhood dreams), saya tumpang gembira.Kepada adik-adik di universiti sekarang, jika ada yang terasa telah tersilap mengambil kursus, jangan bimbang. Tidak pernah terlambat untuk mengejar kerjaya impian. Belajar lah sehingga menggenggam segulung ijazah. Kemudian, kejar lah apa sahaja impian yang tersemat di dalam dada.
Keterangan Gambar : Gambar terbaru Tuan Aziz yang saya petik dari laman web Puteri UMNO.
Thursday, July 2, 2009
"BIRO PENULISAN SKRIN" DAN "BANK SKRIP" KARYAWAN
Kepada mereka yang bergelar penulis skrip, ada dua pertubuhan rasmi yang boleh disertai. Pertama,
Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM).Kedua,
Biro Penulisan Skrin (BPS) Persatuan Karyawan.Saya tidak menyertai SWAM atas alasan yang telah saya tulis dalam entri sebelum ini iaitu :
Masalah kewangan di peringkat awal kerjaya dan sikap suka bertangguh setelah kerjaya stabil.Dan saya pernah bercita-cita menyertai BPS. Tetapi tersentap dek kata-kata seorang pengarah ‘otai’ tentang Karyawan. Pengarah ini tergolong dalam kumpulan pertama yang menyertai Karyawan sebaik ia ditubuhkan. Semasa melontarkan kata-kata itu, dia tidak lagi aktif dalam Karyawan. Tidak perlu lah saya tulis kata-katanya yang mungkin akan mengecilkan hati pihak yang berkenaan. Beberapa tahun selepas itu, tercetus pula krisis dalam Karyawan. Beberapa ahli telah dipecat termasuk Ketua BPS. Saya hanya mengikuti perkembangan ini melalui media, bukan dari mulut ahli Karyawan sendiri. Laporan media dan kata-kata sang pengarah, membantutkan hasrat untuk menyertai BPS. Apa pun, semalam, Ajami Hashim menulis tentang program Bank Skrip tajaan BPS. Saya terpanggil untuk memberi reaksi dalam entri berkenaan. Baca dalam :
http:// bicaraskrip.blogspot.com
Friday, June 26, 2009
MICHAEL JACKSON...YANG TIADA "LIFE"
Baru semalam sebut namanya, hari ini dia meninggal. Semalam, di Coffee Bean, The Curve, Mutiara Damansara, saya bertemu Meor Shariman, penulis skrip (Filem Cicakman 1 & 2 dan banyak lagi). Terus bertanya bagaimana dia menguruskan tiga jenis kerjaya serentak – penulis skrip, pengurus artis dan editor hiburan akhbar The New Straits Times. Dia memulangkan pertanyaan :
I pun nak tanya You macamana You boleh buat banyak-banyak skrip dalam masa yang serentak.”Saya jawab :
"I buat skrip saja, tak buat kerja lain“
"Tapi I tak ada life,” akuinya tentang tiga kerjaya yang padat itu.
Saya membalas : Ah, tu biasa lah. Siti Nurhaliza dan Michael Jackson pun tak ada life.”
"Tapi Siti dapat datuk. I ni ‘datuk wanabe’ saja…” katanya tertawa.Tepat seperti kata saya semalam. Hari ini, hampir semua laporan CNN dan BBC berkata kehidupan peribadi Michael Jackson telah terkorban kerana kerjayanya.
"He’s a child without childhood", ulas mereka.Kita semua akan jadi ‘Michael Jackson’ kalau terlalu kuat bekerja. Tapi 'Michael Jackson' yang tidak dikenali orang. Kebetulan, semalam di tempat dan waktu yang sama, pelakon terkenal Farid Kamil kelihatan di satu meja, bersendirian membaca skrip drama terbarunya. Kami bertegur sapa. Tidak sangka dia tengok drama Datin Wanabe di TV3, skrip tulisan saya.
Berbalik kepada Michael Jackson, ulasan tentang dirinya ditulis oleh wartawan CNN dan BBC dalam bahasa yang cukup kreatif, indah, ringkas, tepat, padat dan sampai maksudnya. Sebagai wartawan, saya tabik pada kemahiran penulisan mereka yang masih mampu ber'kreatif' walaupun ketika melaporkan berita.
Monday, June 22, 2009
KETANDUSAN PENULIS SKRIP...PART 2
Tidak sangka, selepas seminggu, kenyataan Presiden SWAM masih lagi meninggalkan kesan panas di kalangan beberapa penulis skrip, terutama penulis skrip bebas yang tidak menyertai SWAM. Apatah lagi apabila Pengarah/Penulis Skrip tersohor yang mengharumkan nama negara, Yasmin Ahmad turut memberi reaksi (komen) dalam blog Mohd Fairuz Padoli, yang memetik entri saya sebelum ini.
Sebenarnya, saya terasa juga apabila ada orang membangkitkan isu format yang tidak betul. Terus terang, saya tidak pernah mengikut format penulisan skrip yang betul. Tetapi saya malu hendak memberitahu tentang ini secara terbuka. Hanya setelah membaca pendapat Kak Yasmin, baru lah saya berani menghebahkan kepada umum, bahawa saya tidak berpandukan format yang tepat.
Di peringkat awal dahulu, saya pernah bertanya pelakon terkenal, Sidi Oraza (kini sudah bersara dari dunia filem dan drama) tentang format yang betul. Ini jawapannya :
“Awak tulis macam mana pun, betul…”Lokasi perbualan kami ialah di KRU Motion Pictures (KMP) yang waktu itu baru berusia setahun jagung...baru hendak bertatih dan berjalan jatuh. Saya merupakan antara penulis awal yang menawarkan skrip kepada KMP dengan format yang tunggang langgang. Saya sekadar berpandukan buku orang putih bertajuk :
"The Complete Idiot's Guide to Creative Writing”yang saya beli menggunakan kad kredit kerana poket benar-benar kering. Akibat tiada kerja tetap semasa Krisis Kewangan Asia 1997-2000. Dalam kesempitan wang, saya menulis. Waktu itu, ramai yang menyuruh saya menyertai SWAM. Tetapi yuran RM150 itu, lebih baik saya gunakan untuk belanja keperluan rumahtangga, membantu meringankan beban suami. Manakala buku 'idiot' itu cuma RM37.10. Lalu skrip itu tersiar di NTV7 pada hari Raya Pertama, jam 2.00 petang. Harga skrip sangat rendah kerana KMP juga bermasalah kewangan waktu itu.
Sekarang KMP sudah besar dan gah dengan Cicak Man dan studio sendiri. Saya juga tidak perlu lagi menggunakan kad kredit.Jadi, kesempitan wang membuatkan saya menangguhkan hasrat menyertai SWAM. Tangguh punya tangguh, itu lah puncanya saya tidak menyertai SWAM sampai sekarang.
Baca reaksi Fairuz dan Kak Yasmin dalam blog http://jangantegur.com/2009/06/swam-apa-tu/#comments/
“Yang lebih jitu masuk ke dalam hati, ialah tulisan yang benar-benar datang dari hati. Maka hati pula lah yang akan menerimanya. Ada pun tulisan yang hanya dari hujung jari,perginya ke pelupuk mata si pembaca untuk menidurkannya” - Hamka dalam buku “FALSAFAH HIDUP”.
Sunday, June 14, 2009
KETANDUSAN PENULIS SKRIP
"Ketandusan Penulis Skrip”. Ini lah kenyataan Presiden Persatuan Penulis Skrin Malaysia (Swam), Ismail Ahmad, seperti yang dilaporkan Harian Metro hari ini. Ismail atau mesra dengan nama Pak Mail turut menyelar kualiti skrip yang lemah dari segi dialog dan struktur. Selain itu, tidak berpuas hati dengan penulis skrip bebas yang tidak menyertai Swam. ’Kunun’nya orang seperti saya dan kawan-kawan yang lain, memberi masalah kepada industri kerana :
1. Meletakkan harga yang rendah berbanding harga biasa.
2. Tidak berpengalaman menghasilkan skrip dalam format yang betul.Pak Mail turut bercakap tentang impian mengeksport drama tempatan ke peringkat antarabangsa. Termasuk usaha pihaknya mencari skrip berkualiti melalui sistem yang ala-ala program realiti ”On The Lot” yang pernah diterbitkan Steven Spielberg dan Mark Burnett pada 2007.
"Dari 12,000 penyertaan, mereka kemudian memilih 50 peserta yang terbaik sebelum hanya seorang bergelar juara. Dalam konsep pitching pula, kami akan mencari skrip dan cerita yang bagus untuk dijual pada stesen televisyen”Saya malas hendak mengulas kerana saya bukan ahli Swam. Cukup lah sekadar membaca reaksi Miss Brat dalam blognya, http://seemyscripts.blogspot.com
Tuesday, June 9, 2009
“PITCHING” RTM…..TONTON LAH HASILNYA
Jika Februari lalu, warga kerja produksi sibuk turun naik RTM untuk ‘pitching’, sekarang masa untuk menonton hasilnya. Sejak Mei lalu, beberapa telemovie sempena hari sambutan tertentu telah ditayangkan melalui Slot Citra di TV2. Semuanya yang lulus ‘pitching’ tempohari. Tawaran "pitching" berkenaan hanya membabitkan telemovie dan mini-series sempena sambutan tertentu seperti Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, wanita kerjaya, ibu tunggal, cuti sekolah, Ramadhan dan Aidilfitri. Ada yang menghantar SMS memaklumkan hasil kerja mereka yang tersiar. Saya hanya sempat menonton telemovie PAYUNG KASIH arahan T.S. Jeffrey sempena Hari Ibu. Seorang penulis skrip yang juga pensyarah filem di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) turut berjaya dengan idea di saat akhir. Tetapi dia tidak berpuas hati kerana idea itu tidak lah sebagus ideanya yang lain yang tidak lulus. Berikut adalah SMS beliau :
“Malu nak bagi tau…. cerita tu bagi saya last minit idea. Idea yang bagus tak lekat pulak. Tak tau lah RTM ni…Bagi 25 tajuk, lekat 2..ha..ha… Tak pe, balik umrah nanti, saya produce sendiri dengan TV stesyen lain…”25 tajuk!! Tabik lah! Sedangkan saya hanya mampu melontarkan dua idea yang kedua-duanya gagal. Apa pun, kejayaan bukan bergantung kepada kuantiti. Seorang pelajar IPTA yang mengkhusus dalam bidang penulisan skrip hanya mencuba nasib dengan satu idea yang diperolehi secara spontan di saat akhir. Dan melekat pula. Namun, setelah siap skrip, penerbit pula pening kepala. Pengarah berterus terang mengatakan bahawa idea ini hanya sesuai untuk filem. Sudahnya, skrip terpaksa dirombak bagi menyesuaikan dengan budget telemovie. Kasihan penerbit terpaksa berbelanja lebih sehingga untungnya berkurangan. Kasihan juga penulis skrip kerana apa yang tertera di skrip tidak dapat dipersembahkan secara bulat-bulat di kaca TV lantaran kos terlalu tinggi. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan?
Saturday, June 6, 2009
Cinta Sempurna…Sebuah Drama Dakwah
Cinta Sempurna (CS), drama bersiri 20 episod akan tersiar di Astro Oasis, bulan puasa nanti. Ini baru drama dakwah. Lantaran idea asal datang dari pendakwah tersohor, Ustaz Hasrizal Abd Jamil (Saifulislam.com) Jika ia datang dari pendakwah, tujuannya pasti, untuk dakwah. Skripnya pula oleh Zabidi Mohamed, peguam yang juga aktif dalam dakwah dan penulisan.
CS membariskan pelakon seperti Ashraf Muslim, Intan Tiara, Fizo Omar, Mahmud Ali Basha, Maria Farida dan ramai lagi. Penyanyi remaja bertudung, Yuna menyumbangkan lagu tema dan turut muncul sebagai watak cameo. CS membawa tagline, “Cinta Sempurna Hanya Milik Allah” manakala pakar rujuk syariahnya, Ustaz Mohd al-Adib Samuri (UKM). Ia diterbitkan oleh Datuk Abul Hassan, penerbit baru pertama kali memasuki industri ini.Saya tidak arif tentang hukum hakam terbabit dalam bidang ini. Tetapi mengalu-alukan kemasukan pendakwah termasuk orang berilmu dari bidang lain juga, bagi menyaingi puluhan produk TV yang kurang bermanafaat, kurang mempunyai tanggungjawab sosial, agak merosakkan dan terlalu berorientasikan pasaran (RM). Sekalipun belum pernah menulis drama dakwah, saya tetap menyokong drama seumpama ini.
Thursday, June 4, 2009
HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA...TERKENANG "LELAKI MISTERI"
Esok, Jumaat 5 Jun, adalah Hari Alam Sekitar Sedunia. Kicauan burung di tepi tingkap rumah saya mengingatkan bahawa alam sekitar di sini masih baik sekalipun Duta-Ulu Klang Expressway(DUKE) merentangi depan pangsapuri sejak awal tahun ini. Tetapi sejak kerja pembinaannya bermula tiga tahun lalu, kicauan burung kedengaran kurang separuh daripada sebelumnya. Menurut Malaysian Nature Society (MNS), burung adalah petanda baik buruknya alam sekitar di sesuatu kawasan. Ada burung, bermakna biodiversiti masih terkawal.
Lantas terkenang burung Botak Kecil atau nama Inggerisnya, Lesser Adjutant Stork. Nama saintifiknya, Leptoptilos Javanicus. Tetapi seorang renjer tua memanggilnya "Pak Khalid". Saya dan krew dokumentari pula menggelarnya "lelaki misteri" lantaran ia tinggal di koloni yang kecil, tidak ramai kawan dan sukar hendak merakam gambarnya. Tunggu sehari suntuk pun, belum tentu dapat. Dia bijak melarikan diri dari kamera.Burung ini berasal dari keluarga Ciconiidae (saintifik) yang disebut sebagai bangau di rantau ini. Akan tetapi ia kurang popular berbanding 'sepupunya' dari keturunan bangau, Milky Stork atau Botak Upeh yang cantik dan putih melepak. Botak Kecil hitam legam, hodoh, sendirian dan pemalu.Tetapi gayanya mengepak semasa terbang dan mendarat cukup menawan hati. Kita perlu mengenalinya dahulu untuk mencintainya. Sedangkan Botak Upeh boleh membuatkan orang jatuh cinta pandang pertama kepadanya. Apa pun, kedua-kedua spesis keturunan bangau ini termasuk dalam kateori haiwan terancam dan sedang dilindungi.
Keterangan gambar : Kelihatan sayup-sayup Pak Khalid a.k.a. lelaki misteri di dahan pokok tertinggi, bersendirian, mungkin merenung nasibnya di masa hadapan...
Subscribe to:
Posts (Atom)